"Jangan biarkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sebagaimana dua hari lepas di mana berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua penyokong Umno dan PR" tambah Yusof.Dalam kejadian dua hari lepas petugas-petugas Umno yang diupah mendirikan khemah di atas tanah tersebut yang terletak bersebelahan Dewan Tun Ali.Setelah khemah itu didirikan, Md Yassin dan beberapa penduduk kampung sampai dan meminta petugas-petugas Umno supaya mengalihkan khemah tersebut kerana ia didirikan tanpa kebenaran beliau.Pada sebelah malam pula ketika program ceramah sempena jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di lokasi yang sama, keadaan menjadi sedikit tegang apabila provokasi demi provokasi dilakukan oleh penceramah Umno terhadap PAS.Ahli-ahli dan penyokong PAS yang berada kira-kira 20 meter dari tempat ceramah Umno mula menyorak dan menghampirinya.
Berlaku tolak menolak antara penyokong kedua-dua kumpulan.Akhirnya insiden itu berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal dan polis yang berada di lokasi tersebut.Enam buah kereta peronda polis dengan 20 anggota tiba untuk mengawal keadaan.Selain Dato Seri Anwar beberapa pimpinan PR Pusat dan negeri akan berceramah pada program malam ini. Dato Seri Anwar dijadualkan menyampaikan ceramah di 3 lokasi iaitu Machap, Sg Udang dan Bukit Katil.~mutaligat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan