04 di bukit katil - Google Blog Search |
- Himpunan Black 505 <b>di Bukit Katil</b>, Melaka malam ini <b>...</b>
- Addin: Sambutan 'Dingin' Di Himpunan Blackout 505 <b>Di Bukit Katil</b>
- Lawan Ali Rustam <b>di Bukit Katil</b>, KEADILAN boleh menang – Shamsul
Himpunan Black 505 <b>di Bukit Katil</b>, Melaka malam ini <b>...</b> Posted: 23 May 2013 09:01 PM PDT BUKIT KATIL, 24 MEI: Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Hairiz Nordin memaklumkan, himpunan Black 505 Melaka kekal diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil. Menurut Hairiz, lokasi program dipindah dari pejabat KEADILAN Melaka di Taman Bukit Piatu, atas nasihat pihak keselamatan. "Ini kompromi kami dengan nasihat pihak berkuasa. Himpunan ini hanyalah himpunan aman. Sebelum ini pun himpunan Black 505 telah dibuat diseluruh negara. "Tidak ada apa-apa masalah," kata Hairiz sambil menggalakkan orang ramai datang lebih awal untuk mengelak kesesakan. Menurut Hairiz, jentera Angkatan Muda KEADILAN Melaka dan Unit Amal akan membantu lalu lintas dan keselamatan bagi menjayakan progam Himpunan Black 505 Melaka, yang akan bermula jam 8 malam ini. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menyampaikan ucapan malam ini ialah Ketua Umum KEADILAN , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52455 |
Addin: Sambutan 'Dingin' Di Himpunan Blackout 505 <b>Di Bukit Katil</b> Posted: 24 May 2013 04:07 PM PDT Nampaknya rakyat semakin bangkit seaklipun pihak polis telah menggunakan kuasanya menangkap beberapa aktivis Pakatan sebelum ini. Puluhan ribu rakyat berhimpun di Perhimpunan Black5050 yang diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil malam tadi. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim. Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti." |
Lawan Ali Rustam <b>di Bukit Katil</b>, KEADILAN boleh menang – Shamsul Posted: 15 Apr 2013 11:24 PM PDT (Oleh Norutul Ilham) MELAKA 16 APRIL: Pertarungan maha hebat pada Pilihan Raya Umum 5 Mei membuatkan calon KEADILAN Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengerahkan segala keringat untuk mencapai kemenangan berdepan lawannya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Biarpun terpaksa menentang Ketua Menteri Melaka tidak mematahkan semangat Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu untuk menawan Parlimen ditandingi. "Siapa pun calon yang diletakkan, kita akan lawan. Tambah-tambah lagi Ali Rustam yang dicalonkan, lagi senang untuk kita menang. "Ali Rustam dikenali sebagai Ketua Menteri yang sarat dengan masalah dan rekodnya juga tidak baik. Sebelum ini, beliau juga diminta berundur kerana ada masalah politik wang. Ini peluang terbaik untuk kita menang," kata Shamsul kepada Keadilan Daily. Tambah Pengerusi KEADILAN Melaka itu, pentadbiran Ali yang dilihat sebagai bukan Ketua Menteri 'cemerlang' memberi kelebihan kepadanya untuk rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju Melaka. "Manifesto Pakatan diyakini rakyat ketika pentadbiran Ali hanya menambahkan masalah kepada rakyat. Dari sini mereka boleh buat perbandingan. "Kita di sini juga sudah bersiap sedia kerana yakin dengan sokongan kaum Melayu 52 peratus, Cina 42 peratus dan selebihnya India untuk memberikan kemenangan kepada Pakatan," kata Shamsul. Pada PRU 2008, calon BN, Datuk Md Sirat Abu memenangi Parlimen Bukit Katil mengalahkan calon KEADILAN, Khalid Jaafar dengan majoriti 1,758 undi. Mengulas berkenaan persiapan, Shamsul kini rancak bertemu pengundi dan sebanyak 30,000 rumah penduduk dikunjungi untuk mengenali lebih dekat rakyat setempat. "Kita hantar risalah ke setiap rumah, pengundi pula saya berikan kad calon sebagai kemudahan mereka untuk membuat aduan atau meminta pertolongan secara terus. "Saya yakin dengan tindakan kita setakat ini, boleh berikan impak kepada pengundi di Parlimen Bukit Katil," kata Shamsul. – NS Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50511 |
You are subscribed to email updates from di bukit katil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |