04 di machap - Google Blog Search |
من أين إلى أين: <b>Machap</b> lagi? Posted: 31 Mar 2012 07:14 AM PDT 30 Mac 2012 sekali lagi kami diamanahkan untuk melaksanakan misi di Sek Keb Seri Machap Simpang Renggam. Setahun sebelum ini, kami pernah dijemput ke sana hanya selama dua hari semalam di bawah lembayung yang berbeza tetapi pelakon yang hampir sama. Adalah amat jarang penulis akan ke lokasi kejadian dengan berkenderaan sendiri dan berseorangan. Tetapi dek kerana lokasi yang agak hampir dan adalah lebih baik sekiranya berkenderaan sendiri memandangkan jika berkenderaan organisasi akan menjadi lebih jauh dari kadar biasa, maka penulis akur untuk bergerak dengan kenderaan sendiri. Perjalan bermula hanya se awal jam 11 pagi dari kediaman penulis menuju ke Air Hitam untuk acara pertama, menjamu selera. Kemudian, kami bergerak dengan tiga kenderaan menuju ke lokasi. Tiba sekitar jam 12.30 tengahari dan kami mengadakan mesyuarat bersama kesemua fasi dan juga KF kali ini, tuan PH. Penulis dilantik selaku KK dalam keadaan KKS masih wujud dan memerhatikan gerakan penulis. Usai solat Jumaat, kami menunaikan solat hajat, acara biasa sebelum bermulanya satu-satu program. Khutbah dipimpin oleh imam masjid tersebut yang kelihatan agak bergaya...Kemudian kami begerak balik dan peserta sudah kelihatan memenuhi ruang kantin untuk pendaftaran. Program dimulakan dengan pengenalan dan taklimat oleh penulis selaku KK. Kali ini terasa amat kekok dan gelap. Segala yang diucapkan terasa amat salah dan secara tiba-tiba penulis merasakan diri ini begitu kerdil di hadapan puluhan anak-anak umur 12-11 tahun. Kenapa begini? Hinggakan akhirnya penulis ditegur oleh KF dan juga oleh KKS... Acara petang itu diteruskan dengan ice breaking kelolaan dua sahabat. Peserta dikumpulkan di tapak parking dan membuat bulatan seterusnya akan saling memegang sebiji bola secara bergilir. Muzik dimainkan dan apabila muzik berhenti, bola yang berada di tangan seseorang akan mengakibatkan sahabat di sebelah kanannya akan terpilih untuk melakukan aksi mengikut cabutan yang bakal dibuat. maka timbullah pesilat, kambing, tangisan bayi dan sebagainya. Menjelang Asr aktiviti dihentikan buat seketika. Solat Asr dipimpin oleh TG. Usai solat, dinamika kumpulan mengambil tempat dipimpin oleh Mr S. Penulis mengambil kesempatan ini untuk masuk ke bilik penginapan bersama TG. Menjelang jam 6 petang, bergerak ke kantin untuk memastikan makanan telah disediakan. Kemudian bergerak ke dewan untuk pemantauan. Usai sahaja acara ice breaking, penulis mengambil slot dengan mengarahkan peserta bergerak ke dewan makan. Di dewan makan, peserta diminta duduk mengikut kumpulan dan meja. Untuk mengambil makanan dan minuman juga mengikut giliran. Selepas selesai, bacaan doa makan oleh wakil peserta. Masa makan hanyalah lima minit sahaja. Usai makan, peserta diminta membaca doa selepas makan dan kemudian mengemaskan keadaan meja dan membuang sampah yang mungkin wujud. Selepas makan, mereka diberi masa untuk mandi dan bersiap dan mesti berada di lokasi sekitar jam 7.15 petang. Untuk kali ini, pihak lelaki dapat bersiap lebih awal. Mereka berada dalam barisan tepat sebelum jam 7.15 manakal pelajar perempuan agak perlahan. Ini menyebabkan penulis 'terpaksa' mendenda mereka dengan membuat larian amal.. Maghrib dipimpin oleh penulis manakala tazkirah oleh Yg Mulia Ustaz Nur .. Usai maghrib sementara menanti Isya' penulis ke dewan makan menikmati jamuan malam. Bersama penulis ialah syekhul Islam dan TG. Beberapa perkara ilmiah diperbincangkan antaranya ialah berkaitan dengan membaca zikir munajat dengan suara jahr selepas solat dalam keadaan ada jamaah yang masih solat kerana masbuq..sedangkan allah berfirman, Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Syekhul Islam memberikan jawapan bahawa boleh asalkan jangan terlalu kuat...TG juga memberikan sedikit metafora, tentang orang yang solat di masjid tatkala kuliah agama diadakan, adakah ini akan membuatkan sang pengkuliah terpaksa berhenti dahulu menantikan orang selesai solat, kemudian baru disambung kembali, tiba-tiba muncul pula orang lain, maka berhenti lagi, hingga bilakah kuliah akan dapat diselesaikan dan bagaimana hendak mencapai objektifnya? Kemudian Isya' memotong perbualan kami. Usai solat, acara sambungan dinamika kumpulan pimpinan kawanan 2S. Kami hanya asyik masyuk bersembang dan berbual. Selesai slot, KF mengambil sedikit peranan dan ucapan. Kami bergerak untuk minum malam dengan tatacara dan adab yang sama di dewan makan sebagaimana makan malam. Usai minum malam, penulis mengumpulkan semua peserta di padang wudhuk. Ini adalah untuk sesi denda. Denda kerana banyak perkara. Lewat. Buat bising dan sebagainya. Akibatnya semua peserta diminta berlari sambil melaungkan kalimah istighfar... Mereka berlari dan terus berlari hinggalah jam menjejak ke angka 12.15 tengah malam. Kemudian penulis melepaskan mereka tidur.. Penulis bergerak ke dewan makan untuk menikmati hidangan. Menjelang jam 12.30, tatkala penulis pulang ke penginapan,TG dan dua pembantunya telah naik ke penginapan pelajar dek kerana kebisingan yang ditimbulkan. Suasana senyap semula tetapi tidak lama. Tatkala penulis sedang berbual dalam kegelapan malam bersama TG, suasana mula hingar bingar. Semakin dibiarkan semakin menjadi-jadi. penulis mula angin satu badan. Dengan segera bergerak naik dan mengintai dalam kegelapan di celahan jendela penginapan peserta.. Dengan langkah pantas lampu dibuka dan penulis memekik mememinta mereka keluar ke koridor penginapan. Semua tanpa kecuali. Yang sedang mula bermimpi terpisat-pisat membuka mata. Setelah semuanya berdiri di koridor, mereka mula memaparkan wajah kepura-puraan...wajah yang mengantuk dan layu. Seterusnya penulis bergerak pula ke penginapan peserta wanita. Dari luar jelas kedengaran suara mereka berbual, tetapi tidak sekuat pelajar lelaki. Penulis cuma memekik kuat dari luar meminta mereka tidur semula. Suasana mula sepi.. Pelajar lelaki yang berdiri di koridor dibiarkan barang 30 minit. Kemudian selepas mendapatkan janji setia mereka, mereka dilepaskan masuk semula ke bilik penginapan. pulang ke penginapan dan terus terlelap.. Suara lagu warisan membangunkan penulis sekitar jam 4.30 pagi. Berjanji dengan pelajar pada jam 4.45 pagi. Segera bersiap dan mengejutkan tuan guru dari tidunya. Tatkala tiba, bilangan pelajar masih belum penuh. Menunggu dan kemudian naik ke surau. Acara qiyam bermula sekitar jam 5.10 pagi... Belum sempat solat sunat witir, azan subuh telah mendahului kami. Salah seorang peserta diminta azan dan kemudian solat bersama. Selepas solat, jati diri oleh ayahanda mengambil tempat. Ia menjejak hingga ke jam 7.15 pagi. Pelajar kemudian turun ke dewan makan. Suasana pagi ini hujan yang menitis semakin kasar.. regangan dibuat di dewan makan jua... Sekitar jam 9.00 barulah kumpulan pertama berjaya dilepaskan. Aktiviti menunggu dipenuhi dengan persembahan lagu kumpulan, lagu tema program dan juga gaya kumpulan... Kumpulan terakhir dilepaskan sekitar jam 12.30 tengahari. Kumpulan pertama dilepaskan juga sudah sampai ke CP akhir..CP buat rumah kertas.. Sementara menunggu, melayan filem bobby yang ditayangkan di kaca tv dewan makan. Kemudian, solat zuhur bersama syekhul islam di bilik khas. Turun semula ke dewan makan. Beberapa kumpulan yang tiba menunaikan solat mereka di astaka. Dan menjelang Asr, penulis masuk semula ke bilik khas untuk melepaskan sedikit lelah. Asr dipimpin oleh Mr S. Kemudian ialah refleksi. Penulis hanya lepak di bilik urusetia. Usai reflksi, menggerakkan peserta ke dewan makan. Kemudian mandi dan pertemuan di padang wudhuk. Pertemuan kali ini membuahkan hasil yang tidak berapa baik bagi pelajar lelaki. Mereka sangat lewat. Pelajar perempuan kelihatan menjadi semakin baik. Pelajar lelaki akhirnya diminta berlari beberapa pusingan sehingga mereka merasa mengah. Kemudian mereka diarahkan naik. TG kutemui di kaki tangga ketika hendak mandi. Rupanya dia Maghrib dipimpin oleh syekhul islam manakala tazkirah oleh ustaz nur. Semasa tzkirah bergerak ke dewan makan untuk makan malam. Isyak dipimpin oleh ustaz nur lagi. Usai solat, susunan peserta untuk acara tangisan. Selesai disusun, penulis bergerak ke bilik urusetia untuk rehat dan sembang, serta melayari laman sesawang dengan wifi percuma.. Tiba-tiba masuk msg dari KF mengajak untuk bersama pelajar yang sudah mula meraung dan menangis. Penulis hanya mendiamkan diri sahaja. Selang beberapa ketika, KF masuk menemui kami di bilik urusetia. Kemudian dia melayari internet sebentar. Akhirnya setelah beberapa kali dipujuk, penulis bergerak juga untuk melaksanakan tugasan sampingan dalam acara tangisan. Memegang dan memeluk setiap peserta sejantina untuk memberikan kata-kata perangsang. Acara berakhir dan mereka diarah ke dewan makan untuk jamuan malam. Tidur mereka kelihatan lebih nyeyak daripada semalam. menjelang pagi, seawal jam 5.30, penulis tersedar dengan izin Allah jua. Tiada satu suara pun kedengaran daripada penginapan peserta. Nampaknya mereka belum bangun...dalam kesamaran fajar, penulis melangkah naik dan melihat ke bilik yang masih gelap. Pintu dibuka, lampu juga dionkan dan telapak tangan memukul daun pintu..."bangun..bangun..bangun!!" Teringat kalimah yang biasa diucap setiap pagi di SHAH pekan.... Tatkala berada di tapak wudhuk, hanya peserta perempuan sahaja yang cukup ahli dan lengkap anggota. Peserta lelaki masih belum lengkap dan sempurna. Penulis mula menjadi angin. Menunggu hampir 10 minit barulah lengkap para peserta. Maka larian amal dimulakan dan diteruskan. Peserta perempuan dibenarkan naik terlebih dahulu ke surau. Usai solat Subuh, kami bergerak untuk memakai kasut sukan dan kemudian acara padang hingga menjejak jam 7.30 pagi. Penulis hanya bersembang dengan TG di pinggir padang. Selepas sarapan, mereka diarah mandi dan bertukar pakaian. Kemudian berkumpul semula di medan wudhuk. Seperti pagi tadi, lelaki masih kalah tetapi penulis malas hendak suruh berlari lagi. Acara seterusnya ialah ceramah oleh Dr S. Semasa ceramah, penulis ambil kesempatan untuk mandi dan bersipa serta memunggah beg untuk pulang. Tatkala tiba semula di bilik urusetia, perbincangan mengenai kembara untuk program minggu hadapan sedang sengit dibuat. Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah agar masa kembara dipercepatkan dan ditiadakan kuliah subuh. Pelajar dijangka akan mula bergerak sewal jam 0730-0800... Acara penutup oleh pihak sekolah dan akhirnya selesailah sudah sebuah episod. Entah bila akan muncul lagi di sini> Fasi mendapat cenderamata berupa penyangkut kunci berbentuk rumah... Wallahu a'lam |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |