Sabtu, 30 November 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


memancing <b>udang</b> galah <b>di sungai</b> timun, negeri sembilan...

Posted: 26 Nov 2013 09:30 PM PST

Pengalaman memancing di Laut Dalam, di Kuala Terengganu, memancing ikan di Tasik Kenyir dan Tasik Banding serta mencandat sotong di Pulau Kapas telah banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup aku, walaupun ianya tidaklah berbaloi kerana memerlukan perbelanjaan yang besar berbanding hasil tangkapan yang diperolehi, tetapi ianya tidaklah menjadi soal sangat kerana apa yang penting adalah kepuasan semasa melakukan aktiviti tersebut terutama sekali apabila dilakukan bersama rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai minat yang sama.
Sepanjang berada di tengah-tengah lautan, hanya iringan doa dari keluarga serta rakan-rakan yang tidak dapat turut bersama yang telah menyuntik semangat kami untuk terus tabah menempuh gelora serta ombak ganas yang bila-bila masa sahaja boleh membahayakan keselamatan kami. Namun itu semua merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan. 
Sebagai menghargai pengorbanan keluarga, malam minggu lepas, aku telah membawa mereka semua ke Pengkalan Nelayan Sungai Timun yang terletak di Kuala Linggi, Negeri Sembilan yang sangat terkenal dengan udang galahnya untuk kami memancing dan menghabiskan masa bersama-sama di malam minggu.
Sungai Timun merupakan lokasi tempat kaki pancing memburu udang galah. Pemancing yang pernah datang ke sini mengakui udang galah di sungai ini adalah antara yang terbaik. Untuk mendapatkan tangkapan lumayan, aku menyarankan supaya pemancing memancing dari atas bot. Ini memudahkan mereka bergerak dan mencari lubuk yang sesuai. Walaubagaimanapun kami pada malam itu tidaklah menyewa bot tetapi hanya memancing di atas jeti yang telah dibina khas bagi kemudahan penduduk tempatan, nelayan dan kaki pancing mencari rezeki. Tetapi ia sangat terhad dan pemancing tidak merasai pengalaman sebenar memancing udang galah.
Jeti kayu bertiang batu konkrit itu dibina lebih daripada 10 tahun lalu oleh kerajaan negeri bagi merangsangkan ekonomi penduduk setempat. Orang-orang bandar (Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura) selalu datang ke sini untuk memancing dan melihat keindahan kerlipan kunang-kunang pada waktu malam. Kepada pelancong, Kebiasaannya mereka naik bot waktu senja dan pulang tiga atau empat jam kemudian. Ada juga datang mahu tengok buaya. 
Di sini terdapat lebih kurang 50 lubuk menarik yang dihuni udang galah di sepanjang Sungai Kempas iaitu yang menganjur tiga kilometer ke selatan dari jeti Pangkalan Kempas sehingga ke simpang tiga ke Sungai Timun dan dua kilometer ke utara. 
Antaranya ialah lubuk Datuk Keramat yang dikatakan menjadi lokasi kemestian kaki pancing untuk menambat bot bagi mencuba nasib. Kebiasaannya selepas lima atau enam ekor udang galah besar dinaikkan, sang bedal (buaya) akan muncul tidak jauh daripada bot dan pemancing yang memahaminya akan meninggalkan lubuk berkenaan. 
Hendak memancing di Sungai Timun perlu mengetahui keadaan cuaca dan jangan sesekali turun ke sungai sekiranya Bandar Seremban hujan kerana air yang mengalir akan masuk ke sungai itu. Air yang membawa lumpur menyebabkan sungai berkeladak serta sejuk. Akibatnya udang galah lebih suka bersembunyi di sarang. Selain udang galah, ikan baung dan belukang turut menghuni sungai berkenaan. Sekiranya air pasang pemancing turut boleh memperoleh gelama. 
Walaupun pada malam itu kami tidak memperolehi seekor udang pun, tetapi kami sangat berpuashati kerana dapat memancing udang di Sungai Timun yang sangat terkenal itu.
Gambar-gambar rakaman kurang memuaskan kerana
 flash pada malam tersebut ada sedikit problem... 

Sign board Pengkalan Nelayan Sungai Timun...

Blogger sedang memancing dari atas jeti...




Jeti yang dibina kira-kira 10 tahun lalu 
banyak memberikan kemudahan kepada kaki pancing...

Papan tanda amaran dan peraturan yang perlu
 dipatuhi oleh semua pengunjung...



Adik Azamuddin sedang menunggu pancingnya 
dengan sabar dan berharap ada rezeki untuknya malam ini...

Dari kiri: Salina, Alia dan Yati (adik iparku) 
tetap sabar menemani kami memancing...

Adik Ajib dapat merasa seolah-olah jorannya sedang dipagut... 


Dari kiri: Rini, Amsyar dan Amal...

Beberapa buah bot tiada penyewa...

Adik Ajib membawa umpan cacing untuk menawan udang galah...

Alia turut mencuba nasib...



Anak-anak sibuk memasang umpan di mata kail masing-masing...

Yati (adik ipar) juga mencuba nasib...


Oleh kerana aku tak puashati sebab gambar yang diambil sebelah malam tak terang, esok pagi aku pergi semula ke Sungai Timun dan merakam gambar-gambar di sebelah siang pula untuk memuaskan hati semua pembaca..








Jeti tempat kami memancing malam tadi....






Sambil melayan udang galang, pemancing dihiburkan 
dengan nyanyian karaoke pada sebelah malam sahaja.

LAYAN VIDEO YANG DI DOWNLOAD DARI YOUTUBE 


Pelepasan benih udang galah di Sungai Timun
SELAMAT MENONTON DAN SEMOGA TERHIBUR...

cute PANDA: Mee <b>Udang di Sungai</b> Dua Butterworth

Posted: 03 Nov 2013 05:37 AM PST

Telah lama panda tidak posting cerita berkaitan makanan. Kali ini ketika menghadiri kursus di Institut Latihan Kakitangan M di Jawi sempat juga kumpulan kami keluar untuk menikmati makanan yang terkenal di utara tanah air, iaitu mee udang. Kawasanya adalah di tepi Sungai Perai menggunakan Jalan Sungai Dua. Betul-betul di selekoh selepas jambatan Sugai Perai.



Selain mee udang, ada lagi lain-lain menu yang boleh menjadi pilihan, nak cuba mee ketam pun boleh. Harganya berdasarkan harga semasa ketam atau udang dan tambahan RM4.00 untuk mee/sepingan.


Jadi, beringatlah apabila memilih udang-udang untuk di timbang. Harganya pun berpatutan dengan rasanya. Bukan yang terbaik tetapi boleh dipertimbangkan apabila berkunjung ke sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads