Isnin, 3 Disember 2012

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Momentum Sokongan Orang Muda Berterusan <b>Di Merlimau</b> & Kerdau

Posted: 17 Feb 2011 02:43 AM PST

Kategori Ketua Pemuda

Momentum Sokongan Orang Muda Berterusan Di Merlimau & Kerdau

KUALA NERANG, 17 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin golongan muda telah kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan trend itu akan dapat dilihat pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau dan kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau tidak lama lagi.

"Saya yakin trend ini yang bermula pada pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan pada 2009 dan kemudian di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, akan berterusan di Merlimau dan Kerdau," kata Khairy apabila diminta mengulas peluang BN di Merlimau dan Kerdau.

Kedua-dua kerusi itu sebelum ini diwakili oleh penyandang daripada BN.

Khairy berkata Pemuda UMNO akan terus berusaha memikat golongan muda dengan cara yang disenangi mereka.

"Sejak memenangi jawatan Ketua Pemuda, usaha menarik sokongan golongan muda terhadap BN menjadi petunjuk prestasi utama pergerakan. Saya lihat ada kejayaan dalam perkara ini," katanya selepas menerima sayap penerjunan pada upacara penutupan kursus ahli paracut statik tahap satu di Zon Gugur, Padang Sanai di sini, hari ini

Beliau adalah antara 80 orang penerima sayap. Bapa mentuanya yang juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi pengormatan menyemat sayap di baju beliau.

Khairy berkata dalam semua pilihan raya kecil sebelum ini, BN menang melalui  undi golongan muda dan beliau yakin sokongan mereka kepada BN akan berterusan.

"Pemuda tidak kisah siapa calon yang bakal diletakkan. Bagaimanapun ciri-ciri penting calon mestilah yang mesra pengundi dan orang ramai serta ada harapan menang," katanya.

Beliau berkata kekuatan BN ialah aspirasinya membawa kemajuan dan transformasi rakyat dan beliau usaha itu yang memikat golongan muda.

Berita Bertarikh Pada 17 February 2011 6:43 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads