Selasa, 23 Oktober 2012

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


JAGUNG 1MALAYSIA DIPERKENALKAN <b>DI</b> MELAKA | MelakaKini

Posted: 17 Oct 2012 06:42 PM PDT

JASIN 15 Okt. – Sejenis jagung hibrid dinamakan Jagung 1Malaysia (JOM) menggunakan teknologi N28 akan ditanam secara besar-besaran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, JOM yang dihasilkan melalui kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), CSR1Malaysia menghasilkan jagung lebih besar, manis dan rapuh.

Lebih menarik menurutnya, jagung itu boleh dimakan mentah selain tempoh penanamannya memakan masa yang singkat iaitu 70 hari.

"Sungai Rambai yang menjadi projek perintis tanaman percubaan JOM di kawasan seluas empat hektar di Taman Tasek Permai telah menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

"Sejak mula ditanam awal Ogos lalu, seramai 25 peserta memperoleh hasil tidak sampai 70 hari apabila sebanyak 90,000 batang pokok jagung yang ditanam menggunakan teknologi N28 menghasilkan buah berkualiti tinggi.

"Melalui teknologi ini, jagung boleh ditanam di kawasan tanah yang sebelum ini tidak sesuai untuk penanaman pokok," katanya pada majlis prapelancaran JOM, transformasi industri jagung menggunakan teknologi N28 di Taman Tasek Permai di sini hari ini.

Hasan berkata, kejayaan yang dicapai hasil tanaman percubaan itu membuktikan JOM boleh diusahakan secara besar-besaran oleh penduduk di DUN Sungai Rambai.

Menurutnya, JOM boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan penduduk kerana ia dapat menghasilkan buah dalam masa yang singkat berbanding tiga bulan lebih bagi penanaman jagung biasa.

Ekoran daripada kejayaan tersebut katanya, beliau merancang menjadikan Sungai Rambai sebagai daerah yang terkenal dengan penanaman jagung terbesar di negeri ini.

"Saya merancang mengusahakan JOM di kawasan seluas 40 hektar di Sungai Rambai dan pelancarannya akan dilakukan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada Ahad ini," katanya.

Sehubungan itu, Hasan mempelawa lebih ramai penduduk di DUN berkenaan untuk menyertai program penanaman JOM secara besar-besaran.

Katanya, setiap peserta akan diajar mengenai kaedah penanaman yang betul menggunakan teknologi N28 dan penjagaan sepanjang tempoh 70 hasil sebelum memperoleh hasil jagung berkualiti tinggi.–UM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads