Isnin, 3 Februari 2014

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


My Rainbow...: Memancing <b>Udang</b> Galah <b>di Sungai</b> Belat, Kuantan

Posted: 25 Dec 2013 05:00 PM PST

Assalamualaikum.....

Udang galah lagi. Yer...dah warning dah last week rasanya, minggu ni banyak cerita udang galah...hehehehehe.

Disebabkan minat sedang membuak2 dalam diri hubby terhadap makanan berkolesterol tiingggiiiiiiiii ni iaitu udang galah, hubby berpakat dengan kawan sekerjanya untuk memburu udang galah. Seperti yang semua sedia maklum, Kuantan baru surut daripada banjir besar awal bulan ini kan. Biasanya bila banjir mula surut, udang galah banyak keluar dari sarang mereka. Mabuk katanya.

So, nak merasa memancing udang galah, hubby sanggup ambil cuti dan mengharung sungai. Sungai ni namanya Sungai Belat. Sewa bot harganya tak pasti, tapi tak cecah RM50.00. Bot, enjin bot selama sehari. Umpan, boleh minta tukang bot cari, atau boleh bawa sendiri. Tapi, paling best jadi umpan ialah anak udang atau udang yang kecil2 halus2 tu. Biasanya udang macam tu kita buat rencah sayur jer.

Pertama kali hubby memancing. Bila dapat udang pertama, gembira tak terkata.


Udang pertama yang berjaya di naikkan oleh hubby. Besar kan.. Ini, kalau kat Temerloh, siap masak sekor ni boleh cecah harga RM50.00 nie. Kat temerloh la, kat Leban Chondong tu murah seh.
Anyway, mereka tak dapat memancing lama sebab hujan mula turun. Tak berapa eloklah nak memancing dalam hujan. Nanti bot penuh air, tenggelam pula jadinya. Mana nak jaga joran, nak timba air keluar, nak masuk umpan... Last2 mereka akur dan pulang. Tak banyak pun dapat, tapi hubby sangat seronok sebab membuahkan hasil. Malam tu juga hubby terus balik KL. Nak suruh isterinya tolong masakkan udang tu juga....

Malam tu, hubby tiba di KL dah hampir jam 9.00 malam. Kita masaaaakkkkk.............

sambung esoklah.

Esok datang lagi yer, nengok kita masak apa.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads