Selasa, 10 September 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


ISMA dedah bahaya Syiah kepada pelajar MRSM <b>Jasin</b> | ISMAWeb

Posted: 05 Sep 2013 07:19 AM PDT

syiah di mrsm

JASIN, 31 Ogos – "Isu Syiah perlu dipandang serius memandangkan ia semakin berkembang dan menyesatkan akidah umat Islam apabila mengkafirkan sahabat selain mengundang kekeliruan dan bahaya terhadap akhlak, akidah dan juga kepada negara sekiranya tidak ditangani dari awal," ujar Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin, Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS).

Beliau turut menyeru tindakan sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan ia terus berleluasa dalam negara kerana ia boleh menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah "Bahaya Gerakan Syiah di Malaysia" di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin yang dihadiri lebih 800 pelajar dan guru.

Di dalam ceramahnya, Ustaz Ahmad berkata, aliran Syiah telah diwartakan sebagai bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 5 Mei 1996 dan ianya semakin meruncing apabila gerakan ini turut berlaku di universiti tempatan yang menyebarkan Syiah Jaafariyah secara serius kepada penuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

Tambah Ustaz Ahmad lagi "Masih ramai dalam masyarakat kita yang tidak tahu tentang bahaya Syiah ini sebab itu seminar ini wajar diadakan berikutan ia semakin merebak di dalam negara kita," katanya kepada wartawan ISMA Melaka.

"Jika hal ini berlaku ia boleh merosakkan agama Islam sendiri, menyebabkan keruntuhan institusi keluarga akibat pengamalan nikah mut'ah, boleh menjatuhkan kerajaan dan perpecahan serta pembunuhan. Justeru penerangan Syiah seperti ini perlu diluaskan di peringkat akar umbi agar penularannya dapat disekat kerana fahamannya bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah."  tambahnya lagi.

Media ISMA Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads