04 di jasin - Google Blog Search |
Open Minda: Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang <b>Di Jasin</b> Posted: 10 Mar 2013 05:00 AM PDT Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang Di Jasin | Memang tidak dinafikan, kadangkala anak-anak kecil ini diberi keistimewaan untuk melihat makhluk halus yang orang dewasa sendiri tidak nampak. Bahkan pengamal perubatan Islam pun tidak diberi keistimewaan seperti ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelebihan seperti ini. Di Jasin, seorang kanak-kanak mendakwa terakam satu makhluk yang berupa lembaga putih berambut panjang dalam telefon milik ibu nya. Sejak daripada peristiwa tersebut, kanak-kanak tersebut dipercayai telah diserang demam panas. JASIN – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan jatuh sakit selepas tidak sengaja merakamkan imej lembaga putihberambut panjang menggunakan telefon pintar milik ibunya di rumah mereka di Ayer Merbau, dekat sini, baru-baru ini. Ibu kanak-kanak itu, Puteri Mas Ayu Abdullah, 36, berkata, anaknya mengalami demam panas, mengamuk dan sering berkelakuan pelik dengan membaling botol ke bawah rumah seolah-olah memarahi seseorang sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bertindak sedemikian. Menurutnya, anaknya, Dewi Narisha Qastury Marion memang suka mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya dan dalam kejadian kira-kira 1.10 petang Khamis lalu, anaknya masuk seorang diri ke dalam bilik dan terakam imej lembaga putih berambut panjang. "Saya hanya menyedari imej itu dirakamkan setelah melihat semula telefon milik pada keesokan harinya. "Selepas kejadian itu, bukan anak saya saja yang merasai sesuatu tetapi saya juga pernah terjatuh di hadapan rumah seolah-olah ditolak selain suami juga berasa tidak sedap hati," katanya. Puteri berkata, melihat keadaan anaknya yang hampir seminggu masih tidak berubah, dia bersama suami kemudiannya membawa Dewi berubat dengan Perubatan Tradisional Islam di Muar dan Nyalas sebelum anaknya itu bertambah pulih. "Ustaz di situ menyatakan anak saya berkemungkinan diganggu makhluk halus. "Alhamdulillah dengan izin ALLAH, selepas berubat keadaan Dewi kembali pulih seperti sedia kala," katanya. http://amekaw.com |
You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan