Isnin, 10 Mac 2014

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Multaqa Tafaqquh Fiddin GPI <b>Negeri Melaka</b> 2014

Posted: 03 Mar 2014 08:37 PM PST


4 Mac 2014 - Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Cawangan Negeri Melaka telah menganjurkan Multaqa Tafaqquh Fiddin Guru-guru Pendidikan Islam (SR) peringkat Negeri Melaka. Ia telah diadakan di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah Melaka bermula jam 2.30 petang dan telah dihadiri seramai 800 orang Guru Pendidikan Islam di negeri ini.

Antara pengisian utama Multaqa kali ini adalah ceramah professionalisme yang telah disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz Mohd Najib bin Khasim, Pensyarah dari Universiti Multimedia, Melaka. Dalam ceramahnya, beliau telah membawa pelbagai pendekatan yang bersifat ilmiah tapi cukup menarik tentang ciri-ciri yang sepatutnya perlu ada dalam kalangan Guru Pendidikan Islam yang dipandang mulia disisi masyarakat.

[ ALBUM GAMBAR ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads