Rabu, 13 Mac 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Reaksi penyokong Pakatan terhadap Kadir <b>Jasin</b> | Helen Ang

Posted: 04 Mar 2013 10:00 PM PST

Mac 5, 2013 at 2:00 pm

Berikut ialah komen seorang pelanggan Malaysiakini yang menggelar dirinya 'Lynn':

"Umno patriots had and always will be sitting in their large homes paid for through corruption and eating themselves obese. Patriots my ass. We should hang all of them."

KadirUmnoPatriot

Yang menarik minat dan perhatian ialah dakwaan Lynn tentang si patriot-patriot Umno sedang "eating themselves obese".

Di bawah ialah gambar Kadir Jasin – memegang mic dan sedang bercakap – yang dirakam minggu lepas. Beliau tidak nampak berisi pun.

Duduk di sebelah kiri ialah pengarang eksekutif The Star, Datuk Wong Sai Wan.

wongsaiwan

PRU12JumlahPemilih

2013: Johor akan dilanggar todak

Dalam PRU12, BN telah bertanding kesemua-semua 222 kerusi Parlimen sementara PKR bertanding 97 kerusi, PAS 66 dan DAP 47.

Pada masa kini, DAP memegang 29 kerusi Parlimen manakala PAS dan PKR masing-masing ada 23.

Negeri yang mempunyai paling ramai pemilih (perangkaan tahun 2008) adalah Selangor dengan sebanyak 1,536,111 orang, disusuli Johor 1,312,120 orang, dan Perak 1,196,160 orang.

DUNtop3DAP

DAP paling kuat dalam Pakatan

DAP memegang 85 kerusi DUN, PAS 83 dan PKR 43.

DAP meletakkan 102 calon untuk pilihanraya peringkat DUN. Seramai 85 orang daripada calon-calon DAP itu menang. Kadar kejayaan parti tersebut ialah 83 peratus.

PAS yang bertanding 237 kerusi DUN dan menang 83 kerusi telah mencatatkan kadar kejayaan 35 peratus.

PKR yang bertanding 225 kerusi DUN dan menang 43 kerusi mencatatkan kadar kejayaan 19.1 peratus sahaja.

Maka boleh dilihat bahawa mahupun DAP meletakkan bilangan calon yang paling kurang sekali namun ia parti yang paling berjaya.

PKR meletakkan dua kali lebih ramai calon (225) berbanding DAP (102) tetapi prestasi parti anak-beranak Anwar itu agak lembab.

DAPkadarKejayaanDUN

Ada sebanyak 576 kerusi DUN di seluruh negara. Angka-angka yang dipetik di atas termasuk keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang diadakan pada April 2011.

David versus Goliath

Kajian statistik menunjukkan bahawa DAP parti yang terkuat dalam Pakatan pada peringkat Parlimen dan DUN dua-dua sekali.

DAP menang hampir semua kerusi majoriti Cina bandar yang ditandinginya.

dinocrossroad

Why did the dinos cross the road?

Seterusnya DAP dijangka akan berjaya melingkupkan Parti Dinosaur Pupus dalam PRU13 nanti.

Namun DAP mahu membayangkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa diri parti itu masih kerdil. Di bawah ialah poster kempen pilihanraya DAP yang menggambarkan DAP sebagai wira David menentang BN yang gergasi.

DavidGoliath

Adakah poster di atas memaparkan realiti?

"Eating themselves obese"

Kadir Jasin dikecam sebagai seorang Melayu "rasis" umpama Umno patriots yang lain "[who are] eating themselves obese".

Dari segi bentuk badan, Datuk Kadir itu kurus.

    Guan Eng pointing to the menu of Healthy Appetite Restaurant

Guan Eng mengesyorkan menu makanan sihat

"super" a superlative adjective

Hannah Yeoh berbadan dua

Penyokong DAP memandang Umno dan BN sebagai begitu korup sekali. Parti pemerintah dituduh terlalu "eating themselves obese".

Akan tetapi bukankah di Pulau Pinang pun ada banyak projek-projek prasarana diusahakan yang bernilai berbilion-bilion? Bukankah ianya negeri-negeri Pakatan di mana kegiatan kongsi gelap berleluasa?

Dua kali lima kucing dua serupa

Ramai pembaca blog ini yang hairan kenapa The Star bersikap gunting dalam lipatan.

Dalam sebuah forum yang diadakan baru-baru ini, pengarang eksekutif The Star Datuk Wong Sai Wan mendedahkan bahawa bagi akhbarnya, yang paling diutamakan ialah "the bottom dollar".

Kumpulan Media Star banyak mengaut keuntungan, tidak seperti Utusan Melayu (M) Bhd yang mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.5 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.

Dalam wawancaranya yang dimuatnaik hari ini ke SwitchUp.TV, rangkaian televisyen dalam talian The Star, Datuk Wong mengingatkan para penonton bahawa BN hanya mengatasi pembangkang (calon-calon bukan BN) dengan 285,947 undi sahaja dalam PRU12. Ianya satu kemenangan yang tipis.

(Nota: BN memperoleh 4,081,115 undi manakala 'Pakatan' memperoleh 3,767,606 undi — yakni perbezaan 313,509 undi.)

Saya rasa The Star sebenarnya tak kisah sangat pun kalau MCA kalah nanti. Apatah lagi kedua-dua parti itu sudah nampak macam sama sahaja.

Fat cats orang DAP pun kelihatan sesihat fat cats orang MCA dulu.

FatCats

DAP sekarang mendaftar keahlian tiga kali ganda. Ahli-ahli MCA juga dijangka akan keluar parti secara beramai-ramai untuk menyertai DAP.

Saya rasa perkembangan inilah yang mendorong The Star untuk ghairah menggunting.

Berkaitan:

Menteri MCA "begitu kagum" dengan wartawan Star

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads