Isnin, 18 Mac 2013

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Remaja ditahan edar dadah – Sinar Harian | Himpunan Berita

Posted: 06 Mar 2013 01:25 AM PST

Remaja ditahan edar dadah

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Mac 2013

ALOR GAJAH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi pengedar dadah ditahan polis ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah ladang sawit di Machap Baru, di sini, kira-kira jam 2.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, gerak geri suspek yang mencurigakan apabila menunggu sendirian di dalam ladang itu sudah diperhatikan kira-kira seminggu lalu menerusi Ops Tapis.

Menurutnya, suspek yang memegang satu beg plastik warna cerah bertindak membuang ke dalam semak sebaik menyedari kehadiran polis sebelum melarikan diri ke dalam ladang sawit.

"Bagaimanapun polis berjaya mengepung kawasan itu sebelum menahan suspek dan membawanya ke lokasi plastik berkenaan dicampak.

"Selepas diperiksa, polis mendapati beg plastik berkenaan berisi 27 paket plastik lutsinar mengandungi dadah heroin dianggarkan seberat 41.6 gram" katanya.

Umar Ali berkata, suspek yang tidak bersekolah dipercayai menjadi pengedar di sekitar Machap dan Durian Tunggal datang ke ladang sawit menaiki motosikal yang diletakkan berdekatan jalan besar.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek beralamat di Jasin positif dadah jenis heroin dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati (mandatori) dan ditahan reman di bawah Seksyen KPJ selama tujuh hari sehingga 13 Mac ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads