04 di masjid tanah - Google Blog Search |
Mas Emieyati Shamsudin calon BN <b>di</b> parlimen <b>Masjid Tanah</b> <b>...</b> Posted: 18 Feb 2013 05:18 PM PST
Penulis secara peribadi tidak kenal beliau tetapi secara kebetulan pernah disatu univerisiti yang sama dan kampus yang sama. Walaupun beliau adalah junior penulis tetapi secara kebetulan tidak bertegur sapa walaupun pernah terlibat dengan program anak angkat sekali (semasa penulis masih aktif dengan Pemuda Umno dahlu). Ayahnya adalah Haji Shamsudin yang bertanding di dun Ramuan China pada tahun 1990 atas tiket parti Semangat 46. Penulis boleh katakan yang keluarga beliau adalah dari keluarga pembangkang. Malah pada tahun 1999, ayah beliau hampir aktif dalam parti KeADILan tetapi mengambil keputusan menyokong "dari jauh" sahaja. Penulis kenal keluarga beliau dan secara peribadi penulis mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Lawan yang menanti ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, sdr Mohd Nasaei Ismail. Beliau berkelulusan komunikasi dari USM. Tidak banyak yang penulis tahu mengenai beliau kerana dirinya aktif dengan PAS di peringkat Wilayah Persekutuan. Pada tahun 2008, Datuk Abu Seman menang mudah dengan majoriti lebih 12,000 undi. Pada jangkaan penulis, BN masih ada harapan menang tetapi persolaan sejauh mana undi majoriti yang akan diperolehi oleh Mas kelak. |
You are subscribed to email updates from di masjid tanah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan