Jumaat, 14 Februari 2014

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Program BAKTI Pembina &#39;JALINAN KASIH&#39; <b>di</b> PKAYIDJ, <b>Jasin</b> <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2014 06:28 PM PST

19 Januari 2014 – Program Jalinan Kasih bersama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Daerah Jasin (PKAYID) yang telah dianjurkan oleh PEMBINA BAKTI Manipal mendapat sambutan yang menggalakan daripada anak-anak yatim di sana. Seramai 27 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melaka Manipal Medical College(MMMC) dan 31 orang anak-anak yatim telah mengambil bahagian dalam menjayakan program ini.

Program ini diadakan adalah untuk membina semangat kerjasama dikalangan ahli PEMBINA Manipal dalam menjayakan aktiviti, untuk menanam sifat menyayangi anak yatim dikalangan peserta,dan untuk melatih ahli PEMBINA mengurus masa dengan baik supaya seiring dengan kerja dakwah.

Bermula dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang, pelbagai aktiviti dijalankan oleh fasilitator-fasilitator kepada anak- anak yatim di situ. Antaranya ialah 'internal explore race' yang mengandungi tentang sejarah nabi-nabi, penghafalan hadis, pengenalan tokoh-tokoh ilmuan islam, kepentingan solat, dan ilmu pengetuan am. Juga, perkongsian cerita kisah hidup mereka sebagai anak-anak yatim.

" Saya berasa amat gembira dengan kedatangan abang-abang dan kakak-kakak pada hari ini. Biasanya pada hari minggu kami bosan kerana tiada aktiviti yang dijalankan. Aktiviti hari ini banyak pengajaran yang boleh diambil dan dipraktikkan." Ujar Sofia yang merupakan salah seorang dari anak- anak yatim di sana.

Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan wang sumbangan kepada anak-anak yatim. Diharap program sebegini dapat diadakan lagi dan dapat menyedarkan individu tentang kepentingan berbakti kepada masyarakat sekeliling.

1073059_733622393316259_837921152_o1487955_733623086649523_1016400462_o

1597151_733625379982627_45959301_o1502767_733625293315969_1562391935_o1502804_733623619982803_1488766927_o

1496042_733625999982565_945739711_o 1512273_733625949982570_1360908279_o 1617674_733625926649239_239029223_o

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads