Ahad, 2 Disember 2012

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


97 keluarga terima bantuan program Komuniti 1Malaysia <b>di Bukit Katil</b>

Posted: 24 Nov 2012 01:28 PM PST

Posted on November 25, 2012, Sunday

MELAKA: Seramai 97 keluarga kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Katil di sini menerima bantuan berjumlah RM43,650 melalui program Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang, Jabatan Penerangan Malaysia peringkat negeri Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Melaka Datuk Ghazale Mohamad berkata daripada jumlah itu RM13,650 diperuntukkan bagi pembelian makanan keperluan harian kepada 91 keluarga, manakala RM30,000 untuk membaiki enam rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Bukit Baru dan Ayer Keroh.

"Setiap keluarga kurang berkemampuan yang terpilih di tiga DUN ini akan menerima sumbangan makanan harian seperti beras, susu dan gula bernilai RM150 dan ia merupakan kesinambungan program Kembara Jalinan Kasih yang diadakan bagi DUN Bachang, pada Jun lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program tersebut di sini, semalam.

Program yang diadakan selaras dengan penganjuran Karnival DUN Ayer Molek selama 55 Jam itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Seorang penerima sumbangan, Ali Abdul Rahman, 75, dari Taman Ayer Molek di sini melahirkan rasa syukur dan terharu dengan sumbangan yang diberikan.

"Bantuan ini amat bermakna kerana ia dapat meringankan beban golongan tua dan kurang berkemampuan seperti saya yang tinggal bersama dua cucu," katanya yang turut menerima bantuan bulanan RM300 Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ali yang berkerusi roda akibat diserang angin ahmar beberapa tahun lepas turut berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan tidak meminggirkan warga tua. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads