.
.
.
.
Itu hari ..
Lama dah ..
Dah cerita kat blog lama ..
Nak masukkan juga dalam blog ni ..
.
.
Kami ke rumah Melayu lama yang sangat cantik di Merlimau
Rumah Penghulu Natar
Berusia hampir dua abad
Masih berdiri tegap di tempat asalnya
.
.
Penghulu Mat Natar mewarisi rumah ini daripada ayah beliau , Penghulu Demang Abdul Ghani
Mula dibina pada tahun 1895 dan siap sepenuhnya pada 1918
.
.
Reka bentuknya banyak dipengaruhi oleh seni binaan daripada Palembang , China , Kemboja , Champa dan Filipina
Bentuk rumah bercirikan Rumah Melayu berbumbung Limas
.
.
Jubin-jubinnya diimpot dari Negeri China
.
.
Tingkap-tingkap yang memudahkan pengaliran udara sejuk masuk ke dalam rumah
.
.
Ini adalah pandangan ke bahagian serambi
.
.
Atasnya nanas , bawahnya labu
Ukiran nanas dan labu di tepi kolah air di luar rumah
Kolah ini untuk membasuk kaki sebelum memasuki rumah , juga untuk mengambil wudhu'
Labu dan nanas membawa maksud kemanisan dan kemewahan untuk Tuan Rumah dan para tamu yang datang
.
.
Feluh-feluh kena jadik model saya
.
.
Jubin-jubin tu sangatlah cantik!
Dan masih utuh
.
.
Jom masuk dalam rumah!
.
.
Jubin-jubin bukan dari China aje .. ada dari Peranchis dan Jepun
Dibawa oleh pedagang-pedagang
.
.
Di serambi rumah .. ada banyak kerusi gini
Kerusi-kerusi tinggi ini adalah untuk Orang-Orang Putih yang canggung untuk bersila
.
.
Kami datang masa Hari Raya.
Singgah kejap lepas melawat sedara-mara di Merlimau
Tu yang siap ada hidang kuih raya dan air kat atas meja tu…
.
.
.
.
.
Susah sikit nak cari rumah ni sebenarnya..
Kat jalan kampung , bukan kat jalan besar
.
.
Ukiran-ukiran di sekitar serambi rumah ini
Ruang serambi ini dijadikkan ruang untuk mesyuarat , meraikan tamu dan pembesar dan ruang pembicaraan
.
.
Ukiran naga
Pengaruh dari mana lagi …
China laa…
.
.
Demang adalah seorang yang suka memburu
.
.
Ini di bahagian Rumah Depan
Sangat luas
Banyak tingkap
Sejukkk je bila kat dalam ruang ni
.
.
.
.
.
.
.
.
Dari luar menghadap ke Rumah Depan
.
.
.
.
.
Ini menghadap ke Rumah Tengah
Ada ruang Penghulu
Kini telah ditutup dijadikkan bilik
Rumah Melayu tulen sebenarnya tidak berbilik
.
.
Di Rumah Tengah ini ada satu singgahsana berwarna merah
Berlorek ukiran bermotifkan ukiran naga
Digunakan oleh Penghulu dan juga untuk Raja Sehari bersanding
.
.
.
.
.
Tiang Seri Rumah Melayu adalah satu element yang sangat penting
.
.
Ukiran keemasan di dinding gobok di Rumah Tengah
.
.
.
.
.
Seterusnya ..
Kami turun ke Rumah Belakang
Tempat para wanita berkumpul , berhibur, beristirehat , memasak
.
.
Tau tak tu apa..
Batu kisar
Untuk kisar beras nak jadikkan tepung beras..
' Ohhh …. ' kata budak-budak tu..
.
.
Belah dalam Bilik Pasung
.
.
Belah luar Bilik Pasung
.
.
Atap genting itu adalah masih atap genting yang asal
.
.
.
.
.
Pelantar simen yang luas di Rumah Belakang itu untuk menjemur padi , ikan , kuih dan sebagainya
.
.
Nampak benor pengaruh dari China nya ..
.
.
.
.
.
.
.
Nampak tangga untuk ke loteng tu?
Tangga kayu yang curam
Saya coba panjat naik..
.
.
Luas juga lotengnya
Ada bau taik kelawar!
Loteng juga adalah satu lagi ciri Rumah Melayu
Untuk anak-anak gadis menyorok kan diri daripada para tetamu .
.
.
Beautiful
Just beautiful..
Tak heranlah jika Rumah Penghulu Natar ini digelar rumah Melayu tertua dan tercantik di Tanah Melayu ini..
.
.
Ini ialah Jebat
Kucing Encik Rizal
Cicit Demang Abdul Ghani
.
Rizal Bin Md Ramli
Md Ramli Bin Md Natar
Md Natar Bin Demang Abdul Ghani
.
.
Ini lah pewaris rumah ini.
Encik Rizal itu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.