Ahad, 10 Mac 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


马六甲民主行动党 DAP MELAKA: Sinar Harian:Tangga Batu <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 09:23 PM PST


Klebang dan Paya Rumput masih kubu kuat BN?

AMRAN ALI-Sinar Harian 28 Februari 2013

BENARKAH dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan Parlimen Tangga Batu iaitu Klebang dan Paya Rumput akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti? Persoalan ini menjadi topik hangat dan pelbagai tanggapan dibuat selagi PRU13 belum berlangsung.

Bagaimanapun, PR Melaka awal-awal lagi sudah meletakkan keyakinan tinggi untuk menumbangkan BN di kerusi berkenaan berdasarkan pemerhatian mereka sejak PRU12 lalu.

Di Dun Paya Rumput sendiri, menyaksikan BN memperolehi majoriti yang cukup tipis iaitu 1,894 undi, jumlahnya jauh berbeza daripada majoriti sebelumnya pada PRU 2004 iaitu 6,474 undi.

Manakala Dun Klebang yang diidam-idamkan DAP pula, turut mengalami kemerosotan apabila cuma mencapai majoriti 1,303 undi berbanding sebelumnya 4,177 undi.

Lantaran itu, PR mentafsirkan, situasi itu satu peluang besar buat mereka untuk melebarkan lagi penguasaan DAP di negeri ini setelah menduduki lima Dun dan satu Parlimen di Kota Melaka.

Sekiranya ini berlaku, sudah pasti Parlimen Tangga Batu tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu kuat BN sejak persempadanan semula pada 2002.

Terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Melaka, kawasan ini mempunyai empat Dun iaitu Sungai Udang dan Pantai Kundor, selain Klebang serta Paya Rumput, sekaligus menjadi pusat nadi ekonomi kedua terbesar selepas Ayer Keroh.

Tangga Batu diramal bakal menyaksikan pertembungan antara BN dengan PKR bagi merebut kerusi Parlimen, manakala Pas akan bertanding satu kerusi di kawasan Pantai Kundor. DAP pula sekali lagi akan cuba merampas Dun Klebang, sementara dua

Dun lagi iaitu Paya Rumput dan Sungai Udang, BN dijangka bertemu calon PKR.

Di Dun Sungai Udang dan Pantai Kundor, BN dijangka tidak akan berdepan cabaran sukar berbanding Dun Klebang dan Paya Rumput.


PR ambil kesempatan

Baru-baru ini, Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang pernah melahirkan keyakinan  bahawa Klebang akan jatuh ke tangan mereka pada PRU13 nanti.

Menurutnya, sejak isu penambakan laut di sepanjang Pantai Klebang meletus sehingga menjejaskan industri marin terutama nelayan dan pengusaha pembuatan cincalok, rakyat sudah hilang sabar dengan kerajaan sedia ada.
Katanya, ia belum lagi menyentuh soal pengambilan tanah oleh kerajaan yang dianggap menekan rakyat apabila menawarkan jumlah pampasan yang sering tidak masuk akal.

"Kita nampak peluang tinggi untuk PR di Dun Klebang pada PRU akan datang, berdasarkan desakan rakyat sedia ada yang mahukan perubahan secara total kepimpinan di sini.

"Mereka beranggapan kerajaan sedia ada mengamalkan rasuah serta tidak melaksanakan pengurusan yang begitu bagus dan tidak dapat diterima rakyat," katanya.

Menurut Chen Kuang, rakyat di Dun Klebang juga banyak yang kecewa dengan wakil rakyat sedia ada apabila didakwa jarang melawat mereka dan jarang menyuarakan masalah mereka pada setiap kali sidang Dun.

"Tentang keperluan asas seperti longkang dari Bukit Rambai menghala ke Pantai Klebang misalnya yang sehingga kini masih menggunakan longkang tanah biarpun sekian lama rakyat memohon kepada kerajaan supaya ia dinaik taraf, namun tidak lagi berhasil.

"Keadaan itu telah mengakibatkan kekerapan berlakunya banjir kilat sehingga menyebabkan rakyat tidak puas hati.

"Dari segi kebajikan pula ramai penduduk masih belum menerima bantuan kebajikan melalui hasil lawatan kita ke kampung-kampung, khususnya di kawasan Dun Klebang," katanya.

Beliau juga mendakwa, berlakunya peningkatan sokongan orang Melayu terhadap Pas di kawasan berkenaan juga menyebabkan mereka begitu yakin akan berlaku transformasi secara besar-besaran di Dun Klebang.

Pembangunan jejaskan peluang BN
Dilihat dari segi komposisi di Parlimen Tangga Batu, khususnya Dun Paya Rumput, kawasan berkenaan terdiri daripada 60 peratus penduduknya adalah kaum Melayu.

Ketua Penerangan PKR negeri, Hairiz Nordin berkata, pembangunan di kawasan ini terutama kemunculan banyak perumahan-perumahan baru memberi kelebihan buat PR.
"Dilihat secara geografi di kawasan terbabit apabila berlaku pembukaan taman-taman baru apatah lagi pembangunan di kawasan itu jadi kami yakin dengan sokongan kaum Cina kepada PR serta peningkatan undi Melayu yang dijangka meningkat akan menjadi faktor penting berlakunya apa yang direalisasikan ini.

"PRU12 lalu, PR hanya tewas dengan majoriti 1,894 sahaja terhadap BN, ia dilihat satu perkembangan baik untuk PR berikutan selama ini tidak pernah menikmati majoriti yang begitu 'slim'," katanya.
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads