Khamis, 30 Jun 2011

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


kisah dapur kakyong: Kelas kakyong <b>Di Durian Tunggal</b> Melaka.

Posted: 21 Jun 2011 08:13 AM PDT

 Baru nak start mengajar ni... Tgh membebel kat student kakyong ni..

 Student kakyong yg best.. kusyuk mendengar kakyong bercerita.. 

Kena Demo dulu,pastu baru pelajar kakyong buat..

 giliran pelajar memulakan adunan.

 Bergilir2 buat adunan macaroon.



 ni dia peserta paling veteran...mak mertua kak rafiah...best..sekepala..

so cucu2 mak jgn terkejut hari raya ni nenek anda buat macaroon di pagi raya...

 dr kiri..kak khazimah,kakyong,kak seha n iza...yg paling sporting...

 dr kiri kak rafiah,kak seha,iza n dayah...


 iza posing ngan macaroon nye

 macaroon 2 yg tgh dok tunggu kering...warna warni kan?

 posing mengancam...sporting org melaka

 time ni tgh dok bagi2kan bahagian macaroon memasing..cantik warna warni...

tgh meletak filling...

n terima kasih kepada munirah yg bg tempat tuk kite menimba ilmu sesama

n terima kasih atas titik peluh munirah yg sanggup masak spagetti...munirah n suami very the best person...jgn 

serik ek...huhuhuhu...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Pantai <b>Klebang</b> Melaka Makin Teruk? | Blog Melaka Daily

Posted: 27 Jun 2011 03:29 AM PDT

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

pantai klebang Pantai Klebang. Pembangunan Atau Kemusnahan. Mana Yang Lebih Tepat?

LAMBANG SATU MALAYSIA YANG TERDAPAT DI PANTAI KLEBANG, MELAKA

Sejak kebelakangan ini, Melaka telah membuat banyak perubahan yang ketara..Menaik taraf kehidupan rakyat mahupun menaik taraf kawasan yang berpotensi untuk dijadikan aset pelancongan di negeri Hang Tuah ini…Pantai Klebang, Melaka contohnya yang dulu adalah satu pantai yang boleh dikatakan menarik dengan pelbagai aktiviti boleh dijalankan disepanjang pantai itu..

Kalau di sepanjang Pantai Klebang sebelum ini lebih sumber pendapatan bagi penduduk di situ..Di pesisiran pantai mereka boleh menangkap udang geragau untuk membuat cencalok,belacan dan sebagai nya..Bagi yang mempunya bot mereka mungkin tidak mengalami masalah yang besar kerana mereka boleh pergi ke tempat lain dan kawasan untuk penangkapan ikan tidak diganggu..

Bagi saya, memang nampak kesan negatif dari pembangunan tersebut tetapi kesan positif  juga perlu di ambil kira kerana jika pembangunan itu lebih banyak positif dari negatifnya tidak salah kiranya kita menerima pembangunan itu sebagai yang positif..Apa yang dapat dilihat sekarang ini, Pantai Klebang memang banyak perubahan dari struktur muka bumi dengan penambakkan pantai sehinggalah penduduk setempat.. Bagi penduduk setempat mereka mempunyai banyak peluang perniagaan boleh dibuat tetapi mereka perlu bijak mengambil peluang tersebut ini kerana banyak pihak dan orang luar sedang mengintai peluang perniagan yang berpotensi untuk diusahakan disitu..

Penduduk Pantai Klebang haruslah berbangga dengan pembaharuan yang terdapat di situ kerana kawasan mereka diangkat atau di iktiraf sebagai  tempat beriadah yang cantik dan menjadi salah satu tempat perlancongan di Melaka..Bak kata pepatah hujan emas dinegeri  orang,lebih bik hujan batu di negeri sendiri..

pantai klebang2 Pantai Klebang. Pembangunan Atau Kemusnahan. Mana Yang Lebih Tepat?

SEBAHAGIAN GERAI DI SEKITAR PANTAI KLEBANG, MELAKA

pantai klebang3 Pantai Klebang. Pembangunan Atau Kemusnahan. Mana Yang Lebih Tepat?

AKTIVITI PENAMBAKAN PANTAI

Aktiviti yang boleh dan ada di Pantai Klebang

  • bersantai dan beriadah
  • taman permainan
  • tandas awam
  • tempat pejalan kaki
  • gerai-gerai makanan
  • Terdapat juga makam Hang Tuah
  • Uptown 1Malaysia
  • Bersukan menggunakan kuda
  • Permainan layang-layang
  • Memancing
  • DLL

P/S : Ada yang di sini yang tinggal atau pernah datang di sekitar Pantai Klebang? Apa pandangan anda dengan penambaikan yang ada sekarang ini di sana?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Malacca probes sunken treasure thefts - WET & HOT NEWS <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2011 11:41 PM PDT

30 Jun. 2011 at 06:41 Expeditions

Portuguese galleon


By R.S.N. Murali - The Star

The state Museum Authority has been ordered to get more evidence on reports that hundreds of underwater artefacts from dozens of shipwrecks off the Tanjung Tuan coast here have been stolen by relic hunters.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the evidence was crucial for the state government to file a police report on the alleged theft of these submerged treasures.

"I will ask the relevant authorities to conduct a probe in a bid to get more proof for the police and also to execute legal action against the culprits.

"There were reports that irresponsible individuals had gone underwater to take away the national treasures that are worth billions.

"But information on such thefts remains vague due to lack of eye-witnesses," he said after flagging off participants of the Perodua Eco-Challenge 2011 at the Melaka International Motorsport Circuit in Ayer Keroh here yesterday.

A special night vision camera will be mounted at the top of the lighthouse in Tanjung Tuan to prevent more of these relics from being stolen, said Mohd Ali.

There were claims by maritime industry players that hundreds of these undersea artefacts had been looted since the late 1990s.

One mariner, who only wanted to be identified as Toh, said treasures such as Chinese blue and white porcelain, brassware and coins were stolen from the shipwrecks.

Last month, the state government announced a billion-ringgit offer to salvage companies to retrieve treasures from sunken ships along the Malacca coastline.

There were no takers and Toh believed the lukewarm response was due to the fact that not many priceless artefacts were left.

At least 13 merchant and war vessels are known to have sunk in the Malacca sea on the Spice Route more than 500 years ago.

No comments

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


TUKAR TAYAR BARU: ALI RUSTAM KEPANASAN <b>DI BUKIT KATIL</b>, AKAN CARI <b>...</b>

Posted: 10 May 2011 10:11 PM PDT

"Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil.

"Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat," kata Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam.

Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke parlimen Bukit Katil dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan.

Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama.

Khoo berkata beliau akan bertemu dengan SPR untuk meminta badan tersebut menyiasat dakwaan Ali itu.

"DAP bersedia untuk disiasat dan jika kita juga meminta SPR menyiasat pihak lain, jika DAP terbukti melakukan perkara tersebut, kami sedia untuk dilucutkan keistimewaan menjadi Penolong Pendaftar SPR.

"Tidak ada apa yang DAP hendak takutkan kerana kami yakin ianya adalah tuduhan dan fitnah kepada DAP," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti itu biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah.

"Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor.

"Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN," kata Yusof.

http://www.harakahdaily.net/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Klik Web DBP | PENDETA ZA&#39;BA:”Pelita yang Tak Pernah Padam”

Posted: 23 Jun 2011 07:29 PM PDT

 
Pendeta Za'ba

Nama sebenar : Zainal Abidin bin Ahmad, Tan Sri Dr.
Nama pena : Pendeta, Za'ba, Anak Melayu Jati, Patriot,  Zai Penjelmaan
Tarikh lahir : 16 September 1895
Tempat lahir : Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Tarikh meninggal dunia : 23 Oktober 1973

ZA'BA telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Beliau mula bersekolah di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika usianya 12 tahun. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami pengajian Arab dan Islam. Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution dan lulus peperiksaan Senior Cambridge (1915). Sewaktu menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, Universiti London, beliau diberi peluang untuk mengambil ijazah. Pada tahun 1953, beliau telah berjaya memperoleh Sarjana Muda  Sastera (Pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab).

Pendeta Za'ba (kiri) menerima cenderamata daripada Perdana Menteri YAB Tun Razak.

Za'ba mulai serius menulis ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Baru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan sebanyak dua kali oleh akhbar Utusan Melayu. Za'ba berkeupayaan menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, politik dan pendidikan dalam penulisannya.

Ketika berkhidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Za'ba menumpukan usahanya untuk menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Ketika di Tanjong Malim juga, Majalah Guru dan Al-Ikhwan telah terbit. Za'ba turut menyumbangkan hasil tulisan, termasuk karya terjemahan beliau dalam kedua-dua majalah  tersebut sehingga tahun 1931. Beliau kemudian meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis rencana bercorak agama untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, buku Umbi Kemajuan telah diterbitkan pada tahun 1932.

Za'ba merupakan anak Melayu yang tidak jemu-jemu mengabdikan dirinya dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Karya beliau yang terkenal ialah Pelita Bahasa Melayu, sebuah kitab rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mempelajari bahasa Melayu. Beliau juga berjaya menghasilkan buku tatabahasa berjudul Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-dua karya tersebut telah dijadikan buku teks sekolah sehingga selepas Perang Dunia Kedua. Selain itu, Daftar Ejaan Jawi/Rumi merupakan sebuah lagi hasil karya terpenting Za'ba. Beliau turut menulis dalam Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JAMBRAS) dalam usaha beliau memperkenalkan bahasa Melayu kepada orang asing.

Za'ba tidak hanya menumpukan minatnya terhadap bidang bahasa dan persuratan Melayu, malah tulisan beliau melangkaui bidang lain seperti ekonomi, agama dan sikap orang Melayu sendiri. Beliau menulis tentang kemiskinan dan menyentuh mengenai cara mengatasi ekonomi masyarakat Melayu ketika itu. Di sinilah terletaknya ketegasan dan kebolehan beliau sebagai seorang nasionalis.

Selain itu, Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Beliau pernah menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (1937), dan dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (1945). Pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bersama-sama Ungku Aziz, beliau mengatur pembentukan Pertubuhan Bahasa Pelajar dan dua tahun kemudian beliau menubuhkan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM).

Beliau menerima gelaran "Pendeta" secara rasmi pada tahun 1956 ketika berlangsungnya Kongres Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang dicurahkan dalaml kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan bahasa Melayu di puncak persada tanpa mengharap apa-apa balasan.

Malahan, beliau pernah menolak anugerah bintang penghormatan Pingat Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Dato', dan bintang  kebesaran dari negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun, pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju menerima Pingat Bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran "Tan Sri" daripada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Pada tahun 1973 pula, Za'ba memperoleh Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumbangan beliau sangat besar ertinya. Beliau bertanggungjawab merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya ketika itu dan juga Sumatera.

Za'ba  ialah sumber ilham dalam dunia pendidikan Melayu dan Arab. Beliau diibaratkan sebagai sebuah pelita yang mengerdip dalam kegelapan kemiskinan dunia pendidikan orang-orang Melayu ketika zamannya.

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Terima Kasih PAS Jasin

Posted: 29 Jun 2011 05:30 AM PDT

Pas Kawasan Jasin telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada dua orang penduduk di DUN Sungai Rambai di dalam satu program bersama Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Rambai petang semalam.

Sumbangan disampaikan Timbalan Pesuruh Jaya PAS 1 Melaka merangkap Yang Dipertua PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek bersama-sama dengan Pengerusi MTD Sg Rambai, Tn Hj Azutdin Hassan semalam kepada kepada Sdra Yusof Sabtu dari Jalan Salim, Kg Sebatu dan Sdra Zainuddin Mohd 43 dari Kg Batu Gajah.

"Terima kasih kepada PAS Jasin, yang prihatin terhadap kami," kata Sdra Yusof 49, yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan yang terpaksa menjaga dan menyara kehidupan adik perempuannya yang uzur dan mengalami kecacatan ingatan.

Sementara itu, keluarga Sdra Zainuddin Mohd turut menyuarakan hal yang sama setelah menerima sumbangan hamper dari PAS Jasin.

Zainuddin telah dua tahun menderita diserang angin ahmar dan lumpuh separuh badan.

"Makcik dah puas membawanya berubat dan berurut di merata tempat tetapi penyakitnya masih belum pulih," kata ibunya terhadap penyakit yang ditanggung oleh Zainuddin.

Sementara itu Ustaz Kamaruddin yang menyampaikan sumbangan yang diagihkan itu meminta keluarga terbabit bersabar dengan dugaan Allah dan pihak MTD akan cuba membantu untuk meringankan beban mereka dari masa ke semasa.

Selepas program penyampaian sumbangan tersebut, program pertemuan Dewan Harian PAS Kawasan Jasin dan MTD Sg Rambai itu juga dipenuhi dengan Solat Maghrib dan Isya bersama disamping kuliah maghrib yang disampaikan oleh YDP Jasin sendiri.

Ia disusuli dengan program dialog diantara pimpinan Dewan Harian PAS Kawasan Jasin dan MTD Sungai Rambai sebagai persediaan untuk berdepan dan pilihanraya umum yang akan datang ini.

Diantara pimpinan PAS Jasin yang turut serta termasuklah barisan pimpinan yang baru, Timbalan Yang Dipertua, Tuan Haji Yuhaizad b Abdullah, Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Penerangan PAS Melaka, En. Azrin bin Abd Majid dan Setiausaha, Ust Ghazali bin Hasan.

Sementara pimpinan MTD Sungai Rambai dibarisi oleh Pengerusinya, Tn Hj Azutdin Hassan, Setiausaha, Zulkifli Harun dan beberapa jawatankuasa termasuklah Aminuddun Jalil, Abd Karim Kassim, Hamsan Mohd, Aminuddin Mohd Yatim, Muslaini Baharum dan Mamat Khamis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


kesahchemija: part 6 : regarding my life (isteri cerdik yang soleha)

Posted: 26 Jun 2011 12:05 AM PDT

hai semua,,, moga riang ria sentiasa memandangkan tak lama lagi nak berpuasa dan kemudiannya raya,, huhuhuu

online punya la online rupanya ada assignment tak siap lagi,,,'isteri cerdik yang soleha' hehehhe

bahan-bahan rujukan semuanya bukannya ada lam internet, semuanya kena cari lam buku teks sekolah menengah.. kalau tiada kena la pergi ke pustaka mentelaah,, huh!! pustaka nilam tiada buku berkenaan maka kena la pergi ke pustaka lain...

oklah, nak bersiap sedia balik ke hostel,, bai kawan-kawan,,lain hari lain masa, che mija update entry k,, i like silent reader like uol ,, <3

tenkiu sudi baca

tamat lagi satu kesah^^,)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads