Isnin, 29 Ogos 2011

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Keluarga Rais & Asiah: Jom Makan Asam Pedas & Seafood <b>di Umbai</b>

Posted: 29 Aug 2011 10:03 AM PDT

Pada bulan Julai yang lalu, suami saya dan rakan-rakan sekerjanya iaitu Lotfee dan Ruhiyati telah berkursus di Hotel Emperor Melaka selama 4 hari dan 3 malam. Semasa berkursus, jadualnya agak lapang pada waktu malamnya, maka suami saya dan rakan-rakannya ini telah pergi menjelajah mencari hidangan yang lazat dan enak.

Pada 18 Julai 2011 perjalanan dimulakan dengan mencari hidangan masak asam pedas. Menurut suami saya memang best betul. Katanya, kuah asam pedas tu sampai boleh hiruplah! Suami saya ni bukannya suka sangat makan asam pedas (makan tu makan, cuma tak adalah sampai jadi favourite) tapi katanya lepas makan tu memang sedap. Katanya, nama kedai tu, Restoran Asam Pedas Kak Mona. Yang membawa dia orang ke restoran ni sepupu kepada si Lotfee, nama dia Azroi ( atau panggilan mesranya Aloi).

Kemudiannya pada 19 Julai pulak, suami saya pergi ke Umbai. Suami saya kata kalau makan kat Star Fresh tu, memang sedaplah Prawn Butter nya. Tapi yang tak boleh lawan di Umbai, udangnya fresh betul. So, kesemua gambar di sana telah sempat dirakamkan. So, mahu tak mahu lain kali, suami saya kena jugak bawak saya ke sana pulak. Okay, so, jom kita tengok gambar-gambar masa mereka kat sana!

HOMESTAY BANGLO <b>DI UMBAI</b> - 5 BILIK: HOMESTAY 1 : BANGLO <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2011 01:26 AM PDT

BANGLO 5 BILIK
TEPI JALAN LAMA MELAKA-MUAR

DAPATKAN 5 TIKET DISKAUN
RIVER CRUSE
( SELAGI MASIH ADA STOK)

PARKIR KERETA SEHINGGA 30 BUAH

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia, SK <b>Ramuan China</b> Kechil <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 09:13 PM PDT

TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR SK RAMUAN CHINA KECHIL KERANA SUDI MERASMIKAN BLOG INI PADA 8 OGOS 2011.
SEMOGA PASUKAN SILAT KITA AKAN LEBIH BERKUALITI DARI SEGI AKHLAK, SAHSIAH DAN ILMUNYA...
SILAT SENDENG WARISAN PUSAKA DAN BANGSA!

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Universiti kerah tenaga pantau pelajar yang sokong pembangkang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2011 12:52 AM PDT

"Mereka ini tidak ubah seperti lembu yang dicucuk hidung, hanya menurut arahan dan perintah pihak tertentu yakni BN untuk kepentingan politik mereka tanpa mempedulikan status mereka sebagai ahli profesional bertaraf cendekiawan yang dihormati," jelas beliau.

Mohamed Sabu mengulas berhubung satu maklumat yang diterima tentang satu jawatankuasa yang ditubuhkan bertujuan bagi memantau aktiviti mahasiswa yang turun membantu parti pembangkang sepanjang pilihan raya kecil itu.

Jawatankuasa ini ditubuhkan secara tetap yang akan berfungsi menjelang pilihan raya kecil dan umum serta ia dianggotai oleh semua Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan Rektor, turut terlibat pegawai-pegawai bahagian HEP seluruh IPT (ia melibatkan seluruh 19 IPTA )diketuai oleh TNC HEP UKM.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah mengadakan lawatan ke bilik-bilik gerakan Umno di sana di samping mengadakan perbincangan dan mendapatkan nasihat daripada Umno dalam menjalankan operasi tersebut.

Tali barut Umno

Menurut beliau, mereka yang terlibat dalam jawatankuasa ini telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka dan sanggup menjadi tali barut BN dan Umno untuk memastikan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil di Machap pada 12 April ini.

Mohamed Sabu memberi amaran kepada pihak TNC dan HEP ini agar tidak menjadi alat kepada BN, dan jawatankuasa tersebut sepatutnya memantau keadilan sistem dalam pilihan raya, bukan pergi memantau pelajar yang turun ke sana, kerana itu adalah hak mahasiswa.

"Kita di peringkat parti pembangkang juga akan memantau pensyarah dan kakitangan akademik yang terlibat dengan pilihan raya ini tidak kira pembangkang atau kerajaan, kerana jawatankuasa ini dianggotai oleh Timbalan-timbalan Naib canselor Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar seluruh IPT, bukan kakitangan di peringkat bawah," tambah beliau lagi.

Tegasnya, ini kerana keadaan ini menjelaskan bahawa keadilan dan demokrasi tidak berlaku secara realiti dan ia hanya berlegar di sekitar cakap-cakap pemimpin BN sahaja.

Semua TNC dicabar letak jawatan

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad mencabar semua Timbalan Naib Canselor hal Ehwal Pelajar dan Dekan Hal Ehwal Pelajar yang terlibat dengan jawatankuasa tersebut agar meletakkan jawatan mereka, serta terus melibatkan diri dengan politik secara langsung dengan tidak berselindung di sebalik topeng ahli akademik lagi.

Menurut beliau tindakan mereka itu sangat bertentangan dengan Auku yang tidak membenarkan mahasiswa dan kakitangan universiti daripada melibatkan diri dalam politik.

"Ia secara tidak langsung merupakan suatu pencabulan terhadap kewibawaan mereka yang sanggup menjadi barua kepada BN dan bersekongkol dengan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat kerana boleh dikatakan semua rakyat daripada yang buta huruf hinggalah kepada yang cerdik pandai berusaha untuk menolak kepimpinan Umno dan BN di negara ini.

"Tiba-tiba mereka kononnya mereka yang dianggap sebagai golongan yang berwibawa dalam bidang akademik yang selayaknya digelar 'profesor kangkung' yang membutakan mata dan telinga untuk melihat kezaliman dan penindasan yang berlaku pada hari ini," tambahnya.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap hal ini, beliau berkata tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut jelas bertentangan dengan Auku, dan beliau juga menyeru seluruh warga kampus agar 'melanggar Auku' seperti mana pihak TNC dan HEP yang juga melanggar Auku untuk berkempen dalam pilihanraya

Pada masa yang sama, Idris mengingatkan Jawatankuasa ini agar tidak menyalahkan pelajar dan kakitangan yang melanggar Auku kerana mereka menjadi seperti 'bapak borek anak rintik'.

Dewan pemuda PAS juga menyatakan kesediaan mereka untuk menyediakan khidmat guaman untuk menangani isu ini.

Kerajaan mahu semuanya jadi 'burung belatuk'

"Biar mereka buat keputusan mereka sendiri. Ini tidak, kerajaan mahu semuanya jadi seperti burung belatuk," tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau memohon penjelasan daripada pihak kerajaan tentang penubuhan jawatankuasa ini kerana ia dianggap sebagai berat sebelah dan ia merupakan suatu tindakan yang amat tidak adil.

Lim menggesa agar mahasiswa hendaklah diberi hak untuk membuat pilihan dan kebebasan kerana ia merupakan satu proses pembinaan insan yang lebih berkaliber dan memiliki jatidiri yang mantap.

Menurut beliau tindakan kerajaan menghalang siswa daripada melibatkan diri dengan aktiviti politik dan kepimpinan pelajar menjadikan mereka umpama pak turut dan pada masa yang sama fikiran mereka telah 'dicuci'.

Beliau turut mendakwa ia merupakan salah satu faktor penyebab penurunan kualiti universiti kita adalah kerana daya pemikiran yang telah cacat dan kualiti kepimpinan pentadbiran dan mahasiswa yang teruk.

Tindakan mereka yang menyebelahi parti politik secara terang-terangan merupakan satu bukti yang jelas bahawa mereka ini tidak ubah sebagai kai bodek dan pengampu kepada kerajaan BN.

Jika kerajaan ingin melihat mahasiswa negara yang bestari, maka perlu diberikan peluang dan hak untuk memilih cara, persatuan berdasarkan kepelbagaian yang ada sebagai satu kebebasan.

Dalam pada itu, Lim turut mengulas saranan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Mustafa Mohamed yang menyeru mahasiswa supaya berfikiran kritikal, beliau mengatakan punca keadaan mahasiswa yang tidak kritikal ialah mereka dipaksa untuk mengikut semua peraturan yang dikeluarkan oleh pihak tertinggi universiti.

Jika menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti, ia nyata telah menghina pensyarah dan kakitangan yang sudah berhak untuk melibatkan diri dengan politik kerana ia merupakan suatu hak asasi manusia.

"Ini menunjukkan tidak ada nilai demokrasi dalam hal ini, bahkan prinsip yang diamalkan hanyalah autokrasi yang menggugat kebebasan warga kampus hijau ini," jelas beliau dengan panjang lebar.

Menurut beliau, jawatankuasa memantau pilihan raya ini tidak perlu, tetapi apa yang perlu ialah kebebasan mahasiswa dan kakitangan universiti ini.

Kerajaan 'double standard

Tindakan Jawatankuasa ini jelas menunjukkan ada 'double standard' yang diamalkan oleh pihak kerajaan, kata jurucakap Gabungan mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Ahmad Fawaz Abdul Aziz.

Beliau mempersoalkan jika kerajaan menggunakan TNC dan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) seluruh IPT untuk kepentingan politik Barisan Nasional (BN), mengapakah mahasiswa dihalang daripada membabitkan diri dengan politik?

"Mereka (kerajaan) sepatutnya digesa melihat Auku dalam konteks yang lebih luas, dan tidak memberi hak yang sama rata serta dijamin oleh perlembagaan negara Malaysia, dan kerajaan juga bersikap 'bias' dalam melaksanakan peraturan ini,"katanya lagi.

Menurut beliau, gerakan pelajar bersifat sebagai agen pendesak yang tidak wajar dinilai dari sudut sokongan kepada politik kepartaian semata-mata yang mana pandangan mereka juga perlu diambil kira kerana mereka melihat ia bukanlah satu tindakan yang bijak mengongkong dan menghalang siswa daripada menyertai kegiatan politik.

Beliau menegaskan bahawa mahasiswa mahu turut sama menyertai kemeriahan pilihan raya yang berlangsung tetapi lebih kepada pilihan raya umum.

Dema akan kumpul bukti, dedahkan dan tangkap mereka

Dalam pada itu, Dema akan membentuk satu jawatankuasa untuk memantau dan menangkap TNC HEP yang turun ke pilihan raya ini, di samping mengumpulkan bukti perbuatan mereka, kata Setiausaha Pentadbiran Dema, Huat Seng.

Menurut beliau ini adalah kerana mereka tidak bekerja berdasarkan bidang tugas dan amanah yang telah ditetapkan, sebaliknya menyibukkan diri untuk menangkap pelajar yang terlibat dengan pilihan raya kecil dan menyatakan persetujuan untuk menangkap mereka (jawatankuasa) yang disifatkan melampau ini.

"Mereka ini hilang kelayakan sebagai TNC yang dilihat sebagai pemimpin di peringkat Institusi pengajian tinggi yakni tempat yang dipandang tinggi oleh masyarakat umum kerana mereka seharusnya memiliki minda yang terbuka dan matang serta turut menghormati hak mahasiswa berdasarkan apa yangtelah digariskan oleh perlembagaan negara yang memperuntukkan bahawa mana-mana warganegara malaysia yang berumur 21 tahun boleh dan layak untuk memilih parti politik mereka," jelasnya dengan panjang lebar.

Huat Seng melahirkan rasa kecewa dengan tindakan jawatankuasa ini dan menggesa supaya mereka melihat semula perjanjian pekerjaan mereka tentang apakah tugas sebenar mereka dilantik.

"Adakah mereka ini diupah agen politik BN atau pengurus universiti?" beliau mempersoalkan kepada jawatankuasa tersebut sambil meminta kepada pihak TNC HEP supaya jelas tentang tugasan mereka yang sebenarnya.

Beliau dengan tegas turut berpendapat agar ahli jawatankuasa ini meletakkan jawatan kerana bukan tugas TNC HEP untuk pantau mahasiswa yang terlibat dengan pilihan raya ini, tetapi apa yang lebih penting ialah tugas utama mereka menjaga kebajikan mahasiswa IPT.

Huat Seng berkata mereka tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa dan jawatan mereka selaku TNC kerana ia membuktikan mereka ini tiada kelayakan secara profesional dan akademik untuk campurtangan dalam urusan-urusan ini.

Beliau juga mengulas tentang Auku yang menghalang penglibatan pelajar dan kakitangan universiti, beliau mengatakan bahawa ia perlu dihapuskan kerana ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak seperti hal yang berlaku semasa pilihan raya kecil Machap pada kali ini.

Semalam, Harakahdaily juga turut melaporkan tindakan BN menggunakan jentera kerajaan untuk membantu BN dalam pilihanraya kecil di Machap. - mks.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


~ Black Garlic Malaysia ~: Agen <b>di Tanjung Kling</b>, Melaka

Posted: 17 Jan 2011 12:11 AM PST

Agen: Encik Aswadi


No telefon: 0129682277


Alamat: Batu 7, Bukit Gedong, Tanjung Kling Melaka



04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Pemuda PAS <b>Alor Gajah</b> tembusi kubu UMNO

Posted: 15 Aug 2011 08:41 AM PDT

Oleh: AkhtarSyaheed

" Durian Tunggal, 14 Ogos: Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah terus menyantuni masyarakat dengan kejayaan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Fakir Miskin. Majlis yang diadakan di Kampung Gangsa Tengah telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Saudara Adly Zahari. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dari Terengganu selaku tetamu jemputan majlis ini.

Menariknya, majlis ini merupakan satu rekod baru bagi Dewan Pemuda PAS Alor Gajah kerana Kg Gangsa Tengah merupakan kubu kuat UMNO. Penganjuran majlis ini memecah tradisi di kampung berkenaan kerana sebelum ini belum ada lagi program PAS yang dianjurkan secara besar-besaran di Kampung Gangsa Tengah.

Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Ustaz Shahbudin Isnin dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Gangsa Tengah yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan majlis ini.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran tuan-puan penduduk Kampung Gangsa Tengah ke majlis ini. Kami juga mengharapkan program-program PAS pada masa akan datang terus mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk di sini. Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Alor Gajah akan terus mendekati masyarakat melalui program-program kebajikan" ujarnya.

Dalam majlis ini Pesuruhjaya PAS Melaka, Saudara Adly Zahari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Turut diraikan ialah guru-guru PASTI Kawasan Alor Gajah serta guru-guru Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah. Saudara Adly Zahari juga tidak kekok membantu menyendukkan nasi untuk tetamu majlis ini. Seorang pengunjung yang ditemui menyifatkan Saudara Adly Zahari sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Turut hadir ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Asyraf, Exco Pemuda PAS Pusat, Saudara Johari Osman, Ketua Pemuda PAS Melaka, Saudara Yuhaizad Abdullah, Setiausaha Pemuda PAS Melaka, Shahrin Azam dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka, Saudara Aizat.

 

 

Note: Saudara boleh juga menhantar artikel ke selatan online untuk di siar di sana- aya"

ads