Ahad, 23 Jun 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat <b>Negeri Melaka</b> 2013

Posted: 28 May 2013 08:36 PM PDT

29 Mei 2013 - Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Melaka 2013 telah dianjurkan pada 27-29 Mei 2013 di Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sharifah Rodziah. Program ini dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Muslim Perihatin (MyConcern) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.

Program ini dianjurkan bagi menimbulkan kesedaran tentang peri-pentingnya badan-badan dakwah di sekolah digerakkan sebaik mungkin bagi memastikan mereka boleh berfungsi seoptima mungkin dalam proses pendidikan Islam generasi muda di samping sebagai medan bagi pemimpin pelajar mencambah idea dan mengumpul pengalaman bagi memudahkan penyusunan gerak kerja. Selain itu, program ini juga mewujudkan suatu ikatan di antara badan-badan dakwah di sekolah-sekolah yang berbeza, agar wujud perkongsian pintar di antara sekolah-sekolah.

Seramai 35 peserta daripada 6 buah sekolah di negeri ini telah terlibat dalam program ini iaitu SMKA Sharifah Rodziah, SMKA Sultan Muhammad, SMKA Tun Perak, SM Tahfiz al-Quran, Chenderah, Maahad An-Nuriah dan Maahad Ar-Rahmah.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah ceramah penerapan softskill membangunkan generasi muda pemangkin dakwah dengan latihan dalam kumpulan yang melibatkan teknik pengendalian usrah profesional. Seterusnya, forum yang dikendalikan oleh pimpinan mahasiswa kampus Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka dan Kolej Universiti Islam Melaka yang telah mengupas peranan badan kepimpinan dakwah di kampus.Riadah Jasadiyah turut ditekankan dalam program ini bagi melahirkan pelajar yang mempunyai tahap ketahanan dan kecergasan fizikal yang baik di samping menerapkan elemen tarbiyah Qawiyul Jismi ke dalam diri para peserta.

Majlis perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ridzuan bin Hj. Ab. Ghani, Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA), SPI, JPN Melaka. Turut hadir, Ustaz Anuar bin Suboh, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Elektif, SPI, Ustaz Ahmad Hamizi bin Abu Hasan, wakil Pengetua SMKA Sharifah Rodziah dan juga En. Mohsin bin Jaamat, Naib Pengerusi MyConcern Negeri Melaka.

Besar harapan daripada pihak penganjur agar segala input yang telah diberikan kepada semua peserta dapat diaplikasikan di medan sebenar bagi membangunkan modal insan yang seimbang di sekolah-sekolah seluruh negeri Melaka bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti dan mampu untuk memimpin negara bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.facebook.com/MyConcern

[ ALBUM ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads