Rabu, 15 Januari 2014

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


GANGGUAN MONYET LIAR <b>DI</b> SEMPANG, <b>MERLIMAU</b>

Posted: 05 Jan 2014 08:06 PM PST

Kedatangan sekumpulan monyet pada sebelah pagi dan petang merisaukan penduduk lebih-lebih lagi murid-murid sekolah. Penduduk Kampung Sempang Timur, Sapiah Muhammad, 59, berkata, lebih 100 ekor monyet berkeliaran setiap hari tanpa mengira masa dan semakin aktif akhir-akhir ini. Katanya, dia sekeluarga terpaksa menanggung kerugian akibat atap bocor gara-gara monyet kini mula mengganas dan tidak terkawal. "Monyet ini pantang lihat penduduk bawa beg plastik, mereka akan rampas dari kami kerana menganggap beg itu berisi makanan. "Malah, murid-murid juga sering diganggu dan dikejar sekumpulan monyet ketika pulang dari sekolah. Kita bimbang keselamatan anak-anak ini," katanya. Sementara itu, Aminah Abdullah, 66, berkata, hampir setiap hari rumahnya dikunjungi sekumpulan monyet untuk mencari makanan. 
 "Saya tinggal sendirian dan hampir setiap hari saya memastikan pintu di belakang serta tingkap rumah sentiasa ditutup supaya tidak dicerobohi. "Pernah juadah tengahari saya habis dimakan kerana lupa menutup pintu. Malah, monyet ini gemar membuang najis merata-rata dan saya terpaksa membersihkannya," katanya. Sementara itu, Setiausaha Japerun Serkam, Mohd Sah Hashim berkata, habitat haiwan berkenaan dimusnahkan untuk membangunkan Pusat Penetasan Benih Ikan dan juga kolam ikan dan udang menyebabkan haiwan tersebut keluar mencari makanan di kawasan kampung berhampiran. 
 "Setakat ini kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana penggunaan senjata api pasukan Rela Jasin ditahan dalam tempoh sebulan sementara menunggu anggota Rela mendapatkan lesen A. "Kita juga sudah ajukan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, namun kita dimaklumkan mereka kekurangan anggota untuk menangani masalah ini," katanya./Sinar 

BLOG MELAKA: 04 <b>di merlimau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2014 01:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SUHAIZANNOH: bandar baharu <b>di</b> Bukit Kepok, <b>Merlimau</b>

Posted: 08 Nov 2013 12:00 AM PST

JASIN 8 Nov. - Kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah bandar baharu di Bukit Kepok, Merlimau di sini bagi menampung keperluan kampus baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan mula beroperasi tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, pembinaan bandar baharu di kawasan itu berada dalam perancangan dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan 'blue print' tentang projek tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif tentang perkara ini dan bakal dirangka serta dilaksanakan segera sejurus selepas kampus baharu UiTM mula beroperasi Mac tahun hadapan.
"Pembangunan bandar baharu ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai usahawan Melayu berniaga kerana UiTM memerlukan lebih banyak infrastruktur bagi membolehkan mereka bertapak dengan selesa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Medan Selera Bukit Kepok, Merlimau di sini semalam.
Yang hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin dan Pengurus Industri dan Ruang Niaga Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Hairulzamani Othman.
Jelas Hasan, pembangunan bandar baharu itu kelak akan turut membantu memeriahkan lagi aktiviti usahawan dan peniaga kecil di kawasan berkenaan.
"Malah, saya juga percaya kewujudannya akan menjadikan medan selera ini kawasan tumpuan dan tempat berkumpulnya para pelajar universiti.
"Justeru, saya berharap pihak MPJ dan PKNM dapat menyediakan kemudahan internet bagi membolehkan pelajar mendapatkan akses dengan lebih mudah," jelasnya.
Medan Selera Bukit Kepok yang mengandungi enam unit kedai termasuk empat kedai makan dan dua pasar basah itu telah disiapkan sepenuhnya pada Julai 2011 dengan kos sebanyak RM495,000.
"Medan selera yang ringkas ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada para peniaga dan pelanggan kerana kedudukannya di tepi jalan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131109/ws_01/Bandar-baharu-di-Bukit-Kepok#ixzz2kJNYExOv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads