Walaupun kisah ini kisah lama iaitu 2 minggu lepas, kami tetap nak bercerita tentang pengalaman ke Melaka minum Coconut Shake Klebang. Mungkin ada yang tahu, di Klebang ada satu gerai yang famous dengan Coconut Shakenya. Kami ingat susah nak cari kedai ini nyata sebenarnya senang je. Hehe..

Kalau anda dari bandar Melaka, ambil sahaja jalan menuju ke pantai Klebang. Percaya atau tidak,  bila anda semakin hampir ke pantai Klebang, cuba lihat dan cari gerai di sebelah kanan anda. Tidak susah, hanya lihat dan cari gerai yang ramai orang sedang beratur semasa dalam perjalanan.

Hoho, masa kami sampai, suasana semasa tu baru sahaja selesai hujan. Orang yang membeli pun tidak banyak. Mungkin waktu tersebut lebih sesuai minum air kopi atau teh panas kot. Walau bagaimanapun, pengunjung yang singgah tidak berhenti, ada sahaja pembelinya. :-P

Air coconut shake yang dijual juga murah sahaja. Sekadar RM2.50 untuk minuman special. Murah berbanding apa yang kami jangkakan. Memang terbaik untuk dicuba kalau anda mencari kelainan.

coconut shake klebang1

coconut shake klebang2

coconut shake klebang3

coconut shake klebang4