Isnin, 11 Mac 2013

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Dakwah Siti Hajar Menuju Detik Kematian (Kisah Benar)

Posted: 10 Mar 2013 07:56 PM PDT

Kisah ini diambil dari kisah benar seorang pelajar yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang kini telah kerahmatullah berjumpa Ilahi. Sama-sama kita membaca kisah-kisah terakhir beliau sebelum pergi dan sedekahkan surah Al-Fatihah untuk adik Siti Hajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah subhanahua Taala.
"Mak tulis ya, biar tak lupa, nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak." 

















Itu antara permintaan terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir, 20, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertarung nyawa selama dua minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini,6 Januari lalu, kepada ibunya, Noraini Che Mat, 46.

Kisah kecekalan Siti Hajar yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi, 20 Januari lalu, menarik perhatian ramai apabila rentetan pengalaman hari-hari terakhir arwah tersebar di laman sosial Facebook selain turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet.

Noraini berkata, kisah hari-hari terakhir arwah pada asalnya adalah kandungan SMS diberikannya kepada rakan Siti Hajar, Nur Nadia Zakaria, 22.

Menurutnya, ia kemudian dimuat naik ke blog milik Nur Nadia untuk dikongsi bersama rakan lain.

"Disebabkan arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU), tidak ramai dapat menziarahinya, sebab itu saya berkongsi keadaan Siti Hajar setiap hari dengan Nadia. 

"Malah, arwah sendiri mahu pengalamannya yang menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumah bapanya, di sini, semalam.

Siti Hajar terbabit dalam kemalangan pada 6 Januari lalu apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Ramuan China Kechil, Lubuk China terbabas. 

Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar patah kaki kiri dan berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya cedera. Turut bersamanya di dalam kenderaan itu ialah tiga rakan sebayanya iaitu Wan Norsolehah Gaberan yang memandu, Azizue Hasnie Abd Zubair, parah manakala seorang lagi, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin cedera ringan.

Noraini berkata, sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai nikmat daripada Allah SWT.

Dia berkata, minggu pertama selepas kemalangan arwah menunjukkan tindak balas positif dan ditempatkan di wad biasa selepas keadaannya semakin stabil.

"Apabila dia semakin sihat saya terangkan keadaan kesihatannya yang akan lumpuh sementara kerana saraf tunjangnya cedera, tiada air mata setitis pun keluar sebaliknya arwah cukup tenang dan reda.

"Namun, masuk minggu kedua, keadaan kesihatannya makin merosot kerana beberapa organ gagal berfungsi akibat kecederaan saraf tunjang, namun tidak sedikit pun dia mengeluh, sebaliknya reda dengan apa yang berlaku," katanya.

Arwah turut beberapa kali memberikan petanda akan meninggalkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya.

Noraini berkata, pada 19 Januari lalu keadaan arwah semakin kritikal apabila disahkan ususnya bocor, buah pinggang tidak berfungsi dan paru-parunya dijangkiti kuman.

"Keesokan hari tepat jam 9.20 pagi Siti Hajar menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan saya dan suami, Ahmad Sabir Ibrahim, 48," katanya.




Diari lanjut beliau . . . KLIK SINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads