|   04 di masjid tanah - Google Blog Search   | 
| ujang kutik: <b>MASJID TANAH</b>, MELAKA : SERBA SEDIKIT <b>...</b> Posted: 27 Dec 2012 08:11 AM PST   Masjid Tanah, Melaka , daerah yang  melahirkan ramai tokoh. Di antaranya, termasuklah tokoh pendidikkan tersohor  negara, Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad . Ada  beberapa maklumat yang ingin saya kongsi dengan pembaca mengenai daerah di  sebelah utara Negeri Hang Tuah ini.    Saya tidak akan uar-uarkan nama-nama  artis yang berasal dari daerah ini kerana tidak sesuai dengan usia saya. Memalukan  diri sendiri sahaja! Saya pernah menulis mengenai pelakun-pelakun iras kacukan  Indonesia yang memonopoli peluang lakunan di Indonesia lebih setahun yang lalu.  Catatan tersebut berada pada 'ranking' tertinggi pelawat blog saya yang tidak  seberapa termasuk dari Indonesia hingga sekarang. Walaupun tujuan saya menulis  catatan itu kerana pada pandangan saya ada amalan diskriminasi secara terancang terhadap pelakun berwajah  watan anak jati Indonesia (Jawa,Betawi,Minang,Batak dsb), ada ketikanya saya  malu sendirian kerana menulis catatan sebegitu.       Saya akan mengiakan perbualan  mengenai amalan berjoget lambak yang begitu popular di majlis-majlis  perkahwinan penduduk daerah ini (Masjid Tanah) suatu ketika dahulu tetapi kini telah  menjadi sejarah. Kalau masih ada pun amalan itu sekarang, keluarga tersebut  benar-benar 'samseng' dan maha jahil!           Juga, saya akan mengiakan jika  ada kawan-kawan memuji bentuk tipikal rumah penduduk Masjid Tanah yang berseni  dan diselenggara dengan baik serta bersih sehingga menjadi pilihan lokasi  adegan filem/drama tanah air. Saya akan menambah, "Orang Masjid Tanah telah  terbiasa membersihkan rumah dan kawasan perumahan mereka kerana  'ditarbiah'  secara paksa oleh nenek moyang Robin Van Persie dari Belanda beratus tahun yang  lalu."    Pasti juga saya membenarkan  bahawa gadis dan wanita Masjid Tanah membahasakan diri mereka sebagai 'An'  (bunyikan huruf A dengan 'ain'(huruf Arab). Contohnya, "An hendak pergi Simpang(Pekan  Masjid Tanah) (Orang Masjid Tanah menyebut Pekan Masjid Tanah dengan ganti nama  'SIMPANG')".     Tidak salah jika  saya ungkapkan, " Masjid Tanah (termasuk juga Alor Gajah) adalah jelmaan Negeri  Sembilan". Ungkapan ini mungkin kurang disenangi oleh anak-anak Masjid Tanah.  Bagaimanapun, dapatkah dinafikan bahawa sebahagian besar penduduk daerah Masjid  Tanah (termasuk juga Alor Gajah) mengamalkan Sistem Adat Perpatih, bercakap  dialek Negeri Sembilan dan suri rumahnya mahir masak lauk lemak cili api?     Sayangnya, kini jati diri kebanyakkan penduduk daerah ini terhadap sistem Adat Perpatih cuma lebih  baik sedikit dari jati diri Orang Melayu Cape Town, Afrika Selatan terhadap  bangsa asal usul nenek moyang mereka, iaitu bangsa Melayu. Amalan Adat Perpatih  semakin diabaikan dan dilupakan di daerah ini!         MASJID LAMA DI PEKAN MASJID TANAH   Di pekan ini ada dua buah masjid.  Masjid pertama ialah masjid jamek yang terletak berhampiran jalan besar Masjid Tanah-Melaka.  Sebuah lagi adalah masjid lama yang telah diiktiraf sebagai warisan sejarah yang  terletak di tebing sungai yang mengalir di tengah-tengah Pekan Masjid Tanah. Saya  tidak menemui masjid yang dibina dari tanah di Pekan Masjid Tanah dan sekitarnya!    PASAR MALAM MEGA (HARI AHAD MALAM ISNIN)   Setiap hari Ahad malam Isnin ada  pasar malam di Pekan Masjid Tanah. Pasar malam yang diadakan pada lorong-lorong  premis perniagaan sangat mengujakan – beranika jenis jualan dan begitu ramai  pengunjung. Saya hampir hendak membeli CD lagu-lagu ketuhanan yang agak sedap  didengar nyanyian bekas penyanyi dangdut, Iwan. Namun, saya membatalkan hajat  tersebut kerana CD yang dijual adalah cetak rompak. Tidak adil kepada penyanyi  yang telah berhijrah dan membetul arah itu.    Saya berani bertanggungjawab ke  atas pengakuan ini, " Cendul Masjid Tanah adalah di antara cendul paling sedap  di seluruh Malaya."   KEDAI BARANGAN/PAKAIAN SUKAN AL-IKHSAN    Pekan Masjid Tanah terus  membangun. Premis-premis perniagaan baru telah dibangunkan di atas bekas  kawasan sawah kepunyaan penduduk Melayu di pekan ini. Seperti kebiasaannya,  premis-premis perniagaan tersebut diusahakan oleh mereka yang mahir berniaga,  yaani peniaga bukan Melayu. Namun demikian, di celah-celah premis perniagaan milik  bukan Melayu tersebut, ada juga 1-2 milik Orang Melayu/Islam termasuk kedai  barangan/pakaian sukan Al-Ikhsan.   Penduduk Masjid Tanah mempunyai kuasa beli yang ampuh. Harga barangan di Masjid Tanah lebih mahal berbanding dengan Kuala Lumpur. Diharapkan pengaliran kuasa beli itu singgah juga kepada peniaga/pengusaha Melayu.  | 
| You are subscribed to email updates from di masjid tanah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan