Jumaat, 25 Oktober 2013

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


tuu diaa...!!!! set calon umno bahagian <b>alor gajah</b> <b>...</b> - melaka post

Posted: 17 Oct 2013 08:18 PM PDT

Kepada Para Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah yang budiman....
Pada esok hari, tanggal 19hb Oktober 2013 bakal mencipta sejarah baru UMNO dimana kita semua sedia maklum bahawa Para Perwakilan di Peringkat Bahagian2 buat pertama kalinya akan memilih kepimpinan UMNO dari peringkat Bahagian sehinggalar ke peringkat Majlis Tertinggi.
Jadi, aku pasti korang semua telah menjalani tempoh masa kurang lebih 10 hari yang amat meletihkan kerana di 'asak' dan dilobi oleh calon2 yang bertanding baik di peringkat Bahagian mahupun diperingkat Majlis Tertinggi. Korang tak perlu risau kerana hanya tinggal SATU hari sahaja...selepas nie aku KOMPOM sorang pun tak akan carik korang lagik bro....!!! hehehe.
Ermm...Tugas korang sebagai PERWAKILAN UMNO adalah amat PENTING sebenarnya...ianya akan menentukan HALA TUJU UMNO itu sendiri terutama di peringkat Bahagian nie.
Mungkin aku ada sedikit TIPS berguna bagi korang membuat PENILAIAN.
  • Tanamkan diminda korang bahawa korang bukannya hendak memilih sahabat atau kawan tetapi korang sebenarnya hendak memilih seorang PEMIMPIN yang bakal menentukan halatuju parti.
  • TOLAK individu yang berkempen secara tidak sihat  kerana itu melambangkan keperibadian individu itu sendiri sebenarnya.
  • JANGAN jadikan 'HABUAN' yang diterima sebagai asas penilaian korang kerana pemimpin yang suka memberi habuan akan menjadi terlalu sibuk mengejar 'HABUAN' untuk diri sendiri sahaja setelah dipilih sehingga terlupa tugas dan tanggungjawab sebenar yang diamanahkan kepadanya.
  • Berlapang dada dan bersikap rasional lah ketika hendak membuat pilihan.

Sekarang, mari kita lihat pula statistik mengikut DUN senarai calon AJK UMNO Bahagian Alor Gajah dari kedua dua set iaitu set YB Dtk Wira Abd Ghafaar dan set YB Dtk Wahab yang telah mereka umumkan baru baru ini.

Adusss..!!!...korang nampak tak apa yang aku nampak...???? aku nampak pembahagian set Dtk Ghafaar seperti tidak sama rata berbanding dengan senarai set Dtk Wahab...!!! DUN Durian Tunggal hanya dibawa seorang saja calon sementara DUN Gadek paling ramai malah terdapat sehingga 2 orang calon AJK dari satu cawangan iaitu cawangan Ganun...!!!
Secara peribadi aku menganggap barisan AJK UMNO adalah amat penting dan juga adalah merupakan nadi penggerak kekuatan UMNO itu sendiri di peringkat DUN. Kalau Ketua UMNO Bahagian menjadi 'DREBAR". AJK UMNO Bahagian adalah ibarat 'ENJIN' kereta yang dipandu oleh 'DREBAR' berkenaan. AJK UMNO Bahagian sepatutnya terdiri daripada individu2 yang terbukti mempunyai pengaruh di DUN masing2 dan mempunyai 'track record' yang baik membantu parti terutama ketika menghadapi PRU13 yang lalu.
Jadi kepada Para Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah, mungkin korang akan memilih samada set Dtk Ghafaar atau Dtk Wahab....tetapi korang sebenarnya mempunyai satu lagik pilihan iaitu memilih secara adil dan samarata 4 orang calon bagi setiap DUN. Berikut adalah senarai nama Ketua2 UMNO Cawangan bagi setiap DUN yang aku pasti mempunyai kekuatan tersendiri di DUN masing2 untuk membantu DUN mereka menghadapi PRU14 nanti...insyaAllah....


PILIHAN DITANGAN ANDA...!!!!  HIDUP MATI DAN MASA DEPAN UMNO juga terletak di tangan ANDA...!!!! 
Aku mengakhiri posting kali ini dengan memohon korang sama sama menghayati lagu keramat ini bagi mewujudkan kembali roh perjuangan UMNO sebenar sebelum korang membuat penilaian dan pilihan....!!!


SELAMAT BERSIDANG

pssttt....FIKIR FIKIRKANLAH...!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads