Sabtu, 12 April 2014

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Kem Nadwah Kepemimpinan Pelajar SMKA <b>Negeri Melaka</b> 2014

Posted: 02 Apr 2014 12:59 AM PDT


Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Hj. Abu Hassan, KS SPI sedang menyampaikan ucapan penutup

2 - 4 April 2014 - Seramai 60 pelajar terpilih tingkatan 2 dan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri ini sedang mengikuti Nadwah Kepemimpinan Pelajar SMKA peringkat negeri Melaka yang sedang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pusat Ko-Kurikulum Lanchang, Merlimau, Melaka.

Kem ini dikelokakan Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, SPI Melaka dan dibantu oleh rakan Jurulatih Utama MyConcern dan juga pelatih USIM.

Nadwah ini merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah-sekolah ini sebelum ianya dilaksanakan di peringkat Kebangsaan pada akhir bulan ini di negeri Perlis. Seramai 18 peserta terbaik daripada kem ini akan mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan kelak.

Majlis perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar semua peserta akan menjadi model terbaik kepada rakan-rakan mereka di sekolah, sentiasa mengutamakan akademik disamping mengamalkan Islam dalam ertikata yang sebenar kerana mereka inilah yang akan menggantikan barisan kepimpinan sedia ada.


Turut hadir, Ustaz Che Mat bin Che Leh, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, SPI dan juga Tuan Hj. Md. Razif bin Shahid, Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, SPI Melaka.

[ ALBUM GAMBAR ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads