Isnin, 19 Mei 2014

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Lurve a part of...: Berkursus <b>di</b> Puteri Resort, <b>Ayer Keroh</b>, Melaka

Posted: 11 May 2014 08:15 PM PDT

Assalam

Last minute aku dapat call cakap nama aku naik untuk kursus. Ahad call, Rabu start kursus. Memang la last minute buat kerja.

Aku boleh je pun kalau nak tolak kursus nie, langsung takde masalah. Tapi kesian dekat akak pentadbian kalau aku tolak dia nak kena cari orang lain lagi ganti tempat aku.  Masa pun dah suntuk. Aku on jela.


Perkara pertama yang aku buat, aku google dulu pasal Puteri Resort ni. And Cantik!  Lagi tak sabar nak pegi. Kalau ikut dalam website Puteri Resort aktiviti tu memang mencabar.

Barang aku tak perlu nak beli dah sebab aku dah biasa sesangat attend kursus luar daerah macam ni, kursus yang lebih kurang jer. Nasib baik aku tak cakap pengisian kursus pun aku dah sedia maklum. kihkihkih.

Kami bertolak lebih kurang dekat pukul 9 pagi. On paper cantik je tulis masa 7.30 pagi. Erm..hampeh!

Sebelum gerak, aku sempat tanya urusetia siapa lagi peserta sebab kami 7 orang je. Aku diberitahu ada peserta dari IPT lain akan join kursus. Aku macam 'yeah' sebab selalu kursus aku attend kita kita je, dari tempat yang sama cuma department lain. Sekarang ada muka muka baru, best sikit kursus nie.

Satu je aku serius tak suka. The journey. Macam tajuk cerita la pulak. Ya Allah. Jauh giler. Destinasi aku berkursus Melaka, tapi nak sampai sana aku kena lalu 5 negeri. Omaigod. 10 -11 jam perjalanan. PENAT!

Sampai resort je pihak urusetia cakap, "kita akan start kursus tepat 8.30 malam". Aku macam 'hah, biar betik?" Rasa macam nak collapse je terus saat tu. Hahaha. Dan dan je . Sampai lebih kurang pukul 6.30 petang dah masa tu. Ingat boleh ar ponteng program malam tu.


Malam untuk first module - ice breaking and bentuk kumpulan. Masa ice breaking tu tak sempat nak ingat pun nama sorang2 peserta. Bila dah dalam kumpulan, baru tahu dia nama apa, dari ipt mana.

Part bentuk kumpulan, kena ada nama kumpulan, logo, moto..yang tak boleh blah kena ada lagu kumpulan. Hahaha

Serius aku cakap, bab macam ni aku memang tak kreatif. Aku serah tugas dekat yang kreatif jelah. Aku jadi setiausaha, bab tulis menulis aku yang buat.

Pagi esokkan baru aktiviti melibatkan fizikal. Kami dapat aktiviti pond rafting. Ada Kapten Angry Bird (dia yang gelarkan diri dia sendiri bukan aku) suara punyala kuat lantang, bekas tentera..tapi lantang pun dia okay..

Kami diberi 4 tiub pelampung, 4 pvc - 2 panjang 2 pendek, 16 tali, life jacket, paddle. Memula kena design dulu rakit tu, kena ada nama kumpulan dari nama haiwan, kena ada warcry..then kena present. Aku boleh rasa semangat pasukan tu tau dalam kumpulan aku. Best la. warcry yang paling semangat yang paling kuat antara kumpulan lain. Memang resort tu pecah terus kesunyian dia.

*Lupa aku nak bagitahu dalam tempoh kami berkampung dekat resort ni, hanya kami (peserta plus urusetia) sahaja yang menghuni resort - kami pulak 20 orang je, urusetia ada la dalam 5 orang. semua sekali 25 orang - sangat sunyi!! *

Kami start rafting, aku dapat 1st round. Rafting ada 2 pusingan, setiap pusingan wajib 4 orang naik. Kalau kumpulan less than 8 people memang akan ada seorang peserta yang akan kena buat 2 round. Aku yang sekali round je rasa macam bahu nak tercabut dah, tak tahu la kawan aku yang buat dua round tu. Yang manisnya, kumpulan aku menang dalam game nie. Nak aje aku peluk sorang2 tanda syabas - tapi giler kot yang lelaki pun aku nak peluk.

Berlari pulak kami untuk untie tali, kemaskan peralatan macam yang coach bagi awalnya. Last tiupan wisel, kami menang. Yeah!! Then kena ambil simple shower, just takat bersihkan badan je. Naik rest jap, minum air.

Lepas tu, kami kena duduk atas lantai bersebelahan kolam renang (petugas kolam dah basahkan lantai). Matahari tegak atas kepala, memang rasa atas bawah panas. Baru lepas main kolam berlumpur, so kasut aku tak pakai. Berjingkit jalannya. Motip Kapten ajak duduk tempat panas macam tu - sebab katanya kalau panas yang macam ni pun tak mampu nak tahan, macam mana nak tahan dengan ujian lain? Deep kan?

Lama jugak la kami berjemur masa tu. Naik je ramai peserta complain sunburn. hehehe.

Petang tu start aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan, perbincangan etc. Ada post mortem bagi aktiviti pond rafting - apa kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman (threat) bagi aktiviti rafting sebelah pagi tu. - mentang2 paramedik.

Then, sebelah malamnya, speaker mintak kita lukis pemandangan. Apa2 je yang terlintas masa tu as long as pemandangan. Aku yang terlintas banyak benda tapi nak lukis tak pandai. Last sekali aku lukis gambar pantai, pokok kelapa, burung, matahari. Tak sampai 2 minit aku lukis. 

Sekali dia bagitahu dia takkan tengok pada lukisan peserta, sebab dia tahu dalam lukisan setiap peserta wajib ada pokok kelapa, matahari, bukit, burung, sawah padi. Aku gelak tak ingat sebab betul2 ada dalam lukisan aku. Motip speaker nie untuk latih jadi lebih kreatif.

Malam ada sedikit mini persembahan. Sebab apa mini? Sebab tak sampai 15 minit, kami diberi masa berbincang untuk buat persembahan and 5 minit je masa kami kena present. Dengan gaya kreatif.

Last day, part komunikasi. Komunikasi interpersonal. Memula speaker tanya ada telefon tak, dia mintak semua telefon on, dia tak nak silentkan.

Then dia mintak peserta hantar mesej dekat someone yang disayangi. Yang kawin tentunya hantar dekat husband/wife, yang golongan macam aku nie? err...asalnya aku tak nak hantar dekat sesiapa, tapi since speaker tu agak mendesak, so aku hantar jugak dekat adik aku.Aku msg dekat adik aku 'Love u'

Aku bajet adik aku mesti ingat aku salah hantar. Buktinya dia langsung tak reply mesej aku. Kesian aku. Tak dapat feedback pun.

Ada peserta yang hantar dekat suami/isteri dapat respon. Siap dapat tepukan lagi. Hahaha. so sweet.

Tengahari kami singgah bandar Melaka dulu. Cari cencaluk, gula melaka..tanda buah tangan pegi melaka. Lepas tu, kami terus balik la. Jauh lagi kot perjalanan nak sampai Kelantan.

Overall, kursus ni aku betul2 enjoy. Memang betul2 release tension. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads