Isnin, 2 Disember 2013

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Jasindaily Online: KEMALANGAN MAUT <b>DI UMBAI</b>

Posted: 24 Nov 2013 12:35 AM PST

UMBAI - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Melaka Muar, dekat Pekan Umbai di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Siddik Hassim, 77, dari Kampung Umbai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. 



Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa yang datang dari arah Muar dikatakan berhenti sebentar di tepi jalan, sebelum membelok ke kanan. "Pada masa sama datang sebuah motosikal dari arah Muar melanggar mangsa dari sisi sebelah kanan. "Akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk di bedah siasat, sementara kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads