Jumaat, 28 Disember 2012

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


ujang kutik: <b>MASJID TANAH</b>, MELAKA : SERBA SEDIKIT <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 12:00 AM PST


Masjid Tanah, Melaka , daerah yang melahirkan ramai tokoh. Di antaranya, termasuklah tokoh pendidikkan tersohor negara, Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad . Ada beberapa maklumat yang ingin saya kongsi dengan pembaca mengenai daerah di sebelah utara Negeri Hang Tuah ini.

Saya tidak akan uar-uarkan nama-nama artis yang berasal dari daerah ini kerana tidak sesuai dengan usia saya. Memalukan diri sendiri sahaja! Saya pernah menulis mengenai pelakun-pelakun iras kacukan Indonesia yang memonopoli peluang lakunan di Indonesia lebih setahun yang lalu. Catatan tersebut berada pada 'ranking' tertinggi pelawat blog saya yang tidak seberapa termasuk dari Indonesia hingga sekarang. Walaupun tujuan saya menulis catatan itu kerana pada pandangan saya ada amalan diskriminasi secara terancang terhadap pelakun berwajah watan anak jati Indonesia (Jawa,Betawi,Minang,Batak dsb), ada ketikanya saya malu sendirian kerana menulis catatan sebegitu.   

Saya akan mengiakan perbualan mengenai amalan berjoget lambak yang begitu popular di majlis-majlis perkahwinan penduduk daerah ini (Masjid Tanah) suatu ketika dahulu tetapi kini telah menjadi sejarah. Kalau masih ada pun amalan itu sekarang, keluarga tersebut benar-benar 'samseng' dan maha jahil!

Juga, saya akan mengiakan jika ada kawan-kawan memuji bentuk tipikal rumah penduduk Masjid Tanah yang berseni dan diselenggara dengan baik serta bersih sehingga menjadi pilihan lokasi adegan filem/drama tanah air. Saya akan menambah, "Orang Masjid Tanah telah terbiasa membersihkan rumah dan kawasan perumahan mereka kerana  'ditarbiah' secara paksa oleh nenek moyang Robin Van Persie dari Belanda beratus tahun yang lalu."

Pasti juga saya membenarkan bahawa gadis dan wanita Masjid Tanah membahasakan diri mereka sebagai 'An' (bunyikan huruf A dengan 'ain'(huruf Arab). Contohnya, "An hendak pergi Simpang(Pekan Masjid Tanah) (Orang Masjid Tanah menyebut Pekan Masjid Tanah dengan ganti nama 'SIMPANG')".  

Tidak salah jika saya ungkapkan, " Masjid Tanah (termasuk juga Alor Gajah) adalah jelmaan Negeri Sembilan". Ungkapan ini mungkin kurang disenangi oleh anak-anak Masjid Tanah. Bagaimanapun, dapatkah dinafikan bahawa sebahagian besar penduduk daerah Masjid Tanah (termasuk juga Alor Gajah) mengamalkan Sistem Adat Perpatih, bercakap dialek Negeri Sembilan dan suri rumahnya mahir masak lauk lemak cili api?
Sayangnya, kini jati diri kebanyakkan penduduk daerah ini terhadap sistem Adat Perpatih cuma lebih baik sedikit dari jati diri Orang Melayu Cape Town, Afrika Selatan terhadap bangsa asal usul nenek moyang mereka, iaitu bangsa Melayu. Amalan Adat Perpatih semakin diabaikan dan dilupakan di daerah ini!      

MASJID LAMA DI PEKAN MASJID TANAH

Di pekan ini ada dua buah masjid. Masjid pertama ialah masjid jamek yang terletak berhampiran jalan besar Masjid Tanah-Melaka. Sebuah lagi adalah masjid lama yang telah diiktiraf sebagai warisan sejarah yang terletak di tebing sungai yang mengalir di tengah-tengah Pekan Masjid Tanah. Saya tidak menemui masjid yang dibina dari tanah di Pekan Masjid Tanah dan sekitarnya!

PASAR MALAM MEGA (HARI AHAD MALAM ISNIN)

Setiap hari Ahad malam Isnin ada pasar malam di Pekan Masjid Tanah. Pasar malam yang diadakan pada lorong-lorong premis perniagaan sangat mengujakan – beranika jenis jualan dan begitu ramai pengunjung. Saya hampir hendak membeli CD lagu-lagu ketuhanan yang agak sedap didengar nyanyian bekas penyanyi dangdut, Iwan. Namun, saya membatalkan hajat tersebut kerana CD yang dijual adalah cetak rompak. Tidak adil kepada penyanyi yang telah berhijrah dan membetul arah itu.


Saya berani bertanggungjawab ke atas pengakuan ini, " Cendul Masjid Tanah adalah di antara cendul paling sedap di seluruh Malaya."

KEDAI BARANGAN/PAKAIAN SUKAN AL-IKHSAN


Pekan Masjid Tanah terus membangun. Premis-premis perniagaan baru telah dibangunkan di atas bekas kawasan sawah kepunyaan penduduk Melayu di pekan ini. Seperti kebiasaannya, premis-premis perniagaan tersebut diusahakan oleh mereka yang mahir berniaga, yaani peniaga bukan Melayu. Namun demikian, di celah-celah premis perniagaan milik bukan Melayu tersebut, ada juga 1-2 milik Orang Melayu/Islam termasuk kedai barangan/pakaian sukan Al-Ikhsan.
Penduduk Masjid Tanah mempunyai kuasa beli yang ampuh. Harga barangan di Masjid Tanah lebih mahal berbanding dengan Kuala Lumpur. Diharapkan pengaliran kuasa beli itu singgah juga kepada peniaga/pengusaha Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads