Ahad, 11 Mei 2014

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


SMK <b>DURIAN TUNGGAL</b>: .:: Perkhemahan Lencana Keahlian Dan <b>...</b>

Posted: 11 May 2014 01:11 AM PDT

.:: Perkhemahan Lencana Keahlian Dan Usaha Pengakap Kumpulan Ke- 32 SMK Durian Tunggal Tahun 2014 ::.

Tarikh:

2, 3 & 4 Mei 2014

Tempat:

SMK Durian Tunggal

 Hari Pertama

Aktiviti Hari Pertama

Pendaftaran, menaikkan khemah, membuat gerban dan gajet, ice breaking, taklimat asas pengakap, solat jemaah dan kuliah agama. Guru-guru penasihat menyediakan makanan dan BBQ untuk santapan peserta dan fasilitator.

Hari Kedua

Aktiviti Hari Kedua

Solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh, senaman pagi, upacara menaikkan bendera dan perhimpunan rasmi pengakap. Selain itu, ahli pengakap menjalankan aktiviti di 4 stesen iaitu ikatan tali, persetiaan pengakap, lagu-lagu pengakap dan kawad kaki.

Hari Ketiga

Tahniah badan uniform Pengakap SMK Durian Tunggal kerana telah berjaya mengelolakan perkhemahan dengan sangat cemerlang. Perkhemahan yang berlangung selama 3 hari 2 malam telah banyak memberi pelbagai input yang berguna dan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta perkhemahan. Seramai 45 orang pengakap telah dianugerahi lencana ahli dan lencana usaha. Tahniah kepada semua! Terima kasih juga Kelana Pengakap Alor Gajah dan Pesuruhjaya Pengakap Alor Gajah, En Sharedza atas kerjasama yang diberi. Terima kasih juga kepada semua guru pengakap yang memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung. Semoga usaha yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi di masa mendatang. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah v(^___^)v

SMK <b>DURIAN TUNGGAL</b>: .:: Majlis Perpisahan GPK HEM; Encik Md <b>...</b>

Posted: 11 May 2014 01:21 AM PDT

.:: Majlis Perpisahan GPK HEM; Encik Md. Nor Bin Md. Yusof ::.

Tarikh: 
5 Mei 2014 (Isnin)

Masa: 
8.00 pagi - 10.20 pagi
Tempat: 
Dataran Budaya



Majlis perpisahan insan yang disayangi, En Md Nor bin Md Yusof mantan GPK HEM yang akan memulakan tugas sebagai GPK 1 di SMJK Pulau Sebang. Kami pasti merindui beliau! Terima kasih atas kepimpinan yang cekap dan memacu unit HEM dengan cemerlang. Tahniah atas perlantikan dan selamat berpisah. Walau jarak memisah namun hati pastikan bertaut kasih. Warga SMK Durian Tunggal mendoakan agar beliau lebih berjaya di tempat baru nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads