Sabtu, 12 Oktober 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Kursus Penyebaran KSSR Pendidikan Islam Tahun 4 2014 (Daerah <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2013 06:30 PM PDT

3 Oktober 2013 - Seramai 55 Guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah di Daerah Jasin telah diberikan taklimat dan pendedahan berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi Tahun 4 2014 sebagai persediaan untuk pelaksanaannya di sekolah masing-masing mulai tahun hadapan.

Beberapa penambahbaikan daripada KSSR yang telah dilaksanakan ditahun 1 hingga tahun 3, antaranya adalah penukaran penggunaan 'band' kepada tahap, Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan Dokumen Standard Prestasi (DSP) pula digabungkan menjadi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang diharapkan akan membantu memudahkan guru melaksanakan proses PdP dan juga pentaksiran. 

Kursus yang berjalan selama 4 hari ini bermula pada 2 hingga 5 Oktober 2013 telah diadakan di Dewan Seminar, PPD Jasin. Ia telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Melaka dibawah pengawasan pegawai meja terlibat iaitu ustazah Robiah bt. Said, Penyelia Pendidikan Islam (Teras).

Sesi penerangan dan juga pencerahan ilmu telah disampaikan oleh 11 orang Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Islam negeri Melaka yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Elias Zaidy bin Hj. Mohd Yusof dan dibantu oleh Ustaz Asfaizal bin Samakun, Ustaz Anuar bin Ismail, Ustaz Kamarudin@Tarmizi bin Aji, Ustaz Ridzuan bin Salleh, Ustaz Kamarudin bin Mohd, Ustazah Rohaizan bt. Othman, Ustazah Rosidah bt. Othman, Ustazah Maslinda bt. Razali, Ustazah Norwahidah bt. Waris dan Ustazah Rahimah bt. Rahim.

Majlis perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor Pendidikan Islam, SPI Melaka pada 5 Oktober 2013. Dalam ucapannya, beliau berharap agar GPI sentiasa berusaha mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Islam yang telah ditetapkan oleh KPM.

[ ALBUM GAMBAR ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads