Sabtu, 6 April 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Homestay <b>di Jasin</b> Dengan Harga Menarik | Melaka Cool

Posted: 04 Mar 2013 03:05 PM PST

Jasin adalah salah sebuah daerah di negeri Melaka yang semakin berkembang pesat sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri Bandar. Pertumbuhan ekonomi di daerah Jasin bertambah maju dengan pembangunan institusi pendidikan, pasaraya membeli belah, kilang-kilang, penjara industri dan perumahan yang semakin banyak di kawasan ini.

Selain di kawasan Bandar Melaka, terdapat banyak pengusaha homestay di Jasin. Untuk entri kali ini Melakacool.com akan mencadangkan 3 homestay yang melibatkan 3 premis bangunan iaitu rumah semi detached Taman Maju, Rumah Kedai Taman Asia Selatan dan Kedai Taman Jus Perdana.  Bagi homestay Taman Maju dan Taman Asia Selatan, jaraknya hanya sekitar 3 kilometer dari Bandar Jasin dan hampir 5 kilometer dari exit lebuhraya PLUS Lipat Kajang, Melaka. Manakala bagi homestay kedai Taman Jus Perdana pula agak jauh iaitu sekitar 20 km dari Jasin.

HOMESTAY SEMI D TAMAN MAJU, JASIN

homestay-taman-maju

Homestay Semi D Taman Maju ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta mempunyai kelengkapan asas seperti dapur, mesin basuh, air cond, peti ais dan TV serta kemudahan ASTRO basic. Rumah Semi D ini beralamat di : JA 9836, Jalan Teratai 11, Taman Maju, Jasin Melaka

Peta -homestay-Jasin1

Pelan peta homestay/hostel Jasin

Untuk pakej homestay ini, bayaran sebanyak RM200 sehari dikenakan untuk satu malam. Ia sesuai untuk keluarga/ kumpulan untuk penginapan sementara. Ruang yang luas memudahkan sekiranya homestay ini ditempah samada untuk rombongan majlis perkahwinan, rombongan sekolah dan penginapan individu yang inginkan keselesaan.

HOMESTAY RUMAH KEDAI JASIN

homestay-taman-asia-selatan

Selain itu terdapat juga homestay yang terletak di rumah kedai yang terletak di Taman Asia Selatan. Ia mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, 2 katil saiz queen, 10 tilam single dan aircond. Homestay ini berada dilokasi yang strategik terutama ia berada di kawasan pembangunan Jasin Bestari yang akan siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini. Ia amat selesa untuk penginapan berkumpulan walaupun seramai 20 orang. Alamat bagi homestay rumah kedai ini adalah di JB7768 Tingkat Atas, Taman Asia Selatan, Jasin Melaka.  Bagi pakej homestay rumah kedai ini bayaran RM100 dikenakan bagi penginapan sehari.

Bagi mereka yang inginkan penginapan sementara, terdapat hostel yang selesa disediakan iaitu :-

 HOSTEL TAMAN ASIA SELATAN

Untuk penginapan asas bagi rombongan yang ramai, hostel Taman Asia Selatan amatlah sesuai. Ia berbentuk hostel yang luas dengan 2 bilik mandi, 13 katil single, 10 tilam extra dan juga kemudahan air cond disediakan. Ia terletak di JB 7768 Tingkat Bawah, Taman Asia Selatan, Jasin, Melaka. Bayaran bagi hostel ini adalah RM200.

HOSTEL TAMAN JUS PERDANA, SELANDAR

Bagi mereka yang membawa rombongan yang ramai dicadangkan untuk menginap di hostel Taman Jus Perdana. Penginapan ini berbentuk hostel dengan 2 bilik mandi, 6 katil single serta 10 tilam extra beserta aircond dan kemudahan asas. Ia selesa untuk 20 orang dan bayaran sebanyak RM200 sehari dikenakan. Ia terletak di JB6407 Taman Jus Perdana, Selandar.

pelan-selandar-homestay

Pelan peta hostel Taman Jus Perdana, Selandar

Ia hanya 600m dari Pekan Selandar dan berhampiran dengan Kolej Komuniti Selandar, Institut Latihan Perindustrian Selandar dan Sekolah Berprestasi Tinggi Integrasi Selandar.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Encik Azman (012-3736548/013-6042525) atau emel di azmanmdsafiee@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads