Isnin, 12 Mei 2014

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Jeti Setia <b>di Sungai Rambai</b> mulakan operasi - Utusan Online

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Hasan Rahman menandatangani plak perasmian Jeti Setia di Sungai Rambai, Jasin, semalam. - utusan/NURSURAYA ZULKIFLI

JASIN 18 Feb. - Projek fasa dua pembangunan tebing Sungai Kesang dekat Laman Belia, Sungai Rambai di sini bakal merancakkan lagi kawasan tersebut sebagai pusat tarikan baharu pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, projek sepanjang satu kilometer di tebing sungai yang bernilai RM5 juta itu jugat mampu meningkatkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat.

Menurutnya, projek termasuk pembinaan beberapa buah jeti itu juga akan mengekalkan keindahan alam semulajadi yang berbeza dengan tarikan sedia ada seperti River Cruise di Sungai Melaka.

"Kawasan tersebut akan dibangunkan sebagai pusat eco pelancongan yang membolehkan pengunjung melihat alam semulajadi seperti pokok nipah, burung bangau dan sebagainya di sepanjang sungai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jeti Setia, Sungai Rambai, di sini hari ini.

Jelas Hasan, Jeti Setia sepanjang 200 meter bernilai RM400,000 di sempadan Melaka dan Johor itu merupakan projek fasa pertama bagi pembangunan tersebut melalui peruntukan kerajaan persekutuan.

"'Jeti ini akan menjadi pangkalan baharu bagi pelancong untuk datang ke Sungai Rambai melalui laut seterusnya mengunjungi tarikan lain yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan," ujarnya.

Tambah beliau, kawasan berkenaan turut akan dibangunkan dengan pembinaan kiosk-kiosk produk tempatan seperti makanan ringan, baju batik, hasil kraftangan, madu lebah, hasil makanan laut dan sebagainya.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan kerjasama dengan kerajaan Johor bagi membincangkan pembangunan tebing sungai berkenaan agar ia selari demi menarik lebih ramai pengunjung dari kedua-dua negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads