Area:Simpang Rengam Property Type:Agricultural Price:RM20 580 000 Size:343Acres Title type:Leasehold Other info:Non Bumi Lot 343 EKAR TANAH DI MACHAP UNTUK DI JUAL
~TANAH PERTANIAN ~INTERNATIONAL LOT ~TANAH PAJAKAN 60 TAHUN ~BERDEKATAN EMPANGAN MACHAP DAN 4KM DARI PLUS HIGHWAY ~BERADA DI TEPI JALAN BESAR ~70 EKAR TANAH ADA POKOK KELAPA SAWIT YANG ADA HASIL DAN SELEBIHNYA ADA POKOK KELAPA SAWIT TANAM SEMULA USIA 2 TAHUN LEBIH ~HARGA JUAL RM60k/ekar @ RM20,580,000
Aliran trafik lebuhraya Plus di Sungkai arah utara
KUALA LUMPUR — Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai petang ini apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik sesak sebelum plaza tol Gombak ke Terowong Genting Sempah.
"Trafik juga perlahan dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, Simpang Renggam ke Machap & Skudai ke Senai Utara," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Katanya laluan kontra dibuka di km 66-66.1 (Simpang Renggam-Machap) untuk mengurangkan kesesakan ekoran kemalangan kereta terbabas di km67.6 pada 1.50 tengah hari tadi.
Menurut laman Twitter PLUS pula, trafik lancar dari Tanjung Malim menuju ke Behrang, namun masih lagi perlahan dari Behrang menuju ke Hentian Ladang Bikam.
Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS iaitu bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan kenderaan keluar lebih awal.
Waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang menuju ke Tapah, Bidor, Slim River & Tanjung Malim adalah selepas 6 petang.
Manakala waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang ke Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng & Simpang Ampat antara 3 petang hingga 6 petang.
PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka.
Arikel berkaitan: Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Bergerak Perlahan Petang Ini
[unable to retrieve full-text content]Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau. Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya ...
Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.
Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.
Ceramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.
"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap … tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.
"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.
"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.
Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.
"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.
Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.
"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.
"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.
Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.
Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.
Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.
20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.
13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Like this:
Be the first to like this post.
Catatan ini telah dibuat pada 27 Februari 2012 pada 6:29 am di bawah Politik . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.
Penjelahahan FCU ke seluruh semenanjung Malaysia ini bukanlah seperti satu percutian keluarga seperti lazimnya. Musafir panjang ini telah dirancang dengan teliti oleh GM sejak dari awal lagi. Inilah masanya kami semua berada dalam suasana di luar kotak kebiasaan kehidupan seharian. Tiada lagi rutin yang mengikat diri pada kebiasaan.
Sebahagian besar ruang masa adalah di dalam wira-wira yang meluncur di jalanan. Inilah masanya untuk banyak berfikir tentang Pencipta Alam Semesta, mengenal diri sendiri, bertaubat, mencari hikmah bagi setiap peristiwa di sepanjang perjalanan, berzikir dan bermonolog. Kuliah demi kuliah menyerikan setiap persinggahan kami untuk menambah ilmu dan tarbiyah diri. Di mana langit dijunjung, di situlah kami mendirikan solat sebaik azan berkumandang. Hanya setinggi- tinggi kesyukuran di atas segala nikmat Allah. Terlalu indah setiap detik berlalu bila minda sentiasa mengingati Allah. Itulah janji Allah. Tiadalah kudrat kita melainkan dengan izinNya jua segala apa yang berlaku.
PENYERAHAN SECARA TOTAL
Suasana di STATION 2 FCU kembali meriah sebaik sahaja kami tiba. Aktiviti seterusnya ialah masak beramai-ramai dan makan beramai-ramai. Inilah antara nikmat kurnian Allah bila mempunyai keluarga yang besar. Namun, GM sentiasa mengingatkan kami bahawa STATION 2 FCU hanyalah salah satu persinggahan sama seperti homestay-homestay lain yang pernah kami huni. Malah STATION 1 FCU di Langkawi juga adalah satu persinggahan. Tiada rasa pemilikan kerana semuanya adalah milik Allah. Kita hanyalah orang dagang dalam perjalanan menuju Ilahi. Indahnya orang dagang ialah tiada istilah REHAT dalam kehidupan seharian. Minda sentiasa bergerak dan menjadi orang baru setiap hari dengan prestasi yang lebih baik.
Detik jam 12.00 tengahmalam - 25.12.2011 , arahan dikeluarkan oleh GM untuk bersiap serta merta. Kami menukar pakaian sepantas yang mungkin dan mengangkut segala barangan dan peralatan kemera agar tiada satu pun tertinggal. Siapa lambat pasti akan ditinggalkan. Umpama dalam peperangan, kepantasan dan ketepatan sangat dititik beratkan. Tiada keluh kesah mahupun rungutan kerana KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH.
Tepat 12.45 tengahmalam, kami kembali berada di dalam perut wira-wira yang baru sahaja menikmati pelabuhan yang selesa di Pasir Gudang. Mereka begitu setia berkhidmat tanpa mengira waktu. Kami kembali menyusur jalanan, tanpa mengetahui kemanakah destinasi seterusnya. Hanya berserah kepada Allah. Semua yang berlaku pasti penuh dengan hikmahnya. Yang pasti ialah untuk membentuk jiwa yang kuat dan diri yang lasak. Akhirnya kami sampai di Kawasan Rehat dan Rawat Machap. Di sinilah kami tidur seketika di dalam kereta kerana menjelang pagi, pasti akan meneruskan perjalanan lagi. Semasa dalam perjalanan, kami ditegah untuk tidur mahupun tertidur. Mata mesti terus berjaga untuk minda terbuka dan menikmati setiap detik perjalanan. Adalah kerugian besar andai diulit mimpi di sepanjang musafir yang penuh keberkatan ini.
Perhentian ini sangat selesa dan penuh dengan kemudahan asas para pengguna.
Memang cantik dan menarik
Alhamdulillah, tiada rasa keluh kesah malah pengalaman baru ini begitu berharga kerana peluang yang ada tidak akan selalu menjadi milik kita. Inilah baru ada "adventure" dan hidup pasti lebih bermakna. Malah ketiga-tiga cucunda ( Afiq, Afiqah dan Alyssa ) juga faham bahawa mereka berada dalam satu misi penting yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
WAHAI PENJAGA LANGKAWI YANG DI TINGGALKAN. KALIAN SENTIASA BERSAMA KAMI DAN PASTI MEMPEROLEHI APA YANG KAMI PEROLEHI.DOAKANLAH KAMI WAHAI PENJAGA YANG HEBAT DAN YANG DIBANGGAKAN.
KUALA LUMPUR 21 Feb: Insiden keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor baru-baru ini membuktikan Umno- Barisan Nasional membawa budaya ganas dan samseng, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata, keganasan sedemikian dilihat lebih kerap berlaku di negeri yang dianggap kubu kuat Umno, seperti Johor dan Melaka, bertujuan untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.
"Cara provokasi yang lebih kurang sama juga menunjukkan ada arahan khusus yang diberikan kepada jentera bawah,"
"Ini kerana Umno tidak mahu mesej perubahan yang dibawa Pakatan sampai kepada rakyat," kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Insiden di Sembrong Ahad lalu, menyaksikan lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, membuat kacau di program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan beberapa kecederaan.
Samseng Umno itu turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat ketika Anwar berucap.
Malah, kumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta Anwar dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
Isnin lalu, ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Alor Gajah, Melaka turut dicemari dengan gangguan penyokong Umno- BNl.
Dalam pada itu, Shamsul kesal kerana pihak polis tidak memainkan peranan sewajarnya untuk meleraikan insiden keganasan tersebut.
"Polis yang bertugas tidak mengambil sebarang tindakan. Apakah perlu menunggu keadaan menjadi darurat terlebih dahulu?" soal beliau.
Justeru itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertanggungjawab berikutan insiden itu.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau harus beri penjelasan, bukan bertindak berdiam diri. Apatah lagi, beliau sendiri adalah ahli Parlimen di situ," jelasnya lagi.
Kotor dan geli bila tengok terlalu banyak lalat di RnR Ayer Keroh. Tambah teruk bila musim hujan. Jumlah lalat akan sekali ganda daripada hari biasa.
Mungkin kehadiran lalat itu masih ada kena mengena dengan ternakan babi yang hebat diperkatakan di Melaka sekitar tahun 2007. Walaupun proses mengurangkan jumlah babi daripada 100 ribu kepada 48 ribu ekor berjaya dilakukan, tapi dipercayai masih ramai lagi penternak babi tegar yang menjalankan ternakan ini secara kecil-kecilan. Justeru dari kecil-kecilan jika digabungkan maka akan menjadi jumlah yang besar.
Sebenarnya isu lalat di kawasan rehat pernah mendapat perhatian LLM seperti yang dilaporkan berlaku di R&R Machap pertengahan tahun lepas. Tindakan telah dibuat dengan menaiktaraf kawasan berkenaan demi keselesaan pengguna lebuhraya yang membayar tol.
Kalau di Machap isunya ialah ladang ayam, di Ayer Keroh bagaimana pula?. Ladang ayam atau ladang babi?.
Rata-rata peniaga yang ditemui juga merasa tidak selesa dengan adanya lalat yang banyak. Jumlah pelanggan makin hari makin kurang. Ini kerana perasaan geli terhadap lalat menyebabkan pelanggan lari ke tempat lain. Peniaga juga kecewa kerana pihak berkenaan lambat mengambil tindakan.
Area:Simpang Rengam Property Type:Agricultural Price:RM20 580 000 Size:343Acres Title type:Leasehold Other info:Non Bumi Lot 343 EKAR TANAH DI MACHAP UNTUK DI JUAL
~TANAH PERTANIAN ~INTERNATIONAL LOT ~TANAH PAJAKAN 60 TAHUN ~BERDEKATAN EMPANGAN MACHAP DAN 4KM DARI PLUS HIGHWAY ~BERADA DI TEPI JALAN BESAR ~70 EKAR TANAH ADA POKOK KELAPA SAWIT YANG ADA HASIL DAN SELEBIHNYA ADA POKOK KELAPA SAWIT TANAM SEMULA USIA 2 TAHUN LEBIH ~HARGA JUAL RM60k/ekar @ RM20,580,000
Penulis membaca analisis Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah PPP PAS mengenai peluang Pakatan Rakyat di Melaka. Tulisan ini boleh dibaca di Harakahdaily. Beliau juga adalah orang yang sama mendakwa Umno Johor bermasalah di 12 kerusi parlimen bulan lepas. Secara logik penulis mengakui teruja dengan hasil kajian beliau dan pasukannya. Kajian ini jauh berbeza dengan kajian politik Majlis Profesor Negara yang mendakwa Johor kekal selamat ditangan BN.
Dr Zuhdi manyatakan kerusi parlimen Bukit Katil berkemungkinan jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Ini kerana sokongan asas kepada BN sekitar 33% sahaja dan sebanyak 31% adalah pengundi atas pagar. Parlimen Bukit Katil akan menjadi medan tempur paling sengit apatah lagi jika Dato Ali Rustam memutuskan bertanding parlimen. Lawannya sudah pasti Ketua Angkatan Muda Pusat PKR, Shamsul Iskandar Akin. Kajian mengenai parlimen boleh ditambah di Melaka sama dengan kajian JPRP PKR mengenai pertambahan kerusi parlimen.
Beliau mendakwa 17 kerusi dun akan dimenangi oleh BN dan 5 dimenangi oleh DAP kekal ditangan mereka. Baki 6 kerusi adalah kelabu. Kerusi itu adalah Asahan, Machap, Klebang, Duyong, Rim, Serkam. DAP bertanding di Duyong dan Klebang sementara PKR pula di Machap dan Rim. Kajian ini tidak jauh dari telahan PKR cuma dua kerusi iaitu Asahan dan Serkam yang dikatakan kelabu menjadi kemusykilan penulis. Atas dasar apa kawasan Asahan dan Serkam ini ditulis. Penulis merasakan ada kawasan yang PAS lebih berpotensi untuk menang.
Dr Zuhdi menekankan PAS berpeluang menang di Asahan jika meletakkan calon yang tepat. Unutk pengetahuan umum, kawasan ini ditandingi oleh calon dari MIC walaupun hampir 60% penduduk disitu adalah kaum melayu. Sejak tahun 99, calon-calon melayu telah dicalonkan oleh pembangkang bermula dengan PKR dan kemudiannya PAS tahun 2004 dan 2008 tetapi semuanya tewas. Penulis telah dua-kali berkempen disitu dan mendapati jentera Umno tetap ampuh walaupun MIC yang bertanding. Jika bangsa yang dijadikan ukuran, bagi penulis, PAS menempah musibah kerana jika BN mengubah strategi iaitu menukarkan calon MIC ke Gadek maka apakah Asahan ini boleh dikekalkan sebagai kawasan kelabu.
Kedua kawasan Serkam. Penulis masih berpendirian Telok Mas (didalam parlimen Kota Melaka) adalah kawasan lebih baik untuk dimenangi oleh PAS. Kedua-dua kawasan ini hanya sebelah menyebelah sahaja. Tetapi Serkan berada di parlimen Jasin. Andaian penulis begini. Umno Kota Melaka tidak berada didalam keadaan yang utoh jika dibandingkan dengan di Jasin. Perebutan kuasa sesama mereka semakin ketara. Cah Keting berkemungkinan boleh berlaku. Di Serkam, calon BN adalah calon yang dikenali dan jika dibandingkan dengan PAS yang belum ada tokoh yang benar berpotensi disana.
Penulis percaya Dr Zuhdi mendapat maklumat dari jentera PAS Negeri. Penulis masih berpendapat kawasan yang boleh dimenangi oleh PAS ialah Bukit Baru, Telok Mas dan Durian Tunggal. Penulis sudah berhujah tentang Telok Mas dalam posting terdahulu tetapi Bukit Baru dan Durian Tunggal akan ditulis kemudian.
PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.
"Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara," kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.
Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.
"Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.
"Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai," katanya.
Syed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.
Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.
"Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.
"Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.
"Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek," katanya.
Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.
Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.
Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Malah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi ceramahnya.
Mo, Melaka, 7/2/2013- Sebuah pesawat ringan milik akademi penerbangan di Batu Berendam, dekat sini, terhempas berdekatan perumahan Cheng Height, jam 11.15 pagi. Mangsa berumur 2o tahun mengalami kcederaan patah kaki dan luka2 dan kini sdg dirawat di Hospital Besar Melaka.
Telah berlangsungnya cheritera cinta di antara Wahidah dan Ariff dengan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW. Majlis tersebut telah diadakan di teratak Encik Basiron bin Mat di Kg Batu 4, Batu Berendam. Majlis Walimatul urus ini telah menggunakan perkhidmatan kami dan menjadikan warna Hijau + Cream sebagai tema ikatan kasih Nur Wahidah binti Basiron dengan pasangannya Mohd Ariff bin Hj Amat.
Majlis bermula dengan pertunangan adik kepada pasangan pengantin pada sebelah petang setelah kaum adam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Diikuti majlis akad nikah pengantin di sebelah malam. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pasangan ini telah bersatu dengan ikatan yang sah. Sebuah janji telah dimeterai dengan lafaz taklik oleh si suami.
Selesai majlis akad, pasangan ini dirai di atas pelamin yang indah. Dengan senyuman yang tersipu serta jelingan manja kedua-dua pasangan ini direnjis mawar dan ditepung tawar oleh sanak saudara, diikuti sesi bergambar.
Pada keesokan harinya iaitu Sabtu (23 Februari2013) majlis ini diraikan dan dimeriahkan lagi dengan kahadiran saudara, kenalan dan sahabat handai.
Pada jam kurang lebih 1.00 petang acara yang dinantikan oleh para tetemu ialah perarakan pasangan pengantin bersama keluarga pengantin lelaki dengan iringan kompang oleh Kumpulan Kompang Kampung Batu Berendam.
Tragedi Bukit Katil, Melaka 9 March 2013 .... adakah dengan mencederakan orang lain akan memberikan kegembiraan ? Apakah dengan tindakan buas dan ganas akan memberikan kepuasan ? atau adakah itu petunjuk atau tanda kepanikkan menuju kehancuran ?
renung-renungkan....bukan sekali perkara ini berlaku di Melaka ? Jika rasa Melaka itu masih kubu kuat Umno kenapa mesti panik ?
Dalang nya ada di gembar tengah.. Pastinya kejayaan mencacai di sanjungi ketua macai Ali Ketam! P/S : Diberitakan Ali Rustam ada datang selepas kejadian ganas di Bukit Katil.......pesanan dari PRs Hindari anak anda daripada Umno/BN...budaya mereka buas dan ganas...
ALOR GAJAH 2 April - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bergerak proaktif dalam mencegah kejadian jenayah di daerah ini melalui jalinan kerjasama dengan 15 pemilik kamera litar tertutup (CCTV) yang akan memberikan akses penuh kepada polis untuk memantau CCTV berkenaan sekiranya berlaku jenayah.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, 15 pemilik CCTV itu terdiri daripada pelbagai kategori termasuk institusi perbankan, pasar raya, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak dan juga premis persendirian.
Menurutnya, melalui kerjasama itu, usaha pencegahan dan tindakan awal apabila berlakunya jenayah dapat dilakukan dengan berkesan kerana polis dapat melihat kembali CCTV di lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat penjenayah yang sekali gus mempercepatkan proses siasatan.
"Usaha mencegah jenayah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pasukan polis, ia mestilah dilakukan secara bersepadu dengan penglibatan masyarakat dan pelbagai pihak supaya kejadian jenayah dapat dibendung dengan berkesan.
"Melalui kerjasama ini, pemilik CCTV akan menyimpan salinan rakaman selama 30 hari dan sekiranya dalam tempoh itu berlakunya jenayah di kawasan sekitar premis berkenaan, polis dapat melihat kembali rakaman CCTV untuk mendapatkan maklumat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Majikan sempena Program Perkongsian Kamera Keselamatan PDRM peringkat IPD Alor Gajah di sini hari ini.
Kata Umar Ali Saifuddin, penyertaan lebih ramai majikan atau pemilik CCTV di daerah ini dalam program berkenaan adalah dialu-alukan supaya kawasan liputan visual dapat diperluaskan.
Tambah beliau, melalui fasa kedua program itu yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, kesemua CCTV terlibat akan dihubungkan terus kepada bilik gerakan polis di peringkat daerah dan kontinjen.
"Pada masa hadapan, talian CCTV ini akan dihubungkan terus kepada bilik gerakan polis supaya pemantauan kawasan terlibat dalam dilakukan dengan lebih berkesan lagi seperti yang telah dilaksanakan di Wilayah Iskandar, Johor yang semua CCTV kawasan itu dihubungkan terus kepada bilik gerakan kontinjen," katanya.
31 Mac 2013 – Majlis Pelancaran Pergerakan Pelatih Kumpulan 2 Siri 10 2013 yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; YBhg. Dato' Abdul Hadi Awang Kechil bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Agak lama rasanya tak update sbb ala2 busy la kan. Sbb Sarah tak sihat dan ayah pun kat spital, keje pun tgh byk kat opis, jd aku agak kekurangan mood nak update walaupun dalam kpala aku banyak gak benda nak update.
Ok, entry kali ni aku kategorikan sebagai entry kepam. Apa? tak tau apa kepam? kepam maksudnya benda yang ko simpan lelama yang sampai satu tahap, dia boleh menimbulkan bau yang akhirnya memaksa kita keluarkan benda yang disimpan tu..Hehe..haa,sama la dgn entry ni. Bahan citer dah slalu sgt berlaku, foto pun dah lama ada tp kepam.hehe
Medan ikan bakar Umbai ni tersangatla glemer kat Melaka ni. Kat situ ada berderet kedai yang semuanya kedai ikan bakar dan makanan laut. Modus operasinya (betul ke modus?? lantakla) adalah pamer seafood yang segar kat para yang dibubuh ais, pengunjung pilih, dan bagitau nak masak apa. Segala jenis ikan, udang, sotong, kerang-kerangan ada. pilih nak masak tomyam, bakar bercili, bakar kosong, masak butter, sweet sour, 3 rasa, goreng tepung, apa-apa jelah, Agak pelik kalau anda dtg situ, tetiba anda minta tomyam ayam..erk!! Harga, pada aku agak berpatutan, kene pandai pilih gerai. Caranya, cuba sume gerai.muahaha.. ataupun tanyalah kenalan dan ikut gerak hati anda. Kami sekeluarga selalu makan kat gerai no 1, atau no 6. (promosi free).
Selalunya kami pergi sana pada hujung minggu kalau ada special ocassion mcm besday la. masa ni la nak berkumpul sekeluarga sbb masing2 dah ada keluarga sendiri kan. Sbb dah agak kerap gi, lupa nak amik gamba. slalu terigt nak amik gamba biler dah abis makan licin. apa kes nak amik gamba pinggan kosong kan..Tahun lepas, masa bulan 6, lps bercuti-cuti ke johor KLIK SINI ada gak aku teringat nak amik gamba. so, cekideout ya!!
Sambal Kicap yang dihidangkan kalau order ikan bakar.
Siakap bakar kosong yang fresh dan tak kering. Sbb ada air lagi.Slurp!!
Air Kelapa mmg padan dimakan dgn ikan bakar dan sea food.Sbb, minum air kelapa, tak menghilangkan rasa manis sea food.Pepandai jer aku kan.hehe
Khusyuk makan sampai tak pandang kiri kanan.
Ikan Jenahak masak 3 rasa. Ikan rangup, isi lembut!
Akhbar arus perdana menyiarkan berita bahawa satu ranting PKR, Batu Hampar di parlimen Bukit Katil telah terbubar dan anggotanya menyertai Umno. Turut menyambut pembubaran ini ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam yang disebut-sebut bakal calon parlimen Bukit Katil. Turut hadir dan menyerahkan borang permohonan Umno ialah Tuah Rahman yang mendakwa ketua ranting PKR kawasan itu.
Mula-mula penulis ingin beritahu kepada Datuk Ali… Tuah ini tidak bertuah sebenarnya. Sepatutnya dia membubarkan ranting semasa pilihanraya barulah ada harga tinngi. Kedua… Tuah ini hanya ada pengikut tidak sampai 10 orang pun.. PKR Bukit Katil masih mempunyai ahli yang ramai di kampung Batu Hampar. Ini mengulangi skrip tahun 1999, apabila 3 adik beradik di kampung Ramuan China Besar memasuki Umno semasa pilihanraya sedang berjalan. Yang menariknya semua akhbar melaporkan hampir 300 ahli kampung itu turut keluar PKR. He he.. ahli PKR masa tu di Cabang Masjid Tanah tidak seramai itu pun.
Ini perkara biasa. Skrip dan drama ini akan berterusan sehingga pilihanraya. Mengikut Hairiz Nordin (Ketua Penerangan PKR Negeri) memberitahu penulis bahawa Tuah ini sudah dikesan tidak aktif sejak 2-3 tahun lepas malah tempatnya sudah diisi oleh orang lain yang lebih muda. Apa pun penulis mengucapkan selamat berjaya kepada Tuah dan kumpulannya dengan menyertai Umno.
Jalan yang menghubungkan di antara Negeri sembilan dan Melaka di Lubok Cina terpaksa di tutup akibat dari limpahan air sungai rembau yang mengakibatkan banjir di sekitar jalan dan kampung berhampiran .Dalam tinjauan kami air yang naik adalah berpunca dari limpahan air sungai yang bergerak deras . Menurut anggota Rela yang bertugas, pada pukul 9.00 malam tadi jalan ini masih boleh di lalui akan tetapi pada pukul 11.00 mlm jalan terpaksa di tutup akibat paras air naik ke paras yang berbahaya buat kenderaan ringgan selain itu parasa sungai lubok cina di rekod kan pada tahap 6 melepasi tahap bahaya . semua kenderaan yang menghala ke Pedas di nasihati dapat mengunakan jalan alternatif yang lain bagi memudahkan perjalanan anda