Ahad, 13 April 2014

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


GELAGAT IBUBAPA PELAJAR - sekadar pandangan - Blogger

Posted: 03 Mar 2014 06:39 PM PST

Penulis ucapkan ribuan terima kasih dan komen di atas penulisan ` GELAGAT IBUBAPA PELAJAR `KAYARAYA' DI MRSM ALOR GAJAH' sebagaimana isi kandongannya di sini http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/gelagat-ibubapa-pelajar-kayaraya-di.html. Penulis terima komen komen melalui `feedback' dan juga telefon. Majoriti pengulas mengucapkan `kudus' kepada penulis tetapi ada juga yang tidak setuju dengan pemerhatian penulis. Dengan kesempatan yang ada, penulis ingin menjawab komen komen sinis tersebut.
Blog ini diberi nama Sekadar Pandangan yang bermaksud penulisannya hanya pandangan peribadi penulis. Seterusnya tajuknya Gegalat Ibubapa atau perbuatan yang dilakukan oleh ibubapa pelajar.
Semasa mengulas gelagat ibubapa pelajar ini, pemerhatian penulis mendapati gelagat ibubapa yang membawa kereta mewah itu (termasuklah Rolls Royce, Mecerdes Benz,BMW dan lain, bekalan makanan dan minuman yang banyak serta komputer dan alat komunikasi yang canggih) ......
Salah seorang pengulas ialah Admin MRSM sendiri yang menulis bahawa kemasukan pelajar ke MRSM berdasarkan merit iaitu keputusan cemerlang 5A. Mungkin pencapaian keputusan ini senang diukur berbanding dengan `kekayaan sesebuah keluarga'. Admin ulas bahawa pengurusan tahu dengan `detail' tahap pencapaian 5A setiap pelajar dan markah A berada di antara 80-100 markah. Admin mengakhiri ulasan nya dengan mengatakan `rezeki masing masing' dan jangan buruk sangka sesama kita. Ulasan Admin juga bermaksud kemasukan pelajar ke MRSM dan status ibubapa pelajar adalah rezeki Allah SWT.
Pada penulis, rezeki yang ALLAH beri itu berdasarkan sistem pincang atau tidak sempurna MRSM. ALLAH memberi rezeki kepada orang berjudi juga.
Berdasarkan keputusan UPSR, kelulusan 5A bertambah baik setiap tahun. Tidak keterlaluan jika penulis katakan pelajar yang ibubapanya kaya, peluang adalah tinggi untuk mendapat 5A asalkan rajin dan fokus belajar. Ini adalah kerana ibubapa mereka mampu menyediakan yang terbaik untuk anak seperti `home tuition one-to-one' dengan bayaran ada mencecah RM800-RM1000 @seorang@sebulan ( untuk makluman profesion adik penulis ialah cikgu 'home tuition' berpengkalan di Kuala Lumpur/Shah Alam. Pelanggannya 90 peratus anggota pekerja Petronas), atau menghantar anak ke tuisyen biasa, membelikan pelbagai jenis buku rujukan, buku latihan, menghantar anak ke seminar/ bengkel kecemerlangan UPSR, bekalan makanan mencukupi dan  berkhasiat dengan pelbagai pil vitamin minda/otak yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Ada juga anak dibekalkan komputer untuk kemudahan belajar melalui e book. Ada juga yang mampu menghantar anak ke kelas piano, muzik, tennis, karate untuk memperbanyakkan sijil-sijil tambah nilai aktiviti. Dengan galakan termasuklah kewangan daripada keluarga, tidak mustahil mereka boleh mendapat 5A.
Bandingkan itu semua dengan anak orang-orang miskin yang serba serbi kekurangan, ( tak kira lah bandar atau luar bandar yang berpendapatan kurang RM2000 @sebulan), atau anak luar bandar yang kurang kemudahan infra nya, atau anak ibu/bapa tunggal yang emosinya terganggu kerana keluarga tidak sempurna..... tetapi masih berjaya mendapat 5A ( yang mungkin peratusnya 80-85 ) atau 4A 1B.  Dengan kekurangan itu semua, mendapat 4A 1B atau 3A 2B pun sepatutnya mereka yang kurang berada ini sudah boleh dipertimbangkan ke MRSM. Sebab itu ada istilah mata 'handicap' dalam sesetengah permainan sukan untuk persaingan yang adil.
November lepas, seorang kenalan atau kawan anak penulis dalam kategori susah telah pergi ke pejabat negeri MARA untuk mendapatkan 'slip pin' bagi permohonan ke MRSM. Permohonan ditolak kerana anak hanya mendapat 4A 1B. Betul lah kata Admin... 5A sahaja yang layak. Tanpa rasa iri hati kepada anak orang kaya yang mendapat 5A, peluang juga harus diberikan kepada anak orang miskin yang mendapat 4A 1B. Awal-awal lagi peluang mereka dinafikan kemasukan tanpa melihat latar belakang mereka. Kemungkinan 1B tu kerana perkara-perkara yang penulis sebutkan di atas. Bagaimana hendak bandingkan pelajar pelajar ini jika iklim pembelajarannya amat berbeza. Macam kita membandingkan oren dengan epal. Apabila peluang 'pin'  tadi sudah diberikan, seterusnya terserah lah kepada rezeki masing-masing. Bersainglah dan terpulang kepada pertimbangan pegawai yang menemuduga untuk menilainya secara keseluruhan kelayakannya.

Jangan menganggap sesuatu teguran sebagai buruk sangka. Tiada isu rezeki, atau anak akan menjadi bongkak seperti ibubapa yang bongkak atau lain-lain, isunya kita berusaha untuk menambah baik sistem pemilihan dan memberi keadilan kepada mereka yang benar-benar susah. Seperti kata Admin markah A ialah 80-100. Tidak mustahil mereka yang yang mendapat 98-99 adalah mereka yang latar belakangnya banyak membantu. Tidak begitu?
Adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kita semua terutama pengurusan MARA untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan menambah baik apa jua sistem dari masa ke semasa. Kita tidak mengharapkan 100% 'perfect', sekadar memberi teguran kepada apa yang berlaku di depan mata.
Ringkasnya jurang pendidikan di kalangan pelajar miskin masih wujud. Penulis cadangkan sistem kemasukan MRSM di rangka seperti di bawah:-
1.    Peratusan pelajar Bandar dan Luar Bandar MRSM ditetapkan, mungkin 30 peratus pelajar Bandar sahaja. Itulah matlamatnya.
2.    Pencapaian 5A sahaja untuk pelajar Bandar dan minima 4A 1B untuk pelajar luar Bandar. Pelajar Orang Asli kemasukannya ditetapkan 3A 2B. Pentaksiran Bandar dan luar Bandar mesti ditetapkan terlebih dahulu.
3.   Faktor kriteria keluarga dimasukkan ketika pemilihan dan bukan merit 5A semata-mata.

Mungkin juga Pengurusan MARA boleh menjadikan BRIM sebagai satu eleman kemasukan pelajar ke MRSM kerana LHDN mempunyai rekod setiap penerimanya. 
Seorang pengulas tidak gembira dengan pemerhatian penulis mengenai berkenderaan Roll Royce atau kereta mewah  ke MRSM Alor Gajah. Beliau memberi alasan kereta tersebut sudah berusia 24 tahun dan dibeli murah. Macamana orang lain tidak sangka buruk ? Di Malaysia hanya orang kaya yang memandu Roll Royce. Sultan, Ketua Menteri Sarawak (akan bersara pada 28Februari), ahli perniagaan yang sangat berjaya (kalau setakat pegawai Kerajaan atau ahli perniagaan setahun jagung tidak mampu) ATAU Sultan Melaka. Tidak mungkin pengulas itu Sultan Melaka yang palsu itu.
Roll Royce mungkin mampu di beli tetapi tahu tidak berapa cukai jalan dan insurannya setahun? Berapakah penggunaan minyak sekilometer? Berapakah kos `monthly maintenance' dan dimana kah `tunning up' dilakukan?
Penulis pasti penulis berada dikategori rendah pendapatan pada masakini dan diharap anak anak akan dapat kerja selepas tamat ijazah pertama bulan Disember 2013 yang lalu. Penulis harap pemilik Roll Royce dan kereta mewah tidak menerima BRIM3 seperti yang di nikmati oleh penulis dan adik perempuan penulis.
Mungkin juga Pengurusan MARA boleh menjadikan BRIM sebagai satu eleman kemasukan pelajar ke MRSM kerana LHDN mempunyai rekod setiap penerimanya. Penulis amat menghormati 17,000 rakyat Malaysia yang menulis kepada LHDN agar mereka di keluarkan daripada senarai penerima BRIM. Mereka ini sangat jujur dan memahami bahawa bantuan adalah untuk mereka yang berhak.

1 ulasan:

  1. Terima kasih, ramai yang kaya dan pandai yang komen, saya yg tak pandai dan miskin rasa malu nak komen.. takut dikecam dengki dengan mereka, pemalas, kurang cerdik, x de kelas, berfikiran sempit dan tak sama taraf pemikiran dan kepandaian dgn mereka

    BalasPadam

ads