Khamis, 13 Februari 2014

04 di sungai rambai - Google Blog Search

di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Melaka Mahu Keluar 3000 Tan Beras Wangi Setahun - MyNewsHub <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 01:01 AM PST


JASIN – Melaka menyasar untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 tan beras wangi setahun dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata pada masa ini projek tanaman beras wangi yang mula ditanam tahun lepas di kawasan seluas 40.5 hektar di Sungai Rambai berupaya menghasilkan kira-kira 120 tan beras setahun.

"Kita akan memperluaskan tanaman padi wangi sehingga 1,000 hektar dalam tempoh dua tahun di kawasan yang berpotensi di seluruh negeri," katanya kepada pemberita pada majlis menuai padi wangi MRQ 74 di Kampung Parit Penghulu Sungai Rambai hari.

Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti untuk penanaman padi wangi ialah Gadek di Alor Gajah dan Bukit Rambai di Melaka Tengah.

Sementara itu Timbalan Pengarah Program Pembaikan Bakaan Pusat Penyelidikan Padi Mardi Dr Marzukhi Hashim berkata sebuah kilang memproses beras wangi bagi zon selatan akan dibina di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai sekiranya sasaran itu tercapai.

Beliau berkata kilang itu akan menjadi kilang memproses beras wangi keempat di negara ini.- BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Melaka Mahu Keluar 3,000 Tan Beras Wangi Setahunhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Hasan-Abdul-Rahman.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Hasan-Abdul-Rahman-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

JASIN - Melaka menyasar untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 tan beras wangi setahun dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Hasan Abdul Rahman. Beliau berkata pada masa ini projek tanaman beras wangi yang mula ditanam tahun lepas di kawasan seluas 40.5 hektar di...

JASIN - Melaka menyasar untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 tan beras wangi setahun dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Hasan Abdul Rahman. Beliau berkata pada masa ini projek tanaman beras wangi yang mula ditanam tahun lepas di kawasan seluas 40.5 hektar di Sungai Rambai berupaya menghasilkan kira-kira 120 tan beras setahun. "Kita akan memperluaskan tanaman padi wangi sehingga 1,000 hektar dalam tempoh dua tahun di kawasan yang berpotensi di seluruh negeri," katanya kepada pemberita pada majlis menuai padi wangi MRQ 74 di Kampung Parit Penghulu Sungai Rambai hari. Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti untuk penanaman padi wangi ialah Gadek di Alor Gajah dan Bukit Rambai di Melaka Tengah. Sementara itu Timbalan Pengarah Program Pembaikan Bakaan Pusat Penyelidikan Padi Mardi Dr Marzukhi Hashim berkata sebuah kilang memproses beras wangi bagi zon selatan akan dibina di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai sekiranya sasaran itu tercapai. Beliau berkata kilang itu akan menjadi kilang memproses beras wangi keempat di negara ini.- BERNAMA