Sabtu, 27 April 2013

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Calon DAP DUN <b>Klebang</b> Gelar Melayu Sebagai MISKIN

Posted: 23 Apr 2013 05:50 AM PDT

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah...

Petang tadi selepas balik daripada kerja, saya terus ke Bilik Gerakan PKR DUN Sungai Udang bagi memantau gerakan kerja pilihanraya Pakatan Haram Rakyat di sana.. Kebetulan turut hadir hari ini adalah Ketua UMUM ( lantikan diri sendiri ) Anwar Ibrahim dalam siri jelajahnya mengenalkan calon daripada Parti PKR kepada masyarakat...

Anwar Ibrahim terpaksa turun ke DUN Ayer Limau dan DUN Sungai Udang serta beberapa calon dari PKR Melaka bagi menarik undi dan sokongan. Ini kerana Calon PKR yang bertanding di Melaka tidak mendapat sokongan padu daripada masyarakat Negeri Melaka.

Sebelum kehadiran Anwar Ibrahim di Bilik Gerakan PKR DUN Sungai Udang... Calon DUN Klebang daripada parti DAP telah memberikan ucapan kepada hadirin yang hadir. Di dalam ucapan dia berkata :-

" Orang Melaka perlu menyokong Pakatan Rakyat bagi keluar daripada keMISKINan dan telah lama dizalimi oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Pakatan Rakyat berjanji akan memberikan rumah mampu milik kepada semua masyarakat di dalam Melaka sekiranya PR dapat menawan negeri ini. Saya berasa amat sedih kerana melihat orang melayu miskin dan susah"


Calon DAP DUN Klebang mengelarkan orang melayu sebagai MISKIN...

Meh saya berikan fakta kepada pembaca...


Kerajaan Negeri Melaka sangat menjaga kebajikan kepada semua bangsa tidak kira daripada bangsa melayu, cina , india dan lain-lain... Tuduhan calon DAP itu seolah-olah Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Muhd Ali Rustam tidak menjaga kebajikan dan seolah-olah mengabaikan tangungjawab kepada rakyat negeri Melaka...

Sebenarnya, pemimpin DAP sangat bertuah kerana pembangunan yang pesat di Bandar Hilir adalah daripada hasil dan usaha kerajaan Barisan Nasional selama ini... Orang DAP yang kaya raya dengan hasil perniagaannya di dalam bandar hilir juga adalah daripada ehsan daripada kerajaan Barisan Nasional...

Tuduhan MISKIN kepada orang melayu itu adalah sengaja dibuat-buat bagi menaikkan kemarahan masyarakat yang tinggal di kampung. Calon DAP DUN Klebang ini seperti mengamalkan sikap RASICT dan cuba menimbulkan provokasi...

DUN Klebang perlu menolak calon ini dan kekalkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional... Jangan biarkan DAP terus berkuasa di Negeri Melaka...

PAS dan PKR bukanlah lawan bagi calon Barisan Nasional... Tetapi lebih kepada DAP... Bangsa Melayu beragama islam PKR dan PAS sengaja menjadi BARUA kepada DAP...

Nukilan Wan Motor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads