Isnin, 13 Februari 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


LAPORAN#1-OPKIM PONTIAN 2012: 106 peserta vs 47 keluarga !!!

Posted: 13 Feb 2012 04:43 AM PST

Salam Ta'zim 1Jati Anak Johor. 
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan sihat sejahtera. 
Sepertimana yang telah kami hebahkan sebelum ini (OPKIM 2012), maka dengan rasa syukurnya kami menyatakan bahawa program utama PERMAJ kali ini iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2012 telah BERJAYA DILAKSANAKAN.
Berlangsung selama 5 hari iaitu pada 21 hingga 25 Januari 2012, bertempat di Kg Parit Marjunid, Kawasan 3, Mukim Sg Pinggan, Benut, Pontian, Johor. Seramai 106 orang peserta (3 buah bas) termasuk exco PERMAJ, AJK urusetia, peserta ahli tahun 1 dan 2 dari kampus Bangi dan Kuala Lumpur telah terlibat menjayakan OPKIM ini. Turut terlibat, beberapa orang Alumni dan senior PERMAJ. Amat membanggakan kerana pada awalnya program ini membuka pendaftaran untuk 80 orang peserta sahaja. Tahniah kepada semua peserta.

Di pihak JKKK Kg Pt Marjunid pula, pendaftaran keluarga angkat pada awalnya dibuka kepada 40 buah keluarga dan mendapat maklumbalas 47 buah keluarga yg bersedia menjadi keluarga angkat bagi OPKIM ini yang melibatkan 3 buah kampung di Mukim Sg Pinggan ini iaitu Kg Pt Marjunit, Kg Pt Selangor dan Kg Pt Seraya. Sungguh tidak dijangka, 106 orang peserta bersama 47 buah keluarga angkat. Kejayaan pertama bagi OPKIM kali ni. Tahniah kepada mak bapa angkat semua :)

Alhamdulillah, OPKIM 2012 berjalan dengan baik & jayanya. Kami anggap matlamat & objektif program ini tercapai. Setinggi-tinggi PENGHARGAAN & TERIMA KASIH kami ucapkan kepada semua peserta, para senior/alumni dan seluruh penduduk kampung. Tanpa kalian program ini tidak berjaya. Kami mohon maaf atas segala kekurangan & kesulitan yang dihadapi sepanjang program ini. Semoga anda semua terus menyokong dan bersama kami Barisan Kepimpinan PERMAJ sesi ini. Legasi PERMAJ, CEMERLANG BERSAMA JOHOR.
~ 1TRANSFORMASI MAHASISWA & KOMUNITI ~
Jom kita lihat imbasan sepanjang OPKIM ni sambil layan gambar-gambar yang menarik. Fuhhhh..
[Jumaat, 20 Jan 2012 - Waktu bertolak]
Kami mula berkumpul lebih kurang jam 9.30mlm di Pusanika. Melakukan solat hajat di surau PTSL. Kemudian, sesi pendaftaran & taklimat peserta dan mengangkat barang2 yang perlu dibawa. Bas tiba jam 11mlm dan kami mula bertolak jam 11.45mlm. Kami berhenti makan di R&R Ayer Keroh dan berhenti rehat serta bersiap-siap di R&R Machap. 
[Sabtu, 21 Jan 2012 - Hari Pertama]
Kami tiba di Kg Pt Marjunit, Benut pada jam 8.30pagi. Turun dari bas, penyelaras memberi taklimat ringkas sebelum bersedia untuk majlis perasmian pembukaan dan penyerahan anak angkat pada jam 9.30pagi. Tepat jam 9.45pagi, ketibaan perasmi YB Datuk Ir Hasni bin Mohammad, ADUN Benut dan majlis dimulakan. 
Selepas gimik perasmian, seterusnya majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat. 










Selesai saja majlis perasmian dan penyerahan anak angkat, semua yang hadir menjamu hidangan makan tengah hari sebelum pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk berehat dan berkenal-kenalan.

Pengisian di hari pertama diteruskan dengan majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Jamek Pt Marjunit. Kemudian, turut diadakan ceramah keagamaan yang disampaikan oleh ustaz dari pejabat kadi Pontian. Seterusnya, peserta bersama keluarga angkat menjamu hidangan Nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat kampung terutama Jawa.

Selesai yaasinan tahlil dan ceramah, perut masing-masing pun dah kenyang. Jadi semuanya pun balik ke rumah masing-masing. Oppss..rumah keluarga angkat masing-masing. hehehe.. kat rumah mesti ada yang mentong lagi. Sambil-sambil nak beramah mesra kan. Ok rehat cukup-cukup sebab hari kedua perlukan tenaga yang maksimum untuk bergotong-royong. 

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Menara Kehidupan: <b>Tanjung Tuan</b> dan Pantai Halimunan di Port <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 06:50 PM PST

 Lepas dari Pantai Pengkalan Balak kami menuju ke Tanjung Tuan Port Dickson pula. Maka kami ni pun berjala sajer la gamaknya bila bercuti.... Nama pun Cuti2x Malaysia.... Kat sana dah ada kawan satu tempat kerja yang menunggu sebab diorang nak berkemah di situ... Kami ni bawak anak kecik setakat singgah je la... lepak2x kejap kami pun terus pulang.....Ok la... Kat sini kami tak mandi manda pun... sebab dah letih nak salinkan pakaian anak2x... (bunyi macam kejam jee.... haaa3x) baju basah diorang pun dah penuh satu beg plastik. Punya la best ni kat tanjung tuan.... jom kita layan suasana di sana.....Masa kami sampai semua kawan opis tengah kepenatan berbasikal untuk ke Port Dickson... kami sampai pun sekadar lepak2x bersama rakan-rakan....ada yang berbasikal.... dan juga ada yang bersama keluarga...Kami pula memang dah tak larat nak mandi dah...











Hutan Rekreasi yang terdapat di Tanjung Tuan......... Memang best kalau buat jungle tracking dalam ni.... setakat pergi dengan anak2x kecik letih la jawabnyaaa....





Rumah Api yang terdapat di  Tanjung Tuan... Lama dah wujudnya rumah api ni untuk panduan mereka yang berlayar di Selat Melaka.


Rakan-rakan Opis yang hendak berkemah di sana.... Aku balik dahh laaa... binik aku kompem tarik muka kalau aku nak lepak dengan diorang... haaaa3x...


Pastu kita nikmati pemandangan Pantai Halimunan di Tanjung Tuan.... Memang cun la pantai ni... privacy sungguh.... tak ramai orang datang sini........ jom kita lihat pemandangan indah di sini.......







Begitu lah lebih kurang keindahan alam yang terdapat di Tanjung Tuan... Member2x opis aku terus berkemah dan bermalam di sana..... aku balik dah... anak2x pun dah letih dan tidur sepanjang perjalanan pulang kami ke rumah.... tapi rasa seronok la berjalan menikmati keindahan alam.... ... Bestnya kalau keter pakai NGV... jenjalan mana pun tak kisah.... Heee3x..... NGV dengan kami yg "Kaki Jalan" ni memang tak boleh dipisahkan....

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Risalah Gambar Bogel @ Nik Aziz <b>di Merlimau</b> : Cabaran Panglima <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2011 05:39 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Risalah Gambar Bogel @ Nik Aziz di Merlimau : Cabaran Panglima Kepada DAP !!! Semalam telah heboh gambar Nik Aziz yang dikatakan dibuat dalam keadaan memalukan beliau. Risalah tersebut ditemui di Kg Ayer ...

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Bilik azan Masjid <b>Tanjung Kling</b> diceroboh | Info Gallery

Posted: 17 Dec 2011 09:30 PM PST

Bilal masjid menunjukkan almari yang diselongkar penjenayah.
Bilal masjid menunjukkan almari yang diselongkar penjenayah.

TANJUNG KLING - Masjid Tanjung Kling, di sini sekali lagi dipecah masuk penyamun, awal pagi kelmarin mengakibatkan beberapa barangan dalam masjid berkenaan lesap.

Kejadian pecah masuk masjid berkenaan dikatakan sudah dua kali berlaku sebelum ini dan terbaru kira-kira tiga minggu lalu apabila terdapat kesan cubaan pecah masuk ke masjid berkenaan.

Dalam kejadian kelmarin, penjenayah berjaya memecah masuk bilik azan yang menempatkan beberapa perala­tan elektrik termasuk set projektor, pemain cakera padat (VCD) dan peti menyimpan peralatan pertukangan elektrik.

Ia disedari seorang bilal masjid, Mohd Sirah Limat, 57, semasa mahu memasuki bilik azan untuk bersedia melaungkan azan Subuh, kira-kira 5.15 pagi.

Mohd Sirah berkata, ketika itu, dia mendapati pelapik engsel pintu di sebelah ruang solat sudah rosak akibat diumpil, selain beberapa kesan umpilan juga dikesan pada bahagian sisi pintu kayu bilik berkenaan.

Malah, katanya, dia terkejut apabila mendapati pintu di sebelah ruang mimbar serta pintu belakang turut dalam keadaan terbuka.

"Sebuah almari yang menyimpan beberapa peralatan masjid seperti set projektor, VCD termasuk surat dan kitab turut diselongkar," katanya.

"Ketika diperiksa, saya dapati set projektor bernilai RM2,400 yang dibeli kira-kira dua tahun lalu sudah hilang dipercayai diambil penjenayah berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di masjid berkenaan, semalam.

Mohd Sirah berkata, penyamun berkenaan juga dikesan mencuri sebuah peti menyimpan peralatan pertukangan elektrik yang dile­takkan di lantai.

"Almari yang diselongkar itu turut digunakan untuk menyimpan barang serta surat pegawai masjid iaitu Imam 1, 2 dan 3 termasuk barang dan surat saya sendiri," katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling, di sini.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Berani mencuri barang masjid!

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


(rempit kehidupan kamookamie): Jalan, Order dan Makan : KUIH <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:00 PM PST

Assalamualaikum ...
Cerita Tahun Baru Cina juga, aku pergi ke Alor Gajah, Melaka. Hasrat awal nak makan durian dekat area A'Famosa Resort kemudian makan kuih udang. Tapi, bila pergi dekat pondok durian dekat A'Famosa tu ... punyalah mahal duriannya. Sekilo RM12-18. Dahlah timbang sekali dengan kulit berduri, so cancellah. Mahal bebenor aku rasa. Baik tunggu balik kampung nanti, boleh dapat durian kampung yang lagi baik dan harga lagi murah. Lambatlah lagi nak second round durian plak. Disebabkan matlamat nak makan durian terpaksa aku abaikan, maka kami terus ke Pekan Alor Gajah, nak cari kuih udang sedap yang diperkatakan ramai. 
Perniagaan kuih udang Alor Gajah yang sedap ini terletak di Medan Selera Pasar Menggong Alor Gajah. Seingat aku, abang aku pernah dulu-dulu bawa datang makan dekat sini dengan mak ayah sekali. Senang nak cari sebab medan selera nie dekat tengah-tengah pekan. Sebelah dia rasanya stesyen bas Alor Gajah.

Ini gerai kuih udang berkenaan. Gerai no. 1 yang tertera Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah. Korang kena sabar nak makan kuih udang nie. Benda sedap, sabar kena lebih. Aku sendiri mulanya tak terdaya nak menunggu. Ramai sangat orang yang datang dan majoritinya nak makan kuih udang. Kalau tak percaya, cer tengok pic bawah nie .....

Haaa kau, punya panjang beratur. Nak bungkus atau makan dekat situ memang kena beratur. Kawan aku Si MB beratur hampir 30 minit baru sampai ke kaunter kuih udang nie. Mula tu kami order macam biasa je, macam pergi makan dekat gerai-gerai makan lain. Lepas tu orang tu datang balik, kalau order dekat dia lagi lambat. Semua kena beratur. Suka tak suka, kenalah beratur juga jawabnya. Aku duduk tunggu meja dan air. 
Sampai satu tahap punya ramai orang beratur, pekerja dia ambil order macam dekat KFC tu, kan dekat KFC kalau ramai pelanggan staff dia datang ambil order terus pada mereka yang beratur. Cuma aku harap tauke gerai nie lain kali, asingkanlah mana yang makan situ boleh ambil order cam biasa. Yang nak bungkus boleh beratur. Boleh ke camtu? he he he
Akhirnya, sampai juga dekat kaunter potong kuih nie. Lamanya aku tunggu mamat tu beratur. Kesian dekat dia. Tapi disebabkan dia yang excited nak makan, dialah yang rela beratur. Mulanya aku yang beratur, tapi belum sampai separuh dia suruh aku duduk. Dia plak nak ganti. Ok, aku rela je duduk! he he he. 


Kuih udang berkenaan. Sangat sedap. Bahan-bahan dia fresh. Fishcake dia terasa ikannya. Tak sama macam beli dekat kedai lain. Kuih udang dia pun sedap walau tak nampak pun udang. Cuma, bab kuah dia je aku agak kurang sikit. Kuah dia terasa bawang putih yang agak lebih. Balik naik kereta mulut bau bawang putih!
Sepinggan macam gambar dekat atas adalah untuk 2 orang makan. Harganya dalam RM4.00. Berbaloi juga dan amat mengenyangkan! Alhamdulillah. Memang puashati. Insya-Allah, akan repeat nanti!

Habis licin! Tinggal timun and kuah sikit je. Isi dia semua habis masuk dalam perut. Tapi kami tak dapat nak lepak lama di sini, kesian pada orang lain yang baru datang. Tempat penuh aje! Memang ramai orang.

Sesekali rasa nak makan kuih udang, aku suggest korang ke Alor Gajah. Mesti try punya! Nanti korang plak buat review sedap ke idak. Bagi aku ...... memang sodap!!
Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Hari nie aku puasa setelah cuti selama 5 hari aku asyik makan nasi je, so sekarang time untuk rehatkan perut. Kesian perut aku asyik bekerja!

ads