Ok akhirnya berjaya jugak saya nak post-kan entry yang tertunggak ni. Entry yang tertunggak beria nak siapkan. Kerja yang tertunggak macam mana plak wahai Fardilla. =p
Akmar Amon merupakan kawan baik saya sejak di UiTM Shah Alam lagi. Kami satu course masa kat UiTM. Masa first semester seingat saya, kami takdalah rapat mana. Saya hanya rapat dengan Wawa.
Sejak bertukar kolej di Teratai kami jadi rapat memandangkan kami satu bilik. Dari situ kami kenal hati budi and perangai gila memasing. Kalau nak cerita kenangan dengan Akmar memang banyak. Dia tahu kisah hidup saya dengan ex jahanam saya. (Jahanam pun saya pernah kapel jugak dengan jantan tu, 4 tahun ok).
Dan saya tahu kisah hidup Akmar. Setakat yang tahu la ye. So bila satu bilik off course banyak cerita yang tak tahu kene amik tahu. Selain tu kami juga ada satu hobi yang bila diingat balik rasa kelakar yang amat. Pantang ada produk best kat pasaran confirm kami sibuk nak cuba. Contoh macam Innershine. Sanggup tak makan sebab nak beli Innershine konon nak kulit berseri walaupun tanpa make up.
And biasanya kerja-kerja gila contoh bila malas datang kelas port kami adalah berjalan ke SACC Mall al maklum masa tu saya dah bawak kereta pergi kolej. Cakap je ke mana sahaja confirm kami redah bersama. Bestnya masa zaman studu dulu. Hurmm banyakla lagi cerita suka duka yang susah nak share di sini.
Kisah cinta Akmar juga saya tahu. Saya kenal ex dia dulu.
Tapi dah dikatakan tiada jodoh tiada siapa yang mampu melawan walaupun keluar air mata darah sekali pun. Saya bersyukur sangat bila Akmar amik keputusan untuk bertunang dengan rakan sekolahnya dan tidak berharap pada "lelaki" itu lagi.
Pada pandangan saya bila lelaki dah tak sudi and mula buat perangai serta tak ikhlas nak jalinkan hubungan yang serius tak perlu dirayu lagi. Jika kita merayu dia paksa kawen dengan kita belum tentu kita akan bahagia. Sebab dari awal lelaki dah tunjuk sikap tak ikhlas and main tarik tali. Mana tau skrang dia setuju nak tunang dengan kita, tup tup masa nak kawen tetibe tak jadi nak kawen plak. Walhal tengah menunggu hari kan. Nak salahkan sape???
Masa ni mulakan cari kawan minta tolong, merayu sana sini, cari ustaz nak ubatkan supaya lelaki ni setuju nak kawen dengan kita. Jika lelaki tu tak ikhlas kita boleh nampak dari awal hubungan lagi melainkan kalau kita ni memang "buta". Sanggup kene tipu and meraung sendiri padahal lelaki tu tengah bersuka ria dengan perempuan lain. Please la perempuan, move on je dari awal kalau dah nampak tembelang lelaki tu. Saya yang tak kene so saya tak tahu macam mana situasi dia. Ye saya tahu saya hanya pandai berkata-kata tanpa melihat kebenarannya.
Lepas pelbagai usaha dibuat akhirnya kau menang and lelaki tu kawen jugak dengan kau kan. So ko bersorak kegembiraan padahal lelaki itu berkahwin sebab terpaksa. Ko tau laki ko penah cakap kat aku lepas ko kahwin dia nak cari isteri nombor dua. Ko pernah sedar?? Bukan kat aku sorang dan bukan sekali dua. Ramai yang jadi saksi. So rasanya tak perlulah nak rasa bangga in love dengan husband sebab kebenarannya semua orang tahu. Ko berharap lelaki akan berubah. Tapi sampai bila nak menunggu kan. Apa pun nasi dah jadi bubur. Ko masih bersabar dengan setiap perangai lelaki yang tak pernah ikhlas tu kan. Ko masih mencari kebahagiaan dalam rumah tangga kan. And mungkin sudah tertulis dia memang jodoh kau walaupun ko banyak merana and makan hati bila bersama dia.
Wooow best tak sinopsis novel saya.......=)
Ini sebahagian novel yang bakal saya produce. Nantikan di pasaran ye. Penulis NawaLatisya.
Saya bersyukur Akmar temui cinta sejatinya. Tunangnya lebih menghargai dan meyayanginya lebih dari "lelaki" sebelum ini. Ini baru dinamakan keikhlasan dan ketulusan. Bukan main-main. Bukan berkahwin kerana harta atau sebab musabab yang lain.
Lagi pun lepas Akmar putus dengan "lelaki" tu ramai kot yang nakkan dia buat isteri. Malah lagi bersungguh dari "lelaki" sebelum ni. Dah orang cantik, sorang pergi, seratus yang datang merayu tau.......
Apa yang dapat saya simpulkan di sini. Wahai perempuan...lelaki kalau dah tak sudi and tak ikhlas nak serius dengan kita tak perlu dipaksa hati mereka. Akibatnya selepas berkahwin kita akan bertambah merana dan sengsara. Mungkin suatu hari nanti dia akan berubah tetapi sampai bila. Kalau tak berubah macam mana plak.
Ye saya tahu tidak semua bernasib baik. Tapi kita yang tentukan kehidupan kita bukan orang lain. Berfikirlah secara rasional sebelum membuat keputusan dengan tepat.
Eh kau sapa nak nasihat aku and tentukan kehidupan aku.
Haa macam ni la orang yang egois yang tak pernah nak dengar nasihat orang. Hanya dia yang betul dalam dunia ni. =)
Sayalah orang tu...=P
Rasanya dah panjang sangat sinopsis novel saya ni.
Mari layan sekeping dua gambar sepanjang majlis.
Perantin, me and my sister
Memang tersenyum je perantin sorang ni.
Alhamdulillah kawan baik saya berjaya "move on" dan temui lelaki yang benar-benar meyayangi beliau setulus hati.
And now saya plak yang tolong pasangkan veil.
Membalas budi.
Ini dinamakan sahabat!
You look gojes babe!
Ini bukan perantin.
Harap maklum
Sejurus bersiap sementara menanti detik disarungkan cincin.
Apsal i nampak muka u macam Tasha Shila babe???
Saya berharap jodoh mereka berkekalan hendaknya.
Tak sabar tunggu kawan baik ada rumah tangga yang bahagia.
=)
P/s: Banyak sangat ayat cover line di atas.Huhu
Perempuan kene kuat!
Bukan mudah ditipu oleh lelaki yang penipu!
Jangan jadi buta hati!
Jangan biarkan diri sendiri diperkotak-katikkan oleh lelaki yang tak guna!
Ye saya pembela kaum wanita yang teraniya.