Selasa, 25 Disember 2012

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


projek melaka maju .....: Projek Membina Kampus UiTM <b>Di Merlimau</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 10:13 AM PDT




Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Tapak Projek UiTM....

Majlis Perasmian Mula Kerja di Tapak Projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Pinjaman di antara YBK Usahasama Sdn Bhd dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad

19 Februari 2011- Majlis Perasmian Mula Kerja di Tapak Projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan Pertukaran Dokumen  Perjanjian Pinjaman di antara YBK Usahasama Sdn Bhd dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah dirasmikan YAB Dato'  Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam memaklumkan bahawa penduduk Jasin menerima dengan baik pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin.
Projek yang didirikan diatas tanah seluas 218 ekor bertempat di Seri Mendapat, Merlimau Melaka ini dijangka siap pada pertengahan 2014.
Kerajaan negeri yang membangunkan Merlimau secara seimbang kini merancang pembinaan kawasan industri bercampur di Lipat Kajang seluas 404 hektar dijangka disertai syarikat teknologi hijau dan automotif. DUN Merlimau yang mempunyai kira-kira 20,000 penduduk turut menikmati 100 peratus bekalan air dan elektrik selain jalan berturap hingga ke kampung. Sebelah malam kawasan DUN itu diterangi 465 lampu jalan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata langkah menyediakan kemudahan jalur lebar di kawasan tumpuan awam dan restoran pula bertujuan menjadikan Merlimau sebagai DUN Bestari Baru. Ketika ini ada lima Pusat Komputer Komuniti di situ bagi menampung keperluan.
"Kita sudah ada politeknik serta kolej komuniti serta Bandar Baru Merlimau. Sedang dibina bersempadan DUN Sungai Rambai sekarang ialah cawangan UiTM yang dijangka menampung kira-kira 5,000 pelajar dan beroperasi pada 2014," katanya.
UiTM Kampus Jasin bernilai RM297 juta itu dibina di Semujuk Seri Mendapat di tapak seluas 85.2 hektar yang dibangunkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan selepas cadangan projek sama di Serendah dibatalkan kerajaan Selangor, tahun lalu.
"Wujudnya lebih banyak peluang pekerjaan setempat akan membolehkan tenaga kerjanya kekal tinggal di kampung dan tidak perlu pergi ke bandar untuk bekerja. Ini akan menambahkan penduduk luar bandar sekali gus merancakkan kegiatan peruncitan serta perniagaan lain yang menyokong keperluan harian mereka seperti klinik, bengkel, restoran dan perkhidmatan telekomunikasi.
"Kehadiran pelajar UiTM kelak juga akan memacu pembangunan sosioekonomi di sekitar kampus itu," katanya ketika ditemui di Merlimau, baru-baru ini.
Sumber Dari Akhbar Berita Harian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads