Selasa, 28 Mei 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


PERASMIAN PERGERAKAN PELATIH KUMPULAN 2 SIRI 10/2013 <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 02:53 AM PDT

31 Mac 2013   –   Majlis Pelancaran Pergerakan Pelatih Kumpulan 2 Siri 10 2013 yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; YBhg. Dato' Abdul Hadi Awang Kechil bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Feb 2013 09:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

343 ekar tanah <b>di machap</b> – Land for sale Johore : Spesel.com

Posted: 04 Nov 2012 07:40 AM PST

Area:Simpang Rengam Property Type:Agricultural Price:RM20 580 000 Size:343Acres Title type:Leasehold Other info:Non Bumi Lot
343 EKAR TANAH DI MACHAP UNTUK DI JUAL

~TANAH PERTANIAN
~INTERNATIONAL LOT
~TANAH PAJAKAN 60 TAHUN
~BERDEKATAN EMPANGAN MACHAP DAN 4KM DARI
PLUS HIGHWAY
~BERADA DI TEPI JALAN BESAR
~70 EKAR TANAH ADA POKOK KELAPA SAWIT YANG ADA
HASIL DAN SELEBIHNYA ADA POKOK
KELAPA SAWIT TANAM SEMULA USIA 2 TAHUN LEBIH
~HARGA JUAL RM60k/ekar @ RM20,580,000

BERMINAT,SILA HUBUNGI/SMS;

EN.FAIZAL BIN MUSTAFFA
012-669484

admin

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


pr semakin ditolak <b>di masjid tanah</b>, siapa setuju angkat <b>...</b> - aLaNGz

Posted: 13 May 2013 07:22 PM PDT



    Alangz malas nak komen panjang lebar.Pembaca boleh lihat pada carta di atas  untuk maklumat.Cukuplah dengan kesimpulan bahawa pertambahan bagi kemenangan majoriti bagi Parlimen P134 Masjid Tanah dan Dun di sekitar Masjid Tanah  pada PRU13 berbanding PRU12 (2008) dan kemerosotan sokongan terhadap PR di Masjid Tanah telah dapat membuktikan bahawa pembangkang semakin ditolak oleh rakyat di Masjid Tanah serta golongan muda.Masjid Tanah tetap kubu kuat BN!!

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2013 09:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 09:51 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sepetang <b>di Sungai Rambai</b> - Gerbang Selatan Melaka - Cuti-cuti <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2013 01:20 AM PST

Assallammualaikum wbt,

Salam hari Jumaat, esok cuti! Yeayyyyyyyyyy! hehe

Anda semua pernah dengar Sungai Rambai? Kalau tak pernah, meh nak cerita sikit.. Sumber dari Utusan Malaysia & Wikipedia – Sungai Rambai ni terletak di sempadan Melaka – Muar, dalam daerah Jasin.  Ia dipisahkan dari Muar oleh Sungai Kesang.  Kalau anda berdiri kat atas Jambatan tu, kiranya anda selangkah dari Melaka-Muar.

Dipercayai kampung ini mula didiami sejak awal 1800-an dan penduduk asalnya dari Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang, Muar, Johor.

Kampung Sungai Rambai mendapat nama daripada sebatang pokok rambai yang besar tumbuh di antara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman dan orang yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ialah Penghulu Dualim pada 1880.

Kini, landskap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sudah banyak berubah.

Pekan lama Sungai Rambai pula bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila ia dinaik taraf menggantikan premis-premis bangunan papan digantikan dengan baru selain menyediakan pelbagai kemudahan awam.

Projek naik taraf itu akan dibangunkan oleh Yayasan Melaka menerusi peruntukan sebanyak RM7 juta dan ia sekali gus menjadikan Pekan Sungai Rambai berwajah baru.

Sungai Rambai mempunyai segala kemudahan asas seperti sekolah, balai raya, klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya dinikmati oleh lebih 17,730 orang penduduknya yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India.

DUN tersebut terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sungai Rambai, Sebatu, Semujok dan Merlimau dan ditadbir oleh lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

DUN Sungai Rambai mempunyai keluasan tanah seluas 9,214 hektar yang mana 7.218 hektar adalah kawasan pertanian seperti dusun buah-buahan, getah, kelapa sawit, sawah padi, kelapa, pisang dan ternakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman banyak memainkan peranan penting untuk membangunkan daerah itu
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz2Mw4tXbuf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Haaaaaaaa, siapa sangka pekan kecil ni dah berkembang menjadi sebuah perkampungan pelancongan? Saya sendiri terkejut melihat pembaharuan yang dibuat di muara Sungai Rambai.. Dulu cuma ada meda selera, kami sekeluarga selalu pergi makan kupang rebus kat sini.. Sekarang, dah ada jambatan gantung, Laman Belia 1 Malaysia, taman permainan, medan selera & Sungai Rambai River Cruise! Masya-Allah, nampak sangat lama betul saya tak menjenguk muara ni, cuma lalu di situ aje kalau ke Muar :)   Rasanya kali terakhir saya ke muara tu dalam 10-12 tahun yang lepas.. Masa balik kampung bulan Januari lepas, suami ajak saya ke muara tu.. Mula2 cam malas jer, ye la kan, terbayang keadaan tempat tu 10 tahun yang lepas, bukan ada apa2 pun.. huhu.. Tapi sebab suami beria nak pergi, saya pun ikut la dia, bawak adik2 dengan anak saya sekali..  Perjalanan mengambil masa 5 minit aje dari rumah mak saya..

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Masa sampai kat situ, i cant believe my eyes (ayat skema & poyo) hahah.. Serius la, sangat2 berlainan! Kalau anda pernah ke Sungai Rambai dulu kala, anda pasti tahu perasaan saya kali pertama melihat pembangunan di muara tersebut.. First thing yang saya nampak ialah Jambatan Gantung ni.. hehe.. feeling2 ala2 di Jambatan di Tamparuli kat Sabah(rasa nak tampar saya tak buat statement cam ni.. hak2)

Jambatan Gantung di Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka

Jambatan Gantung di Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 5

Posing kat depan Jambatan Gantung..

Posing kat depan Jambatan Gantung..

Walaupun jambatan gantung ni tak sepanjang mana pun, tapi sebagai warganegara Sungai Rambai yang poyo dan dah lama tak balik kampung, melihat kelainan ini membuat hati teruja sangat! Dan, walaupun saya nampak gagah, saya sangatlah kuman bila naik atas jambatan ni.. bila jambatan bergoyang2, terus rasa gayat, jadi saya naik jambatan tu separuh jalan aje la.. haha..

Sungai Rambai River Cruise
Err.. cam tak yakin jer nak naik bot ni.. haha

Taman Permainan

Taman Permainan

Medan Selera

Medan Selera

Laman Belia Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Laman Belia & Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Daripada muara ini, anda boleh nampak Tengkolok Gergasi ni..

Tengkolok Melayu Gergasi - Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Tengkolok Gergasi Sungai Rambai – Tengkolok terbesar Di Dunia!!

Tengkolok Gergasi 2 Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Signboard Selamat jalan jumpa lagi MDJ

Amacam? memang lain betul kan Sungai Rambai sekarang ni..  jadi kalau anda nak ke Muar, apa kata berhenti seketika di sini, menikmati angin petang yang mendamaikan.. :)

RnR berdekatan dengan Gerbang Selatan itu.

RnR berdekatan dengan Gerbang Selatan itu.

Saya tak sempat lagi cuba makan di sini, Insya-Allah kalau balik kampung lagi, saya akan cuba la makanan kat sini..

Saya bangga jadi penduduk Sungai Rambai! (poyos.. hiks2)

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tengkolok sungai rambai,tengkolok sungai rambai melaka,sungai rambai rivet cruise,tv 1 di sungai rambai,perasmian tengkolok melaka,sungai rambai river cruise,tengkolok terbesar,permainan chess sekolah sungai rambai,perasmian tengkolok terbesar di sungai rambai,perasmian tengkolok sungai rambai,padi sungai rambai melaka,padi sungai rambai,jambatan gantung di melaka,gerbang selatan melaka

Tags: , , ,

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 09:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Barisan Nasional yakin pertahan kerusi DUN <b>Sungai Rambai</b>

Posted: 03 Feb 2013 10:33 AM PST

JASIN 3 Feb. - Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dengan menyasarkan untuk memperoleh majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan sokongan pengundi di DUN berkenaan yang rata-ratanya lebih yakin terhadap kepimpinan BN berbanding pembangkang.

Menurutnya, pengundi di DUN Sungai Rambai tampak yakin atas usaha BN membangunkan daerah itu dengan membina pelbagai infrastruktur seperti sekolah, balai raya, sistem jalan raya yang sempurna, sistem perparitan, gelanggang futsal, lampu jalan, elektrik, air dan sebagainya.

"Saya yakin pengundi di DUN Sungai Rambai akan terus menyokong BN kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat berbanding pembangkang.

"Selain itu, rakyat tampak semakin yakin terhadap lonjakan transformasi serta pelbagai bentuk bantuan yang digarap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rakyat di DUN Sungai Rambai juga percaya jika kerajaan BN yang sedia ada dan wujud sejak merdeka ditukar, sudah pasti padah yang bakal menanti iaitu ketidaktentuan dalam pelbagai aspek hingga boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya.

Beliau berucap pada majlis lawatan kerja Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM), DUN Sungai Rambai di sini kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan berlakunya tsunami politik, BN tewas di empat buah negeri, tetapi DUN Sungai Rambai menang ke atas calon Pas dengan majoriti 2,266 undi.

Hasan berkata, bagi tujuan tersebut jentera sudah digerakkan menerusi kerjasama parti komponen dalam usaha untuk memastikan sasaran BN meraih mandat yang lebih kukuh dalam PRU-13.

Justeru katanya, rakyat akan terus diyakinkan bahawa BN mampu melakukan pelbagai perubahan untuk memberi kehidupan lebih selesa secara berterusan.

Barisan Nasional yakin pertahan kerusi DUN <b>Sungai Rambai</b>

Posted: 03 Feb 2013 10:33 AM PST

JASIN 3 Feb. - Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dengan menyasarkan untuk memperoleh majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan sokongan pengundi di DUN berkenaan yang rata-ratanya lebih yakin terhadap kepimpinan BN berbanding pembangkang.

Menurutnya, pengundi di DUN Sungai Rambai tampak yakin atas usaha BN membangunkan daerah itu dengan membina pelbagai infrastruktur seperti sekolah, balai raya, sistem jalan raya yang sempurna, sistem perparitan, gelanggang futsal, lampu jalan, elektrik, air dan sebagainya.

"Saya yakin pengundi di DUN Sungai Rambai akan terus menyokong BN kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat berbanding pembangkang.

"Selain itu, rakyat tampak semakin yakin terhadap lonjakan transformasi serta pelbagai bentuk bantuan yang digarap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rakyat di DUN Sungai Rambai juga percaya jika kerajaan BN yang sedia ada dan wujud sejak merdeka ditukar, sudah pasti padah yang bakal menanti iaitu ketidaktentuan dalam pelbagai aspek hingga boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya.

Beliau berucap pada majlis lawatan kerja Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM), DUN Sungai Rambai di sini kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan berlakunya tsunami politik, BN tewas di empat buah negeri, tetapi DUN Sungai Rambai menang ke atas calon Pas dengan majoriti 2,266 undi.

Hasan berkata, bagi tujuan tersebut jentera sudah digerakkan menerusi kerjasama parti komponen dalam usaha untuk memastikan sasaran BN meraih mandat yang lebih kukuh dalam PRU-13.

Justeru katanya, rakyat akan terus diyakinkan bahawa BN mampu melakukan pelbagai perubahan untuk memberi kehidupan lebih selesa secara berterusan.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


RosliThnin: N26 <b>SERKAM</b> (Peratus Mengundi : 90.4 : Terbaikkk)

Posted: 06 May 2013 12:21 AM PDT

Asssalam... Salam 25 Jamadilakhir 1434H. Hari ini suratkhabar laris sungguh, berebut-rebut orang nak mendapatkan berita sensasi, pastinya cerita Pilihanraya Ke 13. Syukur ke hadrat Allah swt kerana memperkenankan doaku agar Barisan Nasional terus menerajui pentadbiran Malaysia. Keamanan, kesejahteraan, kemakmuran milik kita. Teringat masa bertugas di belantara Kedah ( Marker India ) lewat 90an bersempadan Thailand...bersyukur atas nikmat keamanan apatah lagi selepas peletakan senjata Komunis cuma masa tu risau gak jerangkap-jerangkap samar di sekitar kawasan tersebut..setelah bersara nostalgia lama berlegar dikotak fikir, alhamdulillah moga keamanan di bumi Malaysia berterusan tanpa ada sebarang pengaruh dari anasir-anasir luar yang ingin memporak perandakan bumi bertuah ini. Melihat situasi di Lahad Datu, teringat latihan-latihan yang kerap dilaksanakan dalam kawasan ladang kelapa sawit, memang bertepatan dengan bentuk mukabumi situasi tersebut dan pastinya memudahkan pihak keselamatan terutamanya pasukan infantri merealisasikan latihan fasa tersebut....teringat Ex Semangat Bersatu bersama Singapore Army dan Ex Suman Warrior di New Zealand...nostalgia...
...terbawa-bawa emosi, yang sebenarnya saja nak cerita peratus mengundi di N26 Serkam (90.4)..tertinggi di Melaka, silap-silap seluruh DUN di Malaysia...Keputusan rasmi :
Peratusan Kaum : M :88.83% C :7.14% I :3.70% L : 0.34%
1. ZAIDI ATTAN (BN) ..............................8,715
2. KAMARUDIN SEDIK.............................5,115
Majoriti : 3,600        Undi Rosak......185
Jumlah Undi : 14,015  % Mengundi : 90.40
2008 : Ghazale Muhamad (BN) Majoriti : 2,819   *Sumber Berita Harian : 6 Mei 2013*
Secara ringkasnya tahniah buat YB baru Saudara Zaidi Attan (Ketua Pemuda Bhg Jasin)...semoga dengan peningkatan majoriti akan membuatkan Yang Berkhidmat akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Serkam sesuai dengan slogan anda Menepati Janji Membawa Harapan
Teruja mengundi semalam beratur awal jam 0750 pagi, berbual tika beratur dengan bekas Ketua Tempat Mengundi menceritakan kisah menarik semasa beliau bertugas dulu-dulu...5 Mei 2013 mencatat memori : pertama kali mengundi sebagai pengundi awam setelah bertahun-tahun berstatus pengundi pos dan pertama kali juga pengenalan dakwat kekal...
Apapun ucapan Datuk Seri Najib Razak cukup terkesan dihati :
"Keputusan rakyat ini turut menunjukkan trend polarisasi pengundi dan ini membimbangkan kerajaan. Jika tidak ditangani, ia boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini. Kita perlu mengadakan national reconciliation ( penyatuan nasional ) supaya sikap ekstremisme keterlaluan dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional"
Akhir kata, semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dipayungi rahmat Allah swt....

ads