Sabtu, 19 April 2014

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


sangkakalajari9: KAMPUNG WARISAN TERPINGGIR <b>DI MELAKA</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2014 10:02 PM PDT

Sangkakala dapat satu berita daripada soramg kawan yang mengatakan bahawa sebuah Kampung Warisan yang dinamakan sebagai kampung Morten terpinggir daripada perhatian kerajaan Melaka khususnya jawatankuasa pelancongan negeri.

Kampung Morten yang terletak di pesisir sungai Melaka adalah sebuah perkampungan Melayu yang diusakan oleh Allahyarham Datuk Othman yang merupakan penghulu di Kampung Ja2a sebelum perkampungan itu diambil untuk tujuan pembangunan pada sekitar tahun 1920an.

Nama Morten diambil sempena nama pembesar inggeris yang membe4ikan pinjaman dalam bentuk kewangan untuk menaikkan kampung tersebut dan kalau tak silap Sangkakala ianya berjumlah 10 ribu dollar pada ketika itu.

Sekarang ini, kampung morten telah dijadikan sebagai salah sebuah perkampungan sejarah dan jika kita menaiki bot menyusuri sungai Melaka, anda akan mendengar taklimat atau pemberitahuan bahawa 200 meter disebelah kanan selepas jeti bot persiaran di taman rempah adalah kampung Morten yang dibiayai sepenuhnya oleh jawatankuasa kemajuan pelancongan negeri Melaka.

Tapi jika anda pergi ke kampung tersebut, cerita yang bercanggah daripada pemberitahuan itu akan anda dengari dari penghuni kampung tersebut dimana mereka akan mengatakan bahawa tiada apa bantuan daripada kerajaan negeri sejak 10 tahun yang lalu dimana 10 tahun dahulu hanya bumbung bangunan kediaman di kampung tersebut diganti oleh kerajaan negeri dan sehingga kini tiada apa apa bantuan lagi diberikan.

Apa dah jadi ni? Tak ke malu kalau perkara ini diketahui oleh para pelancong dan Sangkakala amat yakin bahawa mereka akan menghebahkan cerita tersebut daribsemasa ke semasa.

Kerajaan negeri Melaka dikatakan hanya memberikan lampu diatas bumbung untuk digunakan di malam hari agar kediaman kediaman tersebut dapat dilihat oleh mereka mereka yang menaiki bot persiaran untuk mennyusuri sungai Melaka.

Bukankah kawasan itu juga adalah salah satu daripada daya tarikan pelancong dan kalau tak silap ianya juga ada dimasukkan kedalam peta pelancongan Melaka tapi ianya seperti tidak dihargai.

Takkan sedikit peruntukan tidak boleh diberikan sedangkan ianya adalah salah satu produk pelancongan negeri dan Sangakala rasa jika diberikan sedikit imbuhan sudah pasti ianya akan merancakkan lagi daya tarikan pelancong untuk melawat ke kampung Morten.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads