04 di machap - Google Blog Search |
Babi Punca Lalat <b>Di</b> R&R Ayer Keroh? - Malaysia Instinct Posted: 21 Oct 2012 09:00 PM PDT Kotor dan geli bila tengok terlalu banyak lalat di RnR Ayer Keroh. Tambah teruk bila musim hujan. Jumlah lalat akan sekali ganda daripada hari biasa. Mungkin kehadiran lalat itu masih ada kena mengena dengan ternakan babi yang hebat diperkatakan di Melaka sekitar tahun 2007. Walaupun proses mengurangkan jumlah babi daripada 100 ribu kepada 48 ribu ekor berjaya dilakukan, tapi dipercayai masih ramai lagi penternak babi tegar yang menjalankan ternakan ini secara kecil-kecilan. Justeru dari kecil-kecilan jika digabungkan maka akan menjadi jumlah yang besar. Sebenarnya isu lalat di kawasan rehat pernah mendapat perhatian LLM seperti yang dilaporkan berlaku di R&R Machap pertengahan tahun lepas. Tindakan telah dibuat dengan menaiktaraf kawasan berkenaan demi keselesaan pengguna lebuhraya yang membayar tol. Kalau di Machap isunya ialah ladang ayam, di Ayer Keroh bagaimana pula?. Ladang ayam atau ladang babi?. Rata-rata peniaga yang ditemui juga merasa tidak selesa dengan adanya lalat yang banyak. Jumlah pelanggan makin hari makin kurang. Ini kerana perasaan geli terhadap lalat menyebabkan pelanggan lari ke tempat lain. Peniaga juga kecewa kerana pihak berkenaan lambat mengambil tindakan. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan