Jumaat, 21 Jun 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Pusat Konservasi <b>Negeri Melaka</b> pertama <b>di</b> Malaysia - Utusan Online

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Khamis Abas (dua dari kiri) melihat bahan pameran yang terdapat di Pusat Konservasi Negeri Melaka semasa melawat pusat itu di Jalan Bunga Raya, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 20 Jun - Dalam usaha untuk mengekal dan memulihara bangunan-bangunan lama yang terdapat di negeri ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif membina Pusat Konservasi Negeri Melaka yang pertama seumpamanya di negara ini.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, pusat yang mula beroperasi 10 Jun lalu itu ditubuhkan sebagai pusat rujukan mengenai konservasi bangunan serta artifak sejarah berkaitan dengan negeri ini.

"Pusat konservasi negeri ini juga diwujudkan bagi menanam minat mendalam terhadap masyarakat Melaka tentang kepentingan pemuliharaan dilaksanakan bagi mengekalkan status Bandar Raya Warisan Dunia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak ke Pusat Konservasi Negeri Melaka di Jalan Bunga Raya di sini baru-baru ini.

Lawatan itu turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Warisan dan Pembangunan Belia negeri, Datuk Norpipah Abdol.

Pusat konservasi tersebut diuruskan oleh Perzim dengan kerjasama Perbadanan Pejabat Warisan Dunia negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Politeknik Merlimau dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Menurut Khamis, bangunan menempatkan pusat konservasi negeri itu telah dibaik pulih dengan modal sebanyak RM200,000 dan dibuka secara percuma kepada pengunjung setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

"Bangunan ini akan menempatkan Pejabat Warisan Dunia negeri yang akan membantu para pengunjung serta pemilik bangunan untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai kerja dan pelan pemuliharaan bangunan-bangunan lama.

"Selain itu, ia turut akan dijadikan tempat untuk mengadakan pameran, ceramah, taklimat, bengkel dan seminar berkaitan bidang sejarah, warisan dan pelancongan bagi orang awam serta pelajar para pelajar universiti tempatan dan luar negara," jelasnya.

Tambahnya, input serta pandangan terbaharu mengenai usaha konservasi turut diharapkan dari para pengunjung bukan sahaja dari segi bangunan malah termasuk hal-hal berkaitan budaya.

"Kewujudan pusat ini juga diharap dapat melatih lebih ramai pakar dan tenaga kerja bagi kerja-kerja pemuliharaan artifak dan konservasi warisan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads