Ahad, 21 Oktober 2012

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Dia buat dah: Lihat cecair putih <b>di</b> kepala

Posted: 09 Oct 2012 09:23 AM PDT

Lihat cecair putih di kepala - Melaka & NS - Sinar Harian:
Orang ramai bantu mangsa yang parah tersepit sebelum ambulans tiba

REMBAU – "Walaupun rasa ngeri melihat keadaan kepala pemandu lori yang cedera parah sehingga jelas kelihatan cecair berwarna putih, saya dan orang ramai nekad mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum ambulans tiba."

Demikian cerita, K Kana, 41, ketika ditemui di lokasi kemalangan di Jalan Linggi-Lubok China berhampiran Bukit Kunyit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, sebuah lori yang membawa muatan barangan elektrik dari arah Linggi menuju ke Lubok China tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler muatan kotak.

Kana berkata, ketika kejadian, dia berada di lokasi berhampiran kerana bertugas menjaga kawasan stor penyimpanan lori syarikat dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari jalan berdekatan.

"Saya bersama tiga rakan terus berlari ke lokasi kejadian dan sangat terperanjat apabila melihat treler yang kedudukannya dari Lubok China sudah terbabas ke kanan serta merempuh pengadang jalan.

"Sementara itu, sebuah lori sudah berada dalam longkang di tepi jalan dan bahagian pemandu sudah remuk," katanya.

Menurutnya, bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, sebuah lori kelapa sawit digunakan untuk menarik lori berkenaan ke atas jalan.

"Mujur orang ramai yang melalui lokasi kejadian turut membantu saya dan rakan-rakan mengeluarkan mangsa, walaupun ketika itu keadaan mangsa sangat mengerikan," katanya.

Sementara itu, seorang pemandu lori, Suhaimi Mohd Sani, 42, berkata, dia adalah pemandu keempat yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 2 petang dan susulan kemalangan itu, dia masih lagi tersekat di jalan berkenaan sehingga jam 6.30 petang.

Menurutnya, laluan itu hanya boleh dilalui kenderaan kecil sahaja dan dia tidak tahu berapa lama harus menunggu treler yang merintangi jalan dapat dialihkan sedangkan mengikut jadual dia harus tiba di Semenyih sekitar jam 4 petang.

"Saya bawa muatan batu dari Kuala Sungai Baru, Melaka dan memang tidak boleh berpatah balik kerana membawa muatan panjang," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kedua-dua pemandu lori cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk rawatan lanjut.


'via Blog this'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads