04 di lubok china - Google Blog Search |
ADAT PERPATIH: <b>LUBOK CHINA</b> OH <b>LUBOK CHINA</b>!! Posted: 09 Nov 2008 06:52 PM PST Kembalikan zaman gemilang Lubuk Cina Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID MELAKA 9 Nov. - Nama Lubuk Cina cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan di sini sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang zaman dahulu. Menurut cerita penduduk tempatan, Lubuk Cina yang dipisahkan antara Negeri Sembilan dengan sebatang sungai dikenali Sungai Rembau menjadi tempat persinggahan dan berkumpul pedagang-pedagang dari serata dunia yang melalui Selat Melaka. Bagaimanapun dakwa mereka, tempat yang dahulunya sibuk dan sama penting dengan Sungai Melaka itu kini semakin dilupakan, mungkin kerana kedudukannya yang agak jauh untuk menerima tempias pembangunan di pusat bandar raya Melaka yang pesat. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, nasib pembangunan pekan Lubuk Cina yang menjadi pintu masuk ke Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia dari arah Negeri Sembilan, seolah-olah tidak pernah berubah sedangkan penduduknya juga mengidamkan perubahan infrastruktur dan ekonomi yang bertambah baik. Agak memalukan, apabila kunjungan mereka yang memasuki pekan ini disambut dengan landskap sisa-sisa kayu dan tiang batu deretan kedai lama yang sudah dirobohkan dan tidak dibersihkan. Lebih menyakitkan mata apabila mata terpandang sebuah kawasan semak yang mempunyai dua blok bangunan iaitu pasar basah dan stesen bas yang terbiar kerana sudah terlalu lama ditinggalkan. Menurut anak kelahiran Kampung Teluk Berembang di sini, Mohd. Khalid Omar, 55, beliau kesal kerana Lubuk Cina tidak dapat mengulangi kemajuannya ketika zaman kegemilangan suatu ketika dahulu sejajar dengan era pembangunan hari ini. "Pakcik sedih, sejak pakcik kecil lagi, tidak banyak perubahan pembangunan berlaku di sini. Jalan-jalannya juga sama. Kalau berubah pun, tidak banyak dan pakcik masih ingat bentuknya dari dulu hingga sekarang. "Sepatutnya, Lubuk Cina serta pekan-pekan kecil lain yang menjadi pintu masuk ke Melaka perlulah dibangunkan sebaiknya kerana ia menjadi penilaian pertama pengunjung sebelum terus memasuki Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Azman Khamis, 44, berkata, sudah tiba masanya Lubuk Cina menerima pembangunan yang rancak sejajar dengan keperluan penduduk di kawasan itu yang semakin berkembang. "Melihat kepada pekan usang yang ada, seperti tidak sesuai untuk menampung keperluan dan kehendak penduduk daripada empat buah taman perumahan yang terdapat di sini. "Saya harap, kerajaan negeri tidak terlepas pandang perkara ini terutamanya bagi mengelak penghijrahan generasi muda ke kawasan bandar bagi mencari peluang pekerjaan yang tidak terdapat di sini," katanya. Tambahnya, tidak mustahil, jika Pekan Lubuk Cina terus dibiarkan begitu, ia akan semakin dilupakan kerana hanya dihuni golongan tua yang akan meninggal dunia suatu hari nanti dan tiada generasi baru yang akan menyambung kelangsungan penempatan di situ. Salah seorang penduduk, Norizan Osman, 49, berkata, projek pembangunan teratur yang dirancang di Lubuk Cina kelak juga diharap akan dapat membantu meningkatkan lagi sumber pendapatan penduduk setempat. "Kerajaan negeri perlu mencari satu produk luar bandar yang boleh menjadi kekuatan dan tarikan pelancong ke sini selain tertumpu di pusat bandar sahaja. "Janganlah pula nanti sampai pelancong luar cuma kenal Melaka pada bandarnya sahaja tetapi daerahnya yang lain dibiarkan sepi dan tidak dikenali," katanya. Seorang lagi penduduk, Zaleha Mohidin, 43, berkata, kerajaan negeri perlu merangka satu pelan mengatasi banjir sebelum sebarang pembangunan dilaksanakan di Pekan Lubuk Cina supaya pelaburan yang dilakukan tidak merugikan semua pihak. "Sejak 20 tahun lalu, apabila hujan di Negeri Sembilan, air dari Sungai Rembau akan terus melimpah ke pekan ini sehingga ke paras dada menyebabkan kami terputus hubungan dengan dunia luar. "Justeru saya amat berharap, selesaikan dahulu masalah banjir di kawasan ini kerana tiada guna juga mempunyai bangunan cantik tetapi ditenggelami banjir," katanya. (Utusab Malaysia online, 11 nov.08) Komen: Lebih daripada itu, masih teringat pula dua orang penyelidik gigih tentang adat Negeri Sembilan. Seorang daripadanya ialah Allahyarham Norhalim Ibrahim dan Allahyarham Yaakob Idrus. Allahyarham Norhalim antara lain menghasilkan buku Negeri Yang Sembilan dan Sejarah Linggi. Kedua-duanya diterbitkan Penerbit Fajar Bakti dengan tajaan Kerajaan Negeri Sembilan, ketika negeri beradat itu dipimpin Menteri Besarnya, Tan Sri Mohd. Isa Dato' Abdul Samad. Di pekan Lubok China, air Sg. Rembaunya tetap keruh tapi tenang walaupun pada musim kemarau.Jalur Sg. Linggi/Sg. Rembau/Sg. Penajih adalah laluan utama orang Minang menyebarkan adat perpatihnya ke seluruh Negeri Sembilan dan Naning. |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan