Isnin, 11 November 2013

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


GEMPAR!!! Adun <b>Merlimau</b> Meninggal Dunia? - IniKalilah - Blogger

Posted: 06 Nov 2013 06:51 PM PST

GEMPAR!!! Adun Merlimau Meninggal Dunia? [SAKSIKAN...]

JASIN - Adun Merlimau, Roslan Ahmad tidak mudah melatah dengan penyebaran khabar angin bahawa dirinya meninggal dunia dalam beberapa blog termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau menganggap dengan tersebarnya berita palsu itu orang ramai memang prihatin terhadap kesihatan dirinya.

"Saya hanya mengetahui penyebaran berita itu sejak semalam dan telah dihubungi beberapa orang untuk mendapatkan kepastian.

"Sebenarnya, berita kematian itu adalah Adun Merlimau sebelum ini, Allahyarham Datuk Hidhir Abu Hassan. Jika orang tak baca habis berita itu dan hanya baca tajuknya sahaja, itu yang timbul salah faham," katanya.

Roslan bagaimanapun berkata, dia tidak akan mengambil tindakan kepada pihak menyebarkan berita tersebut, sebaliknya mahu menumpukan  aktiviti seharian sebagai Adun.

Allahyarham Mohamad Hidhir meninggal pada 20 Januari 2011 di Hospital Pakar Putra, akibat sakit jantung ketika berusia 54 tahun. - SH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads