Sebelum ini pernah beberapa kali mengunjungi kapal selam Agosta 70 di pantai Klebang, Melaka yang pernah digunakan sebagai latihan TLDM persediaan mengemudi kapal selam pertama negara Scorpene sebelum ditukar nama kepada KD Tunku Abdul Rahman.

Kalau sebelum ini ditinjau dari luar sahaja dan kali ini dapat memasuki dek kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 buatan Perancis yang terletak berhampiran dataran 1 Malaysia, Klebang Melaka dan merasai pengalaman berada didalam kapal selam ini.



















Fakta ringkas mengenai kapal selam SMD Ouessant Agosta 70
- Kapal selam penyerang (SSK) dikuasakan diesel-elektrik
- Berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar
- Berat kapal selam berat 1,300 tan
- Kapal selam ini dikemudikan oleh 36 krew dan 5 pegawai
- Mengunakan sistem pendorong MESMA AIP (air independent propulsion)
- Dibina oleh firma Arsenal De Cherbourg
- Kapal selam ini pernah berkhidmat untuk tentera laut Perancis diantara 1977 – 1978
- Dibeli oleh TLDM sebagai kapal selam latihan
AkuBiomed: Kalau cuti ke Melaka boleh jadikan Muzium Kapal Selam Melaka ini sebagai salah satu destinasi yang perlu dikunjungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan