04 di jasin - Google Blog Search |
Lembaga Putih Berambut Panjang <b>Di Jasin</b> | AKAK DIBALIK PINTU Posted: 08 Mar 2013 03:50 AM PST Memang tidak dinafikan, kadangkala anak-anak kecil ini diberi keistimewaan untuk melihat makhluk halus yang orang dewasa sendiri tidak nampak. Bahkan pengamal perubatan Islam pun tidak diberi keistimewaan seperti ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelebihan seperti ini. Di Jasin, seorang kanak-kanak mendakwa terakam satu makhluk yang berupa lembaga putih berambut panjang dalam telefon milik ibu nya. Sejak daripada peristiwa tersebut, kanak-kanak tersebut dipercayai telah diserang demam panas. JASIN – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan jatuh sakit selepas tidak sengaja merakamkan imej lembaga putih berambut panjang menggunakan telefon pintar milik ibunya di rumah mereka di Ayer Merbau, dekat sini, baru-baru ini.
melayukini |
Addin: Tragedi Hitam <b>Di Jasin</b> Berulang Kembali.. Posted: 03 Feb 2013 05:56 PM PST Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar. "Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya". "Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar. Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat. Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar. "Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain". "Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal. Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat. ~mutaligat |
You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan