Selasa, 15 April 2014

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Angler&#39;s File: Pancing tengas <b>di Sungai Rambai</b>

Posted: 09 Apr 2014 01:03 PM PDT

Teks dan gambar Mohd Rifaat Abd Hamid
KEJERNIHAN dan kesejukan air dari Pusat Rekreasi Bukit Perak, Sungai Rambai, Pendang, Kedah memang memukau pengunjung dan tidak hairanlah pusat rekreasi itu menjadi aset pelancongan di negeri ini.
Terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Pekan Pendang dan 35km dari Lebuhraya Utara-Selatan, ia sudah pasti menjadi tarikan pengunjung terutama pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

Di pusat rekreasi Su­ngai Rambai itu terdapat beberapa kolam dan ia amat sesuai untuk pelbagai lapisan usia sama ada dewasa atau kanak-kanak.


Walaupun air terjunnya datang dari bukit tetapi pengunjung boleh mendaki ke atas dengan menaiki anak tangga yang dibina.


Setiap ketinggian yang didaki memberi peluang kepada pengunjung melihat pokok berusia lebih 100 tahun dan keindahan flora dan fauna di Bukit Perak.

Selain kaya dengan flora dan fauna serta airnya yang sejuk, Bukit Perak yang menjadi Hutan Simpanan itu juga kaya dengan pokok herba serta sering dikunjungi sesiapa saja untuk mencari pokok herba.

Antaranya ialah tongkat ali, serai wangi dan tunjuk langit yang baik untuk kesihatan.

Pengunjung boleh memilih sama ada mahu bersantai di bawah teduhan bayang-bayang pepohon atau pondok yang dibina untuk kemudahan.

Pengunjung juga dapat memasak dan mengadakan berbeku di tebing kolam yang pasti menyeronokkan.

Rekreasi Sungai Rambai itu turut sesuai untuk aktiviti lasak dan perkhemahan.
Pada setiap hujung minggu, ada pihak terutama dari Daerah Pendang menganjurkan aktiviti kokurikulum untuk pelajar.

Aktiviti ini bertambah menarik lagi menjelang Julai dan Ogos apabila kegiatan memancing ikan tengas menjadi buruan pemancing ke situ.

Ada kanak-kanak sanggup meranduk air untuk menang­kap ikan kecil yang galak berenang.

Di samping itu, terdapat beberapa kemudahan asas dibina seperti bilik air, pondok dan surau.

Justeru, bagi yang sedang merancang untuk berkelah sambil menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga, Pusat Rekreasi Bukit Perak, Sungai Rambai, Pendang, Kedah adalah destinasinya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads